Kampungku Buffet Ramadhan | Ixora Hotel Penang

5/06/2019 09:50:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Bulan Ramadhan telah pun tiba. Dalam menyambut bulan yang mulia ini, pastinya ada di antara kita ingin meraikan bulan yang mulia ini bersama keluarga.

Mungkin ada satu hari dalam bulan Ramadhan ini kita merancang makan di luar bersama keluarga. Apa kata masukkan Kampungku Buffet Ramadhan dari Ixora Hotel Penang ini dalam senarai korang.

Istimewanya buffet di sini bukan sahaja menyajikan menu bercirikan masakan kampung yang pastinya membuatkan anda berselera untuk menikmati makanan yang ada di sini.

Jom tengok antara menu yang menarik yang disajikan di sini.




PEMBUKA SELERA

Menu pembuka selera yang menarik turut ada di sini. Menu Sup Kambing Berempah dengan Kentang pastinya membuka selera anda untuk berbuka.

Sup Kambing Berempah dengan Kentang

MENU UTAMA

Di ruang utama, menyajikan pelbagai jenis menu antaranya menu makanan laut seperti Siput Lala Goreng Bercili, Udang Goreng Nestum Daun Kari, Kupang Masam Manis, Sambal Tumis Kerang Dengan Ubi Ketang, Ketam Goreng Bercili, Gulai Ikan Keli Timun Muda Tumis Darat.

Selain itu, turut disajikan Nasi Minyak Pelangi, Daging Dendeng Madu, Ayam Kuzi Berempah dengan Kismis, Masak Lemak Petola dan Sayur Campur Cendawan Sos Tiram dan banyak lagi pilihan menu buat anda.

Kupang Masam Manis

Ketam Goreng Bercili

Udang Goreng Nestum Daun Kari

Siput Lala Goreng Bercili

Daging Dendeng Madu

Ayam Kuzi Berempah dengan Kismis

Sayur Campur Cendawan Sos Tiram




Selain itu, di sini turut mempelbagaikan menu mengikut hari tertentu. Antara menu yang menjadi pilihan ialah Daging Shamah, Patin Masak Cuka Cili Padi, Gulai Udang Rebung, Sipt Lala Cencaluk, Ayam Panggang Percik Sos Pandan dan banyak lagi pilihan menu.


Dapur Panas

Bukan saja menu utama yang dihidangkan di sini. Di sini turut ada dapur panas yang menyediakan  menu secara langsung kepada pelanggan. Antara menu yang ada seperti Ikan Bakar, Kambing Golek, Kebab dan Penang Char Koay Teow.

Ikan Bakar


Kambing Golek

Penang Char Koay Teow
Tidak lengkap rasanya menu tanpa Penang Asam Laksa, Ais Kacang & Cendol dan Rojak Buah-Buahan. 

Penang Asam Laksa

Ais Kacang & Cendol

Rojak Buah-Buahan

Menu sampingan yang ada di sini antaranya Ikan Bilis Tempe Berlada, Kerabu Nangka Muda Ikan, Bilis, Ikan Pekasam Goreng Bawang dan banyak lagi.

Pelbagai menu sampingan

Bagi peminat Ulam-ulaman pastinya akan suka dengan pelbagai pilihan yang ada di sini. Bukan itu saja, pencicah dan sambal belacan yang pelbagai jenis turut ada di sini.


Sambal Belacan


PENCUCI MULUT

Rambang mata melihat pelbagai pencuci mulut yang disediakan di sini. Banyak pilihan pencuci mulut antaranya kuih muih tradisional seperti onde-onde, kuih ketayap, cucur badak, kuih cara dan kuih keria.

Buka itu saja, kuih moden seperti puding, kek dan koktail buah-buahan juga ada di sini.






Pelbagai jenis minuman juga ada di sini untuk korang nikmati bersama hidangan yang disajikan buat anda di sini.

Minuman

RUANG PERMAINAN


Pihak Ixora Hotel Penang memahami kehendak ibu bapa yang mempunyai anak kecil untuk berbuka di luar terutamanya di hotel. Anak-anak ini adakalanya suka berlari tanpa menghiraukan keselamatan diri dan orang lain.

Maka pihak Ixora Hotel Penang mengambil inisiatif ini dengan mengadakan ruang permainan di dalam kawasan kafe. Jadinya anda tidak perlu gusar untuk berbuka sambil dapat memantau anak-anak anda.

Ruang Permaninan

PAKEJ BUFFET

Anda jika berhajat untuk berbuka di Ixora Hotel Penang, Kampungku 2019 Buffet Dinner anda boleh dapatkan dengan pembelian awal sehingga hari ini 6 Mei 2019 melalui laman web www.ixorahotel.com


Baba & Nyonya                             RM60/dewasa  
                                       RM46/kanak-kanak (4-12 tahun)

The Straits Cafe                             RM88/dewasa
                                                       RM58/kanak-kanak (4-12 tahun)

Dengan pembelian untuk 10 orang dewasa anda akan dapat PERCUMA 1.

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungu 04-3828888 atau email info@ixorahotel.com
                                       

You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti