Power Run 4 2019

1/16/2019 04:59:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Setelah sebulan tak sertai sebarang event, makanya Power Run 4 2019 ini event pertama di tahun 2019.

Event ini yang dahulunya pernah dibuat di Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang, Batu Uban, Gelugor telah berubah lokasi ke Padang Kampung Kastam, Gelugor (sebelah Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor).

Dahulu event ini dikenali sebagai Gelugor Power Run tapi ianya sudah bertukar ke nama Power Run saja.

Medal Power Run 4 2019

Jadinya bila ada perubahan tempat akan ada perubahan pada trek larian berbanding tahun sebelumnya. Perubahan terakhir pada trek larian ini telah menyebabkan jarak bagi kategori 10km menjadi 7km lebih sahaja.

Ini berikutan kerana faktor keselamatan para pelari. Memandangkan laluan yang ditetapkan sebelum ini melibatkan jalan utama. Jadinya laluan terakhir yang telah diputuskan banyak melibatkan kawasan perumahan. Oleh itu kurang risiko keselamatan kepada para pelari. Cumanya ada terjumpa anjing berhampiran kawasan perumahan saja.


Antara laluan berbukit

Apapun kekurangan jarak ini memang agak mencabar para peserta larian kerana laluan ini kebanyakkannya terpaksa melalui kawasan yang berbukit, ianya memang mencabar stamina masing-masing.

Kali ini, Eyda banyak berjalan berbanding berlari. Kurang mampu melayan laluan berbukit walaupun selalu jogging kawasan berbukit berhampiran kawasan perumahan.


Ada kenalan baru dan lama

Kali ini ada yang baru dapat bergambar bersama, kalau tak asyik tegur dalam Facebook jer. Ada jugak yang baru berkenalan. Bila selalu join event sebegini makin banyak kenalan yang berkongsi minat yang sama.

Idola nih, rajin Deana nih berlari

Ini salah seorang idola Eyda, rajin Deana nih berlari. Slim dan fit dia sekarang. Pace pun makin baik hari demi hari.




Ini saja catatan masa yang dapat Eyda buat, makin ke laut dalam pula melihatnya. Apapun dapat buat dengan baik dan sampai ke garisan penamat pun dah memadai. Tak gitu? Yang pasti target nak sihat tercapai.



You Might Also Like

6 comments

  1. Alhamdulilah, semoga target tercapai. Aamiin...

    Jom join segmen ni jom! https://adindabaizuramazlan.blogspot.com/2019/01/segmen-drop-your-link.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, Aamiin ABM. In shaa Allah, klu kelapangan saya join ya.

      Delete
  2. 2019 lgi byk larian ka kak eyda join

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun 2019 ni rasa macam banyak slow down skit ZF, kekangan masa dengan anak sekarang ada yang dah dok asrama.

      Delete
  3. tahniah sekali lagi.
    aida tak kot join fun run.
    jadual waktu takut2 tak kena, eyda.
    weekend anak2 tuisyen, nak balik asrama, nak balik kg.
    byk hal nyer and tak terduga.
    run sendiri2 ajer la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aida, sama laa tahun ni dah kurang mendaftar. Bulan ni ja banyak daftar, bulan akan datang banyak ambik 1 event sebulan jer. Bila ada anak dok asrama ni banyak nak kena fikir dan luangkan masa. Risau jugak ada hal yang tak dijangka.

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti