Bercuti di Alor Setar, Kedah
1/25/2019 04:49:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Izzat baru-baru ini buat permintaan nak bercuti. Ehh baru ja bersekolah nak bercuti pula ya.
Apa lagi cubalah tanya mana destinasi pilihan. Nasib baik dia request Alor Setar saja. Tapi ada juga senarai ke tempat lain. Tapi ajak ke tempat yang dekat saja sebabnya kewangan yang kurang memuaskan.
Memandangkan minggu lepas anak-anak bercuti 4 hari, makanya Eyda memilih 2 hari sebagai hari bercuti bersama anak-anak. Selebihnya aktiviti lain.
Hotel ASRC |
Kami bertolak ke Alor Setar sekitar tengahari selepas Kimie habis latihan hoki dengan kawan Eyda yang turut sama melatih anaknya bermain hoki. Tiba-tiba saja Kimie dapat personal coach ya.
Suka laa dia ada yang nak ajar dia main hoki dengan baik. Biasa main bola, kali ni bertukar main hoki pula. Cikgu cakap bola lambat lagi nak ada perlawanan, jadi untuk awal tahun ni ada perlawanan hoki dan bola baling sahaja. Jadinya pemain bola perlu menjalani saringan untuk kedua sukan nih.
Tak sangka pula Kimie terpilih untuk perlawanan hoki. Tiba-tiba pula suka main hoki. Hari-hari main hoki.
Okay laa, terpesong pula kisahnya kan. Jom laa tengok hasil percutian singkat kami bertiga. Kali ini Eyda memilih Hotel ASRC sebagai lokasi penginapan kerana harga biliknya yang berpatutan dan anak-anak boleh mandi kolam.
Permintaan anak-anak terutamanya Izzat nak main motor nih. Kat perkarangan Menara Alor Setar memang banyak pilihan. Pilih ja yang mana berkenan di hati. Harga RM25 untuk 20 minit. Tapi anak main lebih daripada 20 minit.
Suka laa Izzat dah dapat apa yang dihajati. |
Praktis ya Kimie |
Zoom dari kejauhan, malas nak heret kayu hoki dan bola Kimie punya pasal. |
Memandangkan CMart berhampiran Menara Alor Setar dah tutup, makanya kami masuk ke Aman Central. Hajatnya nak beli mineral water dan kudapan tambahan. Tapi anak-anak tersangkut kat sini plak. Main simulasi drone.
Simulasi drone |
GERAI DI BELAKANG INSTITUT TEKNOLOGI ANS
Menjelang pagi, niat di hati nak makan di kedai nasi padang di hadapan Hotel ASRC, tapi malangnya kedai tersebut tutup.
Makanya kami terpaksa keluar untuk cari sarapan kami. Setelah meronda mencari sarapan, mata ternampak satu gerai di belakang Institut Teknologi ANS. Tengok ramai orang bersarapan di situ. Ramai juga yang makan nasi lemak yang dijual di situ.
Mulanya Eyda ambil nasi lemak bilis telur, Izzat memilih nasi lemak sotong dan Kimie memilih nasi lemak ikan.
Bila dah makan, sedap rupanya Nasi Lemak Kak Ana nih. Sambalnya sesedap rasa, patut laa nampak ramai yang makan lebih daripada sebungkus. Nasi lemak udang pun ada, terlupa nak snap masa Izzat ambil untuk bungkus kedua.
Kat situ jugak, ada roti canai yang dijual, jadinya masih ada pilihan menu untuk dijamah.
Nasi Lemak Ana |
Nasi Lemak Bilis Telur |
Nasi Lemak Sotong |
Nasi Lemak Ikan |
Suka laa boleh berlatih |
KAK YANG GULAI PANAS IKAN TEMENUNG
Menu makan tengahari kami di Kak Yang Gulai Panas Ikan Temenung ini bertempat di Kuala Kedah. Menu yang simple tapi mampu mengenyangkan perut kami.
Antara harga minuman dan makanan |
Menu kami |
Jumlah harga makanan kami |
Bagi yang nak tahu lokasi tepat Kak Yang Gulai Temenung nih boleh laa tengok map kat bawah nih. Tempat kadang tu agak berebut jugak laa, kiranya kena bersedia kalau tiada tempat untuk duduk dan perlu menunggu.
Kedai Kak Yang Gulai Temenung ni dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 2.30 petang. Jadi jangan lewat sangat tau. Takut kena menunggu keesokkannya pula nak merasai gulai temenung Kak Yang tu.
RESTORAN DINALANG AIS KACANG SALJI
Kunjungan kami ke Alor Setar memang tak sah kalau tak singgah makan ais kacang salji. Biasanya kami akan singgah makan di Restoran Dinalang Ais Kacang Salji.
Semenatara menantikan ais kacang salji siap, kami merasa dadih susu lembu asli nih. Sedap rasanya, bolehlah peminat dadih yang ingin merasai dadih nih. Harga sebekas RM2.50.
Dadih Susu Segar |
Moi sup |
Ais kacang salji |
ZAKARIA LAKSA TELUK KECHAI
Memandangkan dah kenyang makan nasi di Kak Yang Gulai Temenung, jadinya Eyda hanya tapau Laksa Teluk Kechai nih. Kalau biasa mesti singgah makan kat situ sambil bungkus untuk bawa balik.
Laksa Teluk Kechai |
Percutian kami kali nih banyak sesi makan, kiranya hajat nak ke beberapa kedai makan tercapai. Tunggu trip akan datang pula nak singgah makan lagi.
14 comments
ehehe escapism bersama anak2 kesayangan. hehe.. masa yang diluangkan tu mahal nilainya kan x kisah sekejap pun.
ReplyDeleteYa betul tu SYM. Masa yang ada perlulah diluangkan bersama. Sekarang makin kurang dapat bersama dengan semua orang selepas abang dah dok asrama.
Deletenampak sedap semua makanan. thanks for sharing <3
ReplyDeleteAlhamdulillah semua makanan tu sedap Moomy Cici. You are welcome, manalah tahu ada yang berkunjung ke Alor Setar nak mencari tempat makan yang best.
DeleteKaknoor pernah makan kat gulai ikan temenung tu memang sedapppp sngt campur ulam dan sambal belacan adoiii sampai bertambah lagi makan hehe
ReplyDeleteSedap kan kak noor. Sedap anak cakap sambal belacan tu macam arwah mak buat dulu, kiranya ala kampung laa. Berselera anak-anak makan.
DeleteOoo baru tau cmart kt menara dh tutup. . .
ReplyDeleteMaybe depa pindah kt ampang jajar la. Sbb ada cmart baru buka. ...
Sama laa nih ZF akak pun baru tau kata dah tutup. Kiranya masa akak p tu memang baru tutup dan dah buka kat tempat lain. Rasanya kat ampang jajar tu, member yang meniaga kat uptown kat Menara Alor Setar tu pun ada bagitau yang hari kami p tu ada Cmart baru bukak kat tempat lain.
DeleteRestoran dinalang tu xpernah try lagi.. Padahal rumah arwah pak sedara belakang tu ja .Selalu park keta kt restorn ni ja. .
ReplyDeleteLaa ya ka ZF, kira glamer jugak laa restoran dinalang tu dengan ais kacang saljinya. Nanti kalau ke sana, singgah laa cuba ais kacang salji dia.
Deletewah. byk makanan best.
ReplyDeletebercuti tempat org, wajib la merasa makanan diorang, kan.
jauh pun kita cari. janji memenuhi tekak :)
then, spend masa dgn anak2. terbaik!
Ya Aida, banyak tempat makan best. Tu pun masih banyak nak kena cari dan terjah. Betul dah sampai ke tempat orang mestilah merasa apa yang sedap. Selain luang masa bersama anak-anak.
Deletecomel je nasi lemak dia. hihi. lapar la tengok akak punya post ni. menyesal pulak blogwalking time ni :/
ReplyDeletecomel tu yang boleh makan sampai 2 bungkus seorang. Alahai, maaf laa ya tengok entry makanan pulak kat sini.
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..