Money Saving Challenge 2018
1/07/2019 04:58:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sekejap jer masa berlalu, dah seminggu kita berada di tahun 2019.
Macam mana perkembangan perjalanan kehidupan korang sepanjang tahun 2018? Bagi Eyda dan anak-anak Alhamdulillah okay saja walaupun ada juga terselit perkara yang kurang baik.
Macam tahun sebelumnya Eyda dah buka tabung simpanan. Tabung itu bersambungan malah bertambah tabung untuk tahun 2018. Alhamdulillah berjaya juga memenuhkan tabungan tersebut.
Seperti tahun 2017, Eyda sambung lagi tabung 52 Week Money Challenge. Simpanan berdasarkan mingguan iaitu dari nilai RM1 di minggu pertama sehinggalah RM52 untuk minggu terakhir di tahun 2018.
Tapi Eyda tukar skit kaedah simpanan ni kumpul terus untuk sebulan, Eyda ambik nilai yang paling banyak dan paling sikit dan berselang seli untuk bilangan minggu. Jadinya Eyda akan dapat jumlah yang hampir sama setiap minggu. Cuma untuk bulan ke-3, bulan ke-6, bulan ke-9 dan bulan ke-12 akan sedikit banyak daripada bulan yang lain.
Tabung ini untuk menampung perbelanjaan luar jangka di hujung tahun dan juga perbelanjaan berkaitan anak-anak.
52 Week Money Challenge 2018 |
Jadual simpanan untuk 52 Money Saving Challenge |
Tabung oren atau tabung RM20 nih Eyda baru buka untuk simpanan tahun 2018. Tujuan utama untuk persekolahan anak-anak tapi akhirnya Eyda tukarkannya ke tabung gadget dapur dan rumah.
Memandangkan perkiraan Eyda bagi tabung 52 Money Challenge dah memadai untuk anak-anak.
RM52 Money Challenge |
Jadual RM20 Money Challenge |
Ini tabung terakhir yang Eyda buka untuk tahun 2018. Tujuan tabung ini untuk belanja anak-anak makan sedap-sedap ikut selera anak-anak. Klu ikutkan nak guna masa bercuti, tapi sebab dah berubah perancangan makanya guna untuk penuhi selera anak-anak.
Tabung RM1 sehari |
Alhamdulillah semua tabung berjaya dilaksanakan dan juga telah menggunakan hasil simpanan ke tujuan yang diingini.
Untuk barangan gadget dapur dan rumah nanti Eyda kongsikan di entri akan datang ya.
Tabung untuk tahun 2019 kali ini akan ada sedikit perubahan. Harap ianya berjaya sepertimana tahun sebelumnya. In shaa Allah, Aamiin.
10 comments
Wahhhh...gigihnyaaaa....akak memang x gigih la..hehehe
ReplyDeleteGigih laa kak SA banyak belanja nak kena keluar untuk persekolahan anak-anak tahun ni. Kena pula abang dah sekolah menengah.
DeleteAlhamdulillah simpanan ni sedikit sebanyak membantu.
Tahniah, Eyda! Puas hati kan berjaya dapat buat tabungan sebegini.
ReplyDeleteTerima kasih Farrah memberi inspirasi untuk menyimpan cara macam nih. Seronok pula tengok tabung tu. Tahun ni nilai ada sedikit berubah. Sebagai persediaan si adik ke sekolah menengah tahun hadapan.
Deletemenariknya !! berjaya akak buat memang terbaikla. CT tak pernah cuba.
ReplyDeletememang ada saving tapi selalu yangyuk jeee masuk brapa ada..
menarik sangat, best bila nampak hasil menabung tu. cubalah SYM, simpan dalam tabung yang tak boleh pecahkan ke mana2 laa yang agak susah nak ambik.
Deletememula aida nak buat gini gak tau, eyda.
ReplyDeletedok fikir-fikir sepanjang bulan ni utk mula.
akhirnya, tak jadi :) ha ha ha ha ha...
monthly, up kan nilai RM yg aida wajib saving.
terus transfer ke akaun bank saving.
tabung yg ada rumah, baru wujudkan and will start 1 feb ni ialah tabung subuh.
masuk duit, amaun tak tetap, waktu waktu subuh.
boleh ja buat macam mana pun Aida, asalkan ada menyimpan dan kalau boleh disiplin. Eyda pun banyak tabung buka tahun ni selain masuk akaun simpanan.
DeleteTahun ni memang kena banyak menyimpan sebagai persediaan tahun depan dua-dua dah bersekolah menengah. Risau banyak duit nak guna pakai.
Kalau tak menyimpan, tak ada sumber kewangan nak guna nanti untuk persekolahan anak-anak.
tahniah dpt saving byk. sy nak saving tp boros lah. haikkk
ReplyDeleteAlhamdulillah, itu pun jenuh juga nak konsisten. Saya pun ada kalanya sedikit boros.
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..