Bercuti di Lost World Of Tambun, Perak
5/06/2019 04:48:00 PM
Cuti sekolah yang lalu, Eyda dan anak-anak sempat bercuti di Ipoh, Perak. Sebagai memenuhi permintaan anak-anak yang nak bercuti.
Pikir punya pikir, akhirnya Eyda bawa anak-anak ke Lost World of Tambun. Lama betul kami tak ke sini, rasanya kali pertama dulu kami datang dalam 5 tahun lepas. Masa tu roller coaster baru saja di buka untuk orang ramai.
Kunjungan kali ini Eyda tengok dah banyak perubahan di sana dan tidak ketinggalan pertambahan beberapa tempat tarikan di sana.
LOST WORLD PETTING ZOO
Setibanya kami sekitar jam 12 tengahari, kami berjalan masuk ke Lost World Petting Zoo. Di sini banyak binatang yang dapat kita lihat dari jarak yang dekat.
Serpentarium
Untuk ke Serpentarium kita kena melalui terowong yang menempatkan pelbagai jenis ular. Di sini kita boleh melihat dari dekat beberapa jenis ular.
Jangan terkejut kalau ketika anda berjalan masuk ke melalui terowong tu tiba-tiba ternampak ular di bahagian atas terowong.
Ingat lagi kata-kata Kimie di sini. "Ibu, kalau ular nih telan Kimie pun boleh kan". Yelah Kimie, memang ular tu mampu telan kita yang saiz kecik nih. Tengok saiz ular tu pun dah tau.
Rabbit Wonderland
Bahagian yang agak menarik kerana dapat melihat beberapa ekor arnab yang comel di sini. Tiba-tiba teringat satu ketika dulu pernah membela arnab secomel ini.
Selain itu, tidak ketinggalan hamster juga turut ada di sini. Comel-comel jer semua. Siap ada tempat untuk hamser tu bermain-main.
Di sekitar kawasan yang sama, turut ada aktiviti menangkap ikan. Teruja jer tengok kanak-kanak cuba untuk menangkap ikan.
Rock Canopy
Memasuki ruangan di sini kita dapat melihat kura-kura dari jarak yang dekat. Hampir sama ja rupa kura-kura tu dengan batu kan.
Wah di sini kita dapat melihat pelbagai jenis burung kakak tua dari jarak yang dekat. Sebaiknya dilarang untuk menyentuh burung-burung ini.
Marmoset Tree House
Di sini kita akan berada bersama beberapa haiwan antaranya buaya, monyet, mengkarung, biawak dan beberapa jenis lagi.
Tarantula Alley
Di sini kita dapat melihat beberapa jenis labah-labah yang masih ada.
Porcupine Trail
Di sini kita dapat melihat landak dari jarak yang dekat. Sempat lagi Kimie cakap,kenapa dia tak serang dengan duri dia. Ermm kalau dia nak serang dengan duri dia, mau ibu yang lari jauh-jauh dulu.
Pastinya anak-anak laa yang paling teruja melihat binatang dan aksinya di sini. Kami luangkan masa sekitar lebih setengah jam berada di sini.
Giraffe and Friends
Di kawasan bersebelahan pintu masuk ke Lost World Petting Zoo, kelihatan unta, kuda belang dan zirafah.
Di sini kita boleh memberi binatang makan. Makanan untuk satu raga berharga RM5.00. Kiranya bolehlah bagi zirafah, kuda belang dan unta makan sambil memegangnya.
Selalu dapat tengok kat tv jer binatang nih. Kali nih dapat tengok dan pegang sekali.
Suka sungguh laa Kimie dan Izzat bagi binatang nih makan.
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat : 11.00 pagi - 10.00 malam
Selasa : 6.00 petang - 10.00 malam
Sabtu - Ahad, Cuti Am, Cuti Sekolah : 10.00 pagi - 10.00 malam
LOST WORLD HIPPO KINGDOM
Melepasi bahagian Tin Valley dan juga Glamping iaitu tempat yang membolehkan kita bermalam. Kita dapat melihat satu lagi ruangan yang menempatkan binatang di sini.
Bahagian ini dinamakan Hippo Kingdom.
Alahai comelnya, seronok dapat melihat pelbagai jenis binatang sepanjang berada di sini.
Okay kita tinggalkan cerita binatang yang ada di sini. Kita cerita mainan melibatkan air yang sempat kami main di sini. Kebanyakkannya tidak pernah kami main semasa kunjungan yang terdahulu.
Apapun jom tengok mainan air apa yang ada di Lost World of Tambun nih.
LOST WORLD WATER PARK
Jungle Wave Pool
Jungle Wave Pool ialah kolam renang berombak terbesar di Malaysia. Ombak buatan ini mampu mencapai ketinggian sebanyak 3 kaki tingginya. Wah tinggi bukan?
Adventure River
Pengunjung dapat menaiki pelampung melalui sungai buatan dan merasai sendiri pengalaman yang berbeza di sini. Ianya menyeronokkan jika bersama keluarga atau rakan.
Sandy Bay
Ianya cantik dengan pasir pantai yang memutih. Kita dapat berehatkan badan dan minda sambil melihat anak-anak bermain pasir atau pun mandi di dalam kolam.
Kids Explorabay
Di sini terdapat gelongsor bersaiz kecil khas untuk kanak-kanak dan juga bersaiz besar. Ianya berada di dalam satu tempat memudahkan untuk anak-anak meneroka.
Di sini terdapat meriam air, bekas air yang besar, semburan air gajah, langsir air, dan tidak ketinggalan kapal lanun untuk anak-anak bermain.
Cliff Racer
LOST WORLD OF TIN VALLEY
LOST WORLD HOT SPRINGS
Di sini sesuai bagi yang ingin berendam di dalam air panas atau suam. Ianya dibuka bermula jam 6.00 petang hingga 11.00 malam
Ada pelbagai kolam lagi yang ada di dalam kawasan Lost World Hot Springs. Anda boleh merasai ke semuanya.
LOST WORLD GLAMPING
Glamping
Bagi yang ingin bermalam di Lost World of Tambun ala camping, anda bolehlah tinggal di Glamping. Ianya memberikan anda satu pengalaman baru dan menyeronokkan tidur di dalam khemah seperti anda berkhemah.
Memiliki satu katil bersaiz Queen dan 2 katil single pastinya cukup untuk anda sekeluarga atau kawan-kawan untuk bermalam di sini.
Dapat juga merasai aktiviti mengambil air di dalam perigi. Sekarang sukar nak jumpa perigi, dengan adanya perigi sebegini anak-anak bahkan kita sendiri dapat merasai susah senang orang dulu-dulu mendapatkan bekalan air.
Selain itu, aktiviti Flying Fox dan Berkayak juga ada di sekitar Glamping.
Apapun percutian pendek ini membuatkan anak-anak Eyda teruja dan seronok sebab dapat melihat binatang seperti berada di zoo dan dalam masa yang sama boleh bermain air di sini. Seharian di sini pastinya membuatkan anak-anak gembira dapat meneroka ke semua tarikan yang ada.
Ianya merupakan tempat gelongsor air yang tinggi terus ke bawah. Agak gerun juga, tapi ianya menyeronokkan.
Ia membawa kita turun dengan kelajuan yang tinggi. Eyda cuba bersama Kimie, semua nak ibu cuba bersama. Apapun ianya sesuai untuk anak-anak yang sukakan cabaran dan juga kelajuan. Pasti anak-anak seronok bermain di sini.
sumber google |

Tube Raiders
Tube Raiders ini mempunyai 4 gelongsor yang berlainan. Ada gelongsor bertutup dari atas sampai bawah, ada gelongsor separa terbuka, gelongsor separa tertutup dan tidak ketinggalan gelongsor yang terbuka keseluruhannya. Eyda dan Kimie mencuba gelongsor yang terbuka keseluruhannya. Anda patut mencuba semuanya. Ia antara aktiviti yang menarik untuk seisi keluarga.
Sumber google |
LOST WORLD OF TIN VALLEY
Di sini kita dapat belajar mengenai sejarah bijih timah, peralatan yang digunakan untuk mendulang bijih timah.
LOST WORLD HOT SPRINGS
Di sini sesuai bagi yang ingin berendam di dalam air panas atau suam. Ianya dibuka bermula jam 6.00 petang hingga 11.00 malam
Saphiras Twisters
Di sini terdapat gelongsor panjang yang terus masuk ke kolam air panas. Anak suka betul dan berulang kali dia naik gelongsor nih.
Ada beberapa suhu yang berlainan. Paling sejuk 43' manakala paling panas 72'. Apapun paling selesa kolam 43'.
Ada pelbagai kolam lagi yang ada di dalam kawasan Lost World Hot Springs. Anda boleh merasai ke semuanya.
LOST WORLD GLAMPING
Glamping
Bagi yang ingin bermalam di Lost World of Tambun ala camping, anda bolehlah tinggal di Glamping. Ianya memberikan anda satu pengalaman baru dan menyeronokkan tidur di dalam khemah seperti anda berkhemah.
Memiliki satu katil bersaiz Queen dan 2 katil single pastinya cukup untuk anda sekeluarga atau kawan-kawan untuk bermalam di sini.
Dapat juga merasai aktiviti mengambil air di dalam perigi. Sekarang sukar nak jumpa perigi, dengan adanya perigi sebegini anak-anak bahkan kita sendiri dapat merasai susah senang orang dulu-dulu mendapatkan bekalan air.
Selain itu, aktiviti Flying Fox dan Berkayak juga ada di sekitar Glamping.
Apapun percutian pendek ini membuatkan anak-anak Eyda teruja dan seronok sebab dapat melihat binatang seperti berada di zoo dan dalam masa yang sama boleh bermain air di sini. Seharian di sini pastinya membuatkan anak-anak gembira dapat meneroka ke semua tarikan yang ada.
4 comments
Maaf btya.. di lost world of tambun ada sediakan towel x (kita boleh ambik,then sblm kluar kita kena pulang kan)semcm sewa tube tu??
ReplyDeleteMaaf tiada perkhidmatan sewa tuala di sini. Kita kena bawa tuala sendiri.
DeleteHotel dia x sekali dlm tu kan?
ReplyDeleteHotelnya berada di luar pintu masuk ke situ kecuali glamping ja yang ada dalam tu
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..