Hari Autisme Sedunia

4/02/2019 09:37:00 AM


Hari Autisme Sedunia diraikan pada 2 April setiap tahun. Bulan ini juga merupakan bulan kesedaran terhadap Autisme.

Sebenarnya masih ramai di kalangan masyarakat kita yang kurang mengetahui mengenai apa itu Autisme. Di sini Eyda kongsikan hasil pencarian maklumat berkaitan Autisme. Moga ianya memberikan kita sedikit ilmu dan info mengenainya.



Austime atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seseorang kanak-kanak dalam berkomunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku.



Tahukah anda bahawa satu daripada 160 kanak-kanak di dunia adalah kanak-kanak autistik?

Ini 9 perkara yang perlu anda tahu tentang autisme sempena Hari Autisme Sedunia hari ini;

1. Tidak menunjukkan respon

Kanak-kanak autistik kebanyakannya tidak akan menunjukkan respon semasa berinteraksi dengan orang lain. Mereka lebih gemar mengasingkan diri seolah-olah berada dalam dunianya sendiri.


2. Perkembangan bahasa berbeza 
Perkembangan bahasa kanak-kanak autisme adalah berbeza bagi setiap individu. Antara masalah perkembangan bahasa adalah mereka tidak boleh bertutur dan hanya mengeluarkan bunyi. Manakala, masalah perkembangan bahasa bagi yang boleh bertutur adalah perkataan yang dikatakan tidak mempunyai makna dan sukar untuk difahami.

3. Tiada keupayaan untuk tumpu perhatian 

Kanak-kanak autisme kebanyakannya tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan atau memberi respon. Ini kerana mereka tiada keupayaan untuk menumpukan perhatian.

4. Lambat dikesan oleh keluarga terdekat 

Ramai kanak-kanak yang menghidap autisme lambat dikesan oleh keluarga terdekat seperti ibu bapa atau penjaga. Biasanya, penghidap autisme boleh dikenal pasti seawal usia dua atau tiga tahun. Jika anak-anak anda menunjukkan tanda-tanda ini, segera dapatkan rawatan pakar.

5. Bantuan dan rundingan 

Jika anak-anak anda menunjukkan ciri-ciri ini, anda boleh mendapatkan bantuan dan rundingan dari kumpulan sokongan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia seperti yang tertera di laman sesawang ini.

6. Tips untuk berkomunikasi 

Antara tip untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak autistik adalah memberi arahan mudah dan jelas kepada mereka. Selain itu, kanak-kanak autistik gemar untuk melakukan aktiviti secara berulang. Maka, lakukan aktiviti harian anak-anak autisme berdasarkan rutin yang dijadualkan.


7. Berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Kebajikan Masyarakat 

Kanak-kanak autistik di Malaysia perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran untuk mendapatkan keperluan pendidikan. Mereka juga perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU).

8. 15,484 penghidap autisme 

Setakat Mei 2017, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mencatatkan seramai 15,484 orang dikenali menghadapi masalah autisme di seluruh negara. Dari jumlah tersebut, 2,080 orang yang didaftar adalah berumur bawah enam tahun, 7,167 orang berumur tujuh hingga 12 tahun, 2,248 orang berumur 13 hingga 18 tahun.

9. Hari Kesedaran Autisme Sedunia





Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut pada 2 April setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat agar lebih peka terhadap individu yang menghidap autisme.



Info kredit daripada Astro Awani

You Might Also Like

4 comments

  1. Betul. Selamat hari autism untuk anak-anak autism. Sebenarnya anak autism ni lah anak special

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya cik Kaella, selamat hari autisme buat semua anak istimewa ini.

      Delete
  2. selamat hari autism respek kepada ibubapa kanak2 autism mereka sungguh kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul respek sangat, mereka bukan saja kuat, malah penuh kesabaran membesarkan anak2 yang autisme nih.

      Saya ada 4 orang kenalan terdekat yang mempunyai anak autisme nih. Ada yang anak sulung, ada juga anak bongsu. Semua mempunyai perbezaan karektar masing2.

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti