lokasi percutian menarik

Menariknya Bercuti di Pulau Langkawi

4/29/2019 08:28:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sibuk betul Eyda sekarang, kiranya semenjak dua menjak nih sibuk macam orang penting plak gayanya.

Tapi apapun Eyda cubalah jugak menulis bagi blog tak sunyi. Yelah, bahan tu ada cuma kekangan  masa tu agak mencemburui.

Nampak tak betapa sibuknya Eyda sekarang kan. Tak apa letak sebelah kesibukan Eyda tu.

Sekarang Eyda nak cerita salah satu lokasi yang sememangnya menjadi salah satu destinasi pilihan kita untuk bercuti.



Nak tahu di mana? Jawapannya Pulau Lagenda iaitu Pulau Langkawi yang berada di utara semenanjung Malaysia.

Pulau ini juga merupakan pulau bebas cukai. Jadinya ia menjadi antara lokasi yang menjadi pilihan untuk bercuti dan syurga membeli belah terutamanya coklat.

Tak sah rasanya kalau sampai di Pulau Langkawi tanpa membeli coklat sebungkus dua atau lebih.

Biasanya orang yang sampai sini mesti memborong coklat untuk dibawa pulang sebagai buah tangan atau untuk makan sendiri.

Bila bermulanya perancangan korang untuk bercuti di mana- mana destinasi termasuk Pulau Langkawi, korang lebih suka menempah hotel dengan cara walk in atau pun booking online?

Kalau bagi Eyda, lebih suka booking hotel secara online bukan saja menjimatkan masa, malah harganya lebih murah berbanding walk in.

Bukan itu saja, bila booking online sedikit sebanyak tempat penginapan kita di sana dah terjamin. Kalau walk in, belum tentu kita dapat menginap di hotel pilihan kita. Tak gitu?

Ermm tahukah korang bagaimana untuk menempah hotel yang terbaik dengan harga yang murah serta lokasi yang strategik?

Korang boleh layari book top Langkawi hotels yang sememangnya menawarkan korang harga hotel yang murah dan berpatutan.


The Datai Langkawi Hotel juga adalah antara salah satu hotel yang murah dan ianya terletak di lokasi strategik di Pulau Langkawi ini. Apa lagi cepat-cepat korang buka internet dan search for cheap the Datai Langkawi Hotel booking untuk lihat sendiri tawaran menarik ini.


Pulau Langkawi

Pulau Langkawi merupakan sebuah pulau di utara perairan semenanjung Malaysia yang dikelilingi oleh pulau-pulau kecil yang lain.

Pulau ini terletak 30 km dari perairan utara Malaysia. Oleh kerana lokasinya yang bersempadan dengan perairan Thailand, jadinya ada sesetengah pulau di Thailand korang boleh lihat dari Langkawi.

Langkawi juga terkenal dengan duty-free island atau pulau bebas cukai dimana barangan import semua tidak mempunyai tax duti yang menjadikan barangan di sini sememangnya murah dan menggalakkan korang membuat pembelian secara borong.

Nama Langkawi merupakan kombinasi antara "Lang"dan "Kawi". "Lang" ini diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Ianya kerana kehadiran burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi antaranya Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi itu sendiri. Langkawi juga merupakan habitat burung helang merah kawi.

"Kawi" bererti merah hati, ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. "Kawi" juga bermaksud tulisan Kawi iaitu tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, "Kawi" ini juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi atau lebih dikenali sebagai batu kapur yang banyak terdapat di Langkawi.
 
Korang perasan tak replika helang yang terdapat di Dataran Helang tu kelihatan helang sedang berdiri di atas batu kawi.

"Kawi" dalam bahasa Sanskrit pula bermaksud guli yang mana ia merujuk kepada pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan ini digabungkan, ia menjadi perkataan "Helangkawi" yang akhirnya menjadi Langkawi.
Selain itu, legenda dan mitos lama Langkawi juga menceritakan kisah pulau ini yang telah disumpah oleh seorang wanita bernama Mahsuri pada kurun ke-18.

Kisah ini bermula setelah Mahsuri telah difitnah menjalinkan hubungan dengan lelaki lain dan telah dihukum bunuh. Pada waktu beliau ditikam di dada, legenda mengatakan darah putih yang mengalir keluar itu telah disumpah oleh Mahsuri bahawa Langkawi tidak akan maju selama 7 keturunan kesultanan Kedah.

Pulau Langkawi ini telah diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai pada tahun 1987 dan seterusnya ia menjadi sebagai lokasi perlancongan oleh Perdana Menteri Dr.Mahathir Mohamad. Selepas itu, pulau Langkawi menjadi antara lokasi yang pesat membangun dengan kehadiran lebih kurang 3 juta pelancong dalam setahun.

Aktiviti air seperti island hopping adalah salah satu aktiviti yang popular di pulau ini jika anda menginginkan salah satu aktiviti lasak dan yang menarik melibatkan air.



Tidak ketinggalan, Tasik Dayang Bunting juga merupakan salah satu pulau yang terkenal dengan mitosnya yang tersendiri. Ini adalah kerana rupa pulau tersebut menyerupai seorang perempuan mengandung.

Pantai Cenang Mangrove tour ataupun tour paya bakau juga ada ditawarkan kerana sebahagian kepulauan Langkawi ini dikelilingi oleh paya bakau.



Bukan itu saja, Gunung Mat Chincang juga adalah satu lokasi tarikan pelancong kerana wujudnya Langkawi Cable Car yang membawa pelancong ke puncak gunung tersebut.



Langkawi Sky Bridge merupakan satu tarikan yang popular dan memberikan pengalaman cuaca sejuk berbanding dengan cuaca Malaysia yang panas ini. Terdapat 3 stesen observation deck yang boleh anda lawati sebelum mencecah puncak gunung.

Selain dari menikmati keindahan pulau ini, anda juga boleh berkunjung ke Pekan Kuah untuk membeli-belah. Haji Ismail Group merupakan satu pusat duty-free yang menjual pelbagai jenis barangan murah dan terkenal dengan jualan coklat pelbagai jenama.

Korang berhajat untuk ke Langkawi? Cepat tempah hotel anda secara online sekarang dan menikmati percutian bertaraf dunia di Langkawi.

Pelancong luar negara pun dah ramai yang berkunjung ke sana. Korang bila lagi? Negara kita pun banyak lokasi menarik untuk dilawati setanding dengan negara luar. Tak gitu?



Gambar kredit google


restoran segera

McDonald's Sunway City, Tambun, Perak

4/03/2019 11:44:00 AM


Hari Rabu minggu lepas Eyda bersama anak-anak berkesempatan singgah di McDonalds's Sunway City, Tambun.Yelah, makan-makan isi perut dulu sebelum bawa anak-anak berendam di Lost World of Tambun.

Lokasi yang agak baik kerana penduduk sekitar dapat menikmati menu fast food yang paling hampir tanpa perlu keluar jauh untuk mendapatkan makanan segera.

En. Fairuz duduk di kanan sekali merupakan pemilik fraincais McDonald's Sunway City, Tambun

Setibanya kami di sana, kebetulan dapat berkenalan dengan pemilik fraincais McDonalds's Sunway City, Tambun. Pemilik McDonald's Sunway City, Tambun ini ialah En. Fairuz dan beliau baru berusia 37 tahun. Muda kan pemilik McDonald's Sunway City, Tambun. Beliau telah pun berkahwin dan memiliki 3 orang anak.

Banyak kisah susah payah, jatuh bangun beliau daripada zaman belajar sehingga membuka fraincais McDonald's Sunway City, Tambun nih.

Tak sangka bakat berniaga yang ada dari umur beliau 19 tahun, berterusan sehingga kini. Satu jangka masa yang panjang untuk beliau terlibat dalam bidang perniagaan.

Semasa beliau berumur 19 tahun, beliau dah mula berniaga lebih kepada mencari duit poket ketika belajar di Australia.

Macam-macam cabang berniaga yang beliau lakukan ketika belajar dulu yang majoritinya berkaitan makanan. Makanan ini kebanayakkannya dijual kepada pelajar yang turut berada di sana.

Okay lanjutan daripada persinggahan Eyda dan anak-anak di sana, kami menikmati Hot N' Crispy Chicken dan Smoky Grilled Beef. Tapi Eyda dan anak-anak lebih sukakan Hot N. Crispy Chicken lagi.

Hot N Crispy Chicken

Smoky Grilled Beef

Tidak ketinggalan dapat mencuba desert Chicken Rendang Pie. Rasa Chicken Rendang Pie ni agak sedap, ala-ala karipap gitu. Yelah kulit diluar seperti kulit karipap pusing dan inti di dalam rendang ayam. Cukup rasa rendangnya.



Chicken Rendang Pie

Chicken Rendang Pie

Chicken Rendang Pie

Boleh laa bagi peminat rendang ayam nak mencuba Chicken Rendang Pie nih. Boleh juga mencuba kelainan pie daripada McDonalds.



autisme

Hari Autisme Sedunia

4/02/2019 09:37:00 AM


Hari Autisme Sedunia diraikan pada 2 April setiap tahun. Bulan ini juga merupakan bulan kesedaran terhadap Autisme.

Sebenarnya masih ramai di kalangan masyarakat kita yang kurang mengetahui mengenai apa itu Autisme. Di sini Eyda kongsikan hasil pencarian maklumat berkaitan Autisme. Moga ianya memberikan kita sedikit ilmu dan info mengenainya.



Austime atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seseorang kanak-kanak dalam berkomunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku.



Tahukah anda bahawa satu daripada 160 kanak-kanak di dunia adalah kanak-kanak autistik?

Ini 9 perkara yang perlu anda tahu tentang autisme sempena Hari Autisme Sedunia hari ini;

1. Tidak menunjukkan respon

Kanak-kanak autistik kebanyakannya tidak akan menunjukkan respon semasa berinteraksi dengan orang lain. Mereka lebih gemar mengasingkan diri seolah-olah berada dalam dunianya sendiri.


2. Perkembangan bahasa berbeza 
Perkembangan bahasa kanak-kanak autisme adalah berbeza bagi setiap individu. Antara masalah perkembangan bahasa adalah mereka tidak boleh bertutur dan hanya mengeluarkan bunyi. Manakala, masalah perkembangan bahasa bagi yang boleh bertutur adalah perkataan yang dikatakan tidak mempunyai makna dan sukar untuk difahami.

3. Tiada keupayaan untuk tumpu perhatian 

Kanak-kanak autisme kebanyakannya tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan atau memberi respon. Ini kerana mereka tiada keupayaan untuk menumpukan perhatian.

4. Lambat dikesan oleh keluarga terdekat 

Ramai kanak-kanak yang menghidap autisme lambat dikesan oleh keluarga terdekat seperti ibu bapa atau penjaga. Biasanya, penghidap autisme boleh dikenal pasti seawal usia dua atau tiga tahun. Jika anak-anak anda menunjukkan tanda-tanda ini, segera dapatkan rawatan pakar.

5. Bantuan dan rundingan 

Jika anak-anak anda menunjukkan ciri-ciri ini, anda boleh mendapatkan bantuan dan rundingan dari kumpulan sokongan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia seperti yang tertera di laman sesawang ini.

6. Tips untuk berkomunikasi 

Antara tip untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak autistik adalah memberi arahan mudah dan jelas kepada mereka. Selain itu, kanak-kanak autistik gemar untuk melakukan aktiviti secara berulang. Maka, lakukan aktiviti harian anak-anak autisme berdasarkan rutin yang dijadualkan.


7. Berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Kebajikan Masyarakat 

Kanak-kanak autistik di Malaysia perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran untuk mendapatkan keperluan pendidikan. Mereka juga perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU).

8. 15,484 penghidap autisme 

Setakat Mei 2017, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mencatatkan seramai 15,484 orang dikenali menghadapi masalah autisme di seluruh negara. Dari jumlah tersebut, 2,080 orang yang didaftar adalah berumur bawah enam tahun, 7,167 orang berumur tujuh hingga 12 tahun, 2,248 orang berumur 13 hingga 18 tahun.

9. Hari Kesedaran Autisme Sedunia





Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut pada 2 April setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat agar lebih peka terhadap individu yang menghidap autisme.



Info kredit daripada Astro Awani

Blog yang Diikuti