Bercuti di Alor Setar, Kedah

1/25/2019 04:49:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Izzat baru-baru ini buat permintaan nak bercuti. Ehh baru ja bersekolah nak bercuti pula ya.

Apa lagi cubalah tanya mana destinasi pilihan. Nasib baik dia request Alor Setar saja. Tapi ada juga senarai ke tempat lain. Tapi ajak ke tempat yang dekat saja sebabnya kewangan yang kurang memuaskan.

Memandangkan minggu lepas anak-anak bercuti 4 hari, makanya Eyda memilih 2 hari sebagai hari bercuti bersama anak-anak. Selebihnya aktiviti lain.

Hotel ASRC

Kami bertolak ke Alor Setar sekitar tengahari selepas Kimie habis latihan hoki dengan kawan Eyda yang turut sama melatih anaknya bermain hoki. Tiba-tiba saja Kimie dapat personal coach ya.

Suka laa dia ada yang nak ajar dia main hoki dengan baik. Biasa main bola, kali ni bertukar main hoki pula. Cikgu cakap bola lambat lagi nak ada perlawanan, jadi untuk awal tahun ni ada perlawanan hoki dan bola baling sahaja. Jadinya pemain bola perlu menjalani saringan untuk kedua sukan nih.

Tak sangka pula Kimie terpilih untuk perlawanan hoki. Tiba-tiba pula suka main hoki. Hari-hari main hoki.

Okay laa, terpesong pula kisahnya kan. Jom laa tengok hasil percutian singkat kami bertiga. Kali ini Eyda memilih Hotel ASRC sebagai lokasi penginapan kerana harga biliknya yang berpatutan dan anak-anak boleh mandi kolam.

Permintaan anak-anak terutamanya Izzat nak main motor nih. Kat perkarangan Menara Alor Setar memang banyak pilihan. Pilih ja yang mana berkenan di hati. Harga RM25 untuk 20 minit. Tapi anak main lebih daripada 20 minit.

Suka laa Izzat dah dapat apa yang dihajati.
Kimie plak cewi dengan hoki, makanya dia usung kayu hoki dan bola ke perkarangan Menara Alor Setar. Dapat laa dia main skit.

Praktis ya Kimie
Dah puas main hoki, kalut nak main jugak motor tu. Apa lagi main laa bersama Izzat. Bagus laa mau jugak main sama-sama.

Zoom dari kejauhan, malas nak heret kayu hoki dan bola Kimie punya pasal.

Memandangkan CMart berhampiran Menara Alor Setar dah tutup, makanya kami masuk ke Aman Central. Hajatnya nak beli mineral water dan kudapan tambahan. Tapi anak-anak tersangkut kat sini plak. Main simulasi drone.


Simulasi drone

GERAI DI BELAKANG INSTITUT TEKNOLOGI ANS

Menjelang pagi, niat di hati nak makan di kedai nasi padang di hadapan Hotel ASRC, tapi malangnya kedai tersebut tutup.

Makanya kami terpaksa keluar untuk cari sarapan kami. Setelah meronda mencari sarapan, mata ternampak satu gerai di belakang Institut Teknologi ANS. Tengok ramai orang bersarapan di situ. Ramai juga yang makan nasi lemak yang dijual di situ.

Mulanya Eyda ambil nasi lemak bilis telur, Izzat memilih nasi lemak sotong dan Kimie memilih nasi lemak ikan.

Bila dah makan, sedap rupanya Nasi Lemak Kak Ana nih. Sambalnya sesedap rasa, patut laa nampak ramai yang makan lebih daripada sebungkus. Nasi lemak udang pun ada, terlupa nak snap masa Izzat ambil untuk bungkus kedua.

Kat situ jugak, ada roti canai yang dijual, jadinya masih ada pilihan menu untuk dijamah.


Nasi Lemak Ana

Nasi Lemak Bilis Telur

Nasi Lemak Sotong

Nasi Lemak Ikan
Balik daripada sarapan, Izzat nak mandi di dalam kolam. Kimie pula nak berlatih memukul bola hoki. Makanya Eyda keluar ke perkarangan Menara Alor Setar. Memandangkan tak ramai orang, mudah untuk Kimie berlatih memukul bola.


Suka laa boleh berlatih
Selepas check out dari Hotel ASRC, kami mencari menu tengahari. Memandangkan minggu lepas masa berkunjung ke Alor Setar, Nida membawa Eyda dan Farah brunch kat Kak Yang Gulai Panas Ikan Temenung. Makanya minggu ni Eyda bawa anak-anak pula ke situ.


KAK YANG GULAI PANAS IKAN TEMENUNG

Menu makan tengahari kami di Kak Yang Gulai Panas Ikan Temenung ini bertempat di Kuala Kedah. Menu yang simple tapi mampu mengenyangkan perut kami.

Antara harga minuman dan makanan
Ini menu kami bertiga. Eyda ambil gulai ikan temenung, ikan goreng, ulam-ulaman dan sambal. Anak-anak minum air teh ais dan Eyda memilih air suam.

Menu kami
Murahkan harga makanan kami. Tengok senarai harga kat bawah nih.

Jumlah harga makanan kami

Bagi yang nak tahu lokasi tepat Kak Yang Gulai Temenung nih boleh laa tengok map kat bawah nih. Tempat kadang tu agak berebut jugak laa, kiranya kena bersedia kalau tiada tempat untuk duduk dan perlu menunggu.


Kedai Kak Yang Gulai Temenung ni dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 2.30 petang. Jadi jangan lewat sangat tau. Takut kena menunggu keesokkannya pula nak merasai gulai temenung Kak Yang tu.


RESTORAN DINALANG AIS KACANG SALJI

Kunjungan kami ke Alor Setar memang tak sah kalau tak singgah makan ais kacang salji. Biasanya kami akan singgah makan di Restoran Dinalang Ais Kacang Salji.

Semenatara menantikan ais kacang salji siap, kami merasa dadih susu lembu asli nih. Sedap rasanya, bolehlah peminat dadih yang ingin merasai dadih nih. Harga sebekas RM2.50.

Dadih Susu Segar
Izzat nak makan moi sup. Dapat laa dia makan moi sup nih. Kalau tak salah harganya RM3.00 semangkuk.

Moi sup
Yang dinantikan ais kacang salji. Sorang semangkuk. Sedap sebabnya letak ja dalam mulut, terus mencair ja. Kena makan cepat-cepat, nanti mencair dalam mangkuk tu. Harga semangkuk ais kacang salji RM3.00 ya.

Ais kacang salji
Bagi yang nak tahu lokasi ais kacang salji ni dia berada di Simoang Empat Kangkong. Atau boleh ja guna map kat bawah nih.





ZAKARIA LAKSA TELUK KECHAI

Memandangkan dah kenyang makan nasi di Kak Yang Gulai Temenung, jadinya Eyda hanya tapau Laksa Teluk Kechai nih. Kalau biasa mesti singgah makan kat situ sambil bungkus untuk bawa balik.


Laksa Teluk Kechai
Zakaria Laksa Teluk Kechai nih berada dalam perjalanan balik dari Kak Yang Gulai Temenung, jadinya mudah untuk singgah beli saja.



Percutian kami kali nih banyak sesi makan, kiranya hajat nak ke beberapa kedai makan tercapai. Tunggu trip akan datang pula nak singgah makan lagi.



You Might Also Like

14 comments

  1. ehehe escapism bersama anak2 kesayangan. hehe.. masa yang diluangkan tu mahal nilainya kan x kisah sekejap pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu SYM. Masa yang ada perlulah diluangkan bersama. Sekarang makin kurang dapat bersama dengan semua orang selepas abang dah dok asrama.

      Delete
  2. nampak sedap semua makanan. thanks for sharing <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semua makanan tu sedap Moomy Cici. You are welcome, manalah tahu ada yang berkunjung ke Alor Setar nak mencari tempat makan yang best.

      Delete
  3. Kaknoor pernah makan kat gulai ikan temenung tu memang sedapppp sngt campur ulam dan sambal belacan adoiii sampai bertambah lagi makan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan kak noor. Sedap anak cakap sambal belacan tu macam arwah mak buat dulu, kiranya ala kampung laa. Berselera anak-anak makan.

      Delete
  4. Ooo baru tau cmart kt menara dh tutup. . .
    Maybe depa pindah kt ampang jajar la. Sbb ada cmart baru buka. ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laa nih ZF akak pun baru tau kata dah tutup. Kiranya masa akak p tu memang baru tutup dan dah buka kat tempat lain. Rasanya kat ampang jajar tu, member yang meniaga kat uptown kat Menara Alor Setar tu pun ada bagitau yang hari kami p tu ada Cmart baru bukak kat tempat lain.

      Delete
  5. Restoran dinalang tu xpernah try lagi.. Padahal rumah arwah pak sedara belakang tu ja .Selalu park keta kt restorn ni ja. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa ya ka ZF, kira glamer jugak laa restoran dinalang tu dengan ais kacang saljinya. Nanti kalau ke sana, singgah laa cuba ais kacang salji dia.

      Delete
  6. wah. byk makanan best.
    bercuti tempat org, wajib la merasa makanan diorang, kan.
    jauh pun kita cari. janji memenuhi tekak :)
    then, spend masa dgn anak2. terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Aida, banyak tempat makan best. Tu pun masih banyak nak kena cari dan terjah. Betul dah sampai ke tempat orang mestilah merasa apa yang sedap. Selain luang masa bersama anak-anak.

      Delete
  7. comel je nasi lemak dia. hihi. lapar la tengok akak punya post ni. menyesal pulak blogwalking time ni :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel tu yang boleh makan sampai 2 bungkus seorang. Alahai, maaf laa ya tengok entry makanan pulak kat sini.

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti