Hiking Cherok Tokkun

1/30/2019 12:58:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Bulan Januari merupakan bulan paling aktif untuk Eyda buat masa sekarang.

Banyak betul aktiviti yang Eyda atur dan lakukan untuk mengisi masa yang terluang. Bukan apa selain menggembirakan anak-anak perlu juga amalkan gaya hidup sihat.

Selepas saja bercuti dengan anak-anak. Eyda ikut rancangan kawan Eyda untuk hiking ke Cherok Tokkun pada cuti Thaipusam yang lalu.

Kalau ikutkan nak ke Taman Negara Pulau Pinang ke Pantai Kerachut, tapi memandangkan Thaipusam akan ada jalan yang ditutup dan akan ada kesesakan jalan pada hari tersebut. Makanya, Eyda hanya memilih untuk ke Cherok Tokkun saja.

Semua yang turut sama pagi tu

Kami memulakan sesi regangan badan sekitar jam 7.45 pagi dan memulakan hiking sekitar jam 7.55 pagi.

Memulakan hiking
Kami melalui trek tanglong, Eyda biasa turun ikut laluan nih. Kali ini naik ikut laluan ni memang mencabar stamina sikit.

Masing-masing masih ceria ketika ini


Ceria kan

Alhamdulillah sekitar jam 10.00 pagi kami dah sampai ke kawasan gym atau tempat rehat di kawasan Cherok Tokkun.

Ketika berada di jalan tar nih banyak rakan yang hiking bersama berpecah, ada yang terus turun ke bawah selepas berehat di kawasan rehat sekitar gym dan ada yang sambung jogging dan selebihnya meneruskan hiking ke laluan hutan untuk turun semula ke bawah.


Kami yang sekitar 9 orang lagi meneruskan perjalanan sehingga ke pelantar pemandangan tanpa berhenti di tempat rehat di kawasan gym.
 
Masing-masing sedikit letih ketika ini

Setelah berehat, makan bekalan makanan yang dibawa serta minum, kami meneruskan perjalanan untuk turun mengikut jalan hutan.


Melalui jalan ini kami dapat menikmati keindahan Empangan Mengkuang yang cantik. Maaf Eyda kurang mengambil gambar memandangkan bateri telefon agak kurang di hari tersebut. Eyda hanya fokus nak rekod perjalanan hiking kami pada hari tersebut sahaja.



Kami meneruskan perjalanan lagi untuk turun selepas puas menikmati keindahan Empangan Mengkuang.

Laju ja turun bukit
Masa nak ke pemandangan yang menampakkan Empangan Mengkuang, banyak laluan turun yang mempercepatkan langkah kami untuk turun.

Segar mata memandang

Ketika menuruni bukit, kami dapati banyak pokok tumbang dan abang Art selaku ketua penunjuk arah pun akui banyak laluan berubah dalam perjalanan kami.


Berposing
Banyak pokok yang tumbang, sempat jugak kami berposing kat pokok-pokok yang tumbang tu. Rasanya lebih kurang atau lebih 20 pokok yang tumbang sepanjang laluan kami turun tu.

Ceria sebab nak dah turun

Kami berhenti rehat berhampiran empangan lama dan mengambil gambar.  Bab posing tak kalah ya walaupun menumpang telefon orang ja. 



Setelah meneruskan perjalanan, kami berhenti berehat di air terjun nih yang ada sekitar laluan kami. Kami berehat di sini sambil menikmati keindahan alam sebelum meneruskan lagi perjalanan.


Rehat santai namanya nih, sambil ada yang ambil peluang untuk rendamkan kaki seketika. Eyda hanya duduk main air sambil renggangkan kaki.

 
Perjalanan yang diteruskan tersangkut pada satu lokasi, banyak pokok tumbang telah menyebabkan laluan yang sepatutnya kami lalui tertutup sepenuhnya.

Hasil perbincangan antara ingin menggunakan laluan 800 atau berpatah balik. Majoriti sepakat untuk berpatah balik saja memandangkan masing-masing tak tau bagaimana keadaan laluan 800.

Ini berikutan masing-masing takut terpaksa menghabiskan lagi masa untuk berpatah balik jika tidak dapat melalui laluan 800.

Di ketika ini, masing-masing dah agak keletihan memandangkan jam telah menunjukkan jam 12.00 tengahari. Semua dah mula letih dan kelaparan.

Langkah makin perlahan, tapi masing-masing bergelut untuk cepat sampai ke laluan jalan tar semula.

Eyda pun dah rasa tahap seret kaki ketika ini. Bayangkan perjalanan yang sepatutnya lagi sejam terpaksa ditambah ke 2 jam untuk kembali ke jalan tar. Mental memang kena kuat ketika itu.

Eyda sampai ke jalan tar sekitar jam 2.10 petang. Fuhh agak lega dah jumpa jalan tar. Kami berjalan sehingga ke tempat rehat sekitar gym untuk tambah air minuman masing-masing. Nampak sangat masing-masing dah terlalu letih.

Eyda berjalan turun perlahan-lahan memandangkan lutut Eyda mula berasa sakit. Menggunakan jalan tar dan jalan hutan banyak bezanya. Eyda sampai di kereta sekitar jam 3.35 petang.


Inilah catatan masa yang Runkeeper rekodkan sepanjang perjalanan hiking kami pada hari tersebut. Kalau tengok jarak yang direkodkan boleh berlari 21km atau Half Marathon dah tu.

Bayangkan selama 7 jam kami hiking pada hari tersebut. Hari yang paling panjang dalam sejarah Eyda hiking. Tak sangka ini kali pertama Eyda sakit lutut kerana hiking. Padahal ini kali ke-4 Eyda hiking Cherok Tokkun tu.

Apapun ianya satu pengalaman indah buat Eyda. Serik? In shaa Allah tak, cumanya untuk hiking yang seterusnya Eyda kena pastikan lutut Eyda betul-betul baik. Risau pula sakit tu kembali lagi.


Nota Kaki : Jangan risau laluan yang terputus tu dah dapat dilalui semula dengan bantuan abang Art dan kawan-kawan yang masuk semula untuk membuka laluan tersebut. Lepas nih bolehlah ulang kembali laluan ini.

Laluan trek 800 pun sebenarnya boleh lalu juga, hasil info dari pendaki yang lain ketika kami hampir sampai ke Empangan Mengkuang ketika berpatah balik hari tersebut.


You Might Also Like

6 comments

  1. Replies
    1. memang best hiking. aloloo rajin laa ABM, sesekali pun jadi laa.

      Delete
  2. bestnya. echa selalu hiking jugak tahun lepas. dekat miri ada tempat hiking nama grand old lady aka canada hill. cuma tahun ni blm ada jejak kaki sana lagi sbb asyik hujan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan hiking Eeca Shyaa. Akak tahun ni dah 3 kali hiking. Agak aktif hiking nampaknya. Wah menarik nama tempat hiking kat Miri. Itulah kan, cuaca pun memainkan peranan nak hiking nih.

      Delete
  3. nampak seronok eyda hiking.
    aida ari tu broga jer la pun.
    pastu 2-3 hari demam tau ha ha ah ah ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok boleh hiking, tapi kadang tu kena bersiap sedia laa lutut. kadang sakit lutut dibuatnya. demam ke? mungkin aida tak biasa dengan aktiviti macam ni atau masa tu memang kurang sihat.

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti