Calonkan Guru Anda Untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2019
3/25/2019 04:05:00 PM
Kita memulakan zaman persekolahan dengan belajar bersama dengan guru. Dalam ramai-ramai guru yang pernah mengajar kita daripada tadika, pra sekolah dan juga sekolah tak kiralah sekolah rendah atau pun sekolah menengah sekali pun pastinya ada beberapa guru yang kita selesa belajar bersamanya.
Guru ini pastinya menjadi kesayangan ramai pelajar. Mungkin masa belajar dulu kita tak berkesempatan untuk memberikan hadiah yang terbaik buat guru kesayangan kita ini. Apa kata sempena Hari Guru yang diadakan pada 16 Mei nih, jom kita hadiahkan guru kita dengan mencalonkannya sebagai salah seorang calon untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2019.
Nak tahu ke guru kesayangan Eyda masa belajar dulu? Guru ini namanya cikgu Mizam bin Musa. Beliau mengajar mata pelajaran Matematik Tambahan dan juga Matematik di tingkatan 4 dan juga 5.
Beliau tidak memaksa pelajarnya untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam pengajarannya asalkan pelajar itu sendiri berada di dalam kelas. Beliau tidak memarahi pelajar yang tertidur di dalam kelasnya. Pernah dalam nada berseloroh beliau berkata "Tak pa depa paham tu apa yang cikgu ajar, tengok pakat angguk ja". sambil beliau senyum dan ketawa kecil.
Eyda pun ada kalanya kurang faham apa yang di ajarkannya. Result pun kadang tu failed macam subjek Matematik Tambahan. Apapun Eyda berusaha juga untuk belajar dan memahami apa yang diajarkan.
Beberapa tahun lepas, beliau telah pun bersara pilihan dan meneruskan pengajaran beliau dengan mengadakan kelas tuisyen. Kiranya beliau masih lagi mengajar walaupun hanya di kelas tuisyen.
Semoga diberikan kesihatan yang baik buat cikgu Mizam bin Musa untuk meneruskan mencurahkan ilmu beliau untuk anak murid yang lain.
Terima kasih cikgu.
Latarbelakang: Anugerah Guru Inspirasi
McDonald’s 2019
Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan
Anugerah tahunan yang dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia untuk memberi
pengiktirafan kepada para guru yang melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi
tugas-tugas hakiki demi mendidik pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka
untuk menjadi lebih baik. Tahun ini merupakan tahun ketiga inisiatif ini
dilaksanakan, dan ia telah dilancarkan pada 1 Mac 2019 oleh Menteri Pendidikan
Malaysia, Dr Maszlee bin Malik sempena Hari Guru yang bakal tiba pada 16 Mei
kelak.
Setiap
penerima Anugerah Guru Inspirasi
McDonald’s akan menerima wang tunai bernilai RM5,000, trofi dan sijil
penghargaan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing
sempena sambutan Hari Guru.
Pencalon guru tersebut pula akan menerima baucar McDonald’s bernilai RM200.
Antara
kriteria bagi pemilihan pemenang termasuklah usaha meningkatkan pencapaian
pelajar, teknik pengajaran yang inovatif, tindakan melebihi tugas-tugas hakiki
untuk membantu pelajar dan juga impak positif guru terhadap diri pelajar.
Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s
merupakan salah satu inisiatif di bawah program kerjasama Kementerian
Pendidikan Malaysia dan McDonald’s Malaysia.
Berminat untuk sertai? Klik link https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi dan isikan butiran sepertimana di bawah ini dan hantar.
Maklumat
lanjut mengenai Anugerah Guru Inspirasi
McDonald’s 2019 boleh didapati di https://www.mcdonalds.com.my/anugerahguruinspirasi dan anda boleh calonkan guru kesayangan anda.
TARIKH TUTUP PENCALONAN : 31 MAC 2019.
4 comments
gud luck..:)
ReplyDeleteterima kasih cik nor
Deletebagus mcd buat begini
ReplyDeleteitulah kan Ekin, sebagai penghargaan kepada guru yang bertungkus lumus mengajar
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..