Selera Nusantara Ramadan Buffet | Olive Tree Hotel Penang
5/14/2019 03:10:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini dah hanpir menghampiri 1/3 bulan kita berpuasa di bulan Ramadan.
Macam mana puasa anda kali ini. Eyda rasa di awal puasa agak baik kerana kerap hujan. Tapi beberapa hari ini sedikit panas dan rasa cepat dahaga.
Semalam Eyda dan Kimie sempat berbuka puasa di luar. Lokasi pilihan kami berbuka pada kali ini di Olive Tree Hotel Penang.
Semalam juga merupakan hari pertama buffet Ramadan di Olive Tree Hotel Penang yang menampilkan tema 'Selera Nusantara Ramadan Buffet'.
Menarik pemilihan menu bagi Selera Nusantara Ramadan Buffet ini. Ianya bukan sahaja menggabungkan hidangan tradisi dan malahan pelbagai budaya. Jom kita lihat antara menu yang disajikan di sini.
MENU UTAMA
Menu utama yang ditampilkan kali ini seperti Ayam Percik, Gulai Daging Batang Pisang, Lamb Varural, Ketam Masak Lemak Cili Padi, Ayam Kalio, Assorterd Sushi, Dimsum, Baked Macaroni Cheese and banyak lagi.
Ayam Percik |
Gulai Daging Batang Pisang |
Lamb Varural |
Pan Fried Fish with Lemon Butter Sauce |
Kong Poh Squid |
Sambal Udang Petai |
Kurma Telur dengan Ubi Kentang |
Assorted Sushi Condiments |
Baked Macaroni with Cheese |
Potato Croquette |
Sayur Campur |
Tidak ketinggalan pelbagai menu lain termasuk ulam-ulaman, pelbagai jenis sambal dan juga kerabu turut ada di sini.
Ikan Masin dan Telur Masin |
Ulam-Ulaman dan Sambal Belacan |
Kerabu Kacang Botol |
Kerabu Mangga |
Kerabu Taugeh |
Acar Buah |
Tau Kua Sumbat |
Tidak lengkap rasanya hidangan tanpa kehadiran dapur panas yang menghidangkan menu yang dimasak panas apabila dipesan.
Di sini turut disajikan Char Koey Teow Ketam, Koey Teow T'hng, Ikan Bakar with Air Asam, Roti John dan Thai Pattaya Kebab.
Char Koey Teow Ketam |
Ikan Bakar |
Ikan Bakar |
Air Asam |
Roti John Ayam |
Roti John Daging |
MENU SAMPINGAN
Di warung aksi juga pengunjung dapat menikmati hidangan tempatan seperti Kambing Bakar dengan Nasi Mandy, Bubur Lambuk, Sup Tulang, Chicken & Beef Satay, dan juga tidak ketinggalan hidangan timur tengah seperti Chicken Shawarma.
Kambing Bakar |
Bubur Lambuk |
Sup Tulang |
Chicken & Beef Satay |
Chicken Shawarma |
KIDS CORNER
Lebih istimewa di sini turut diadakan Kids Corner yang menampilkan menu yang sesuai untuk kanak-kanak. Antara menu yang dihidangkan ialah Hawaiian Pizza dan Pandan Chicken yang mampu membuatkan si kecil tersenyum.
Kids Corner |
Hawaiian Pizza |
Pandan Chicken |
Seain itu, ada pelbagai jenis jajan diletakkan di sini yang mampu mengembalikan nostalgia zaman anda kecil-kecil dulu.
PENCUCI MULUT
Untuk pencuci mulut di sini ada pelbagai pilihan daripada kuih muih tempatan seperti Abok-abok Sagu, Lompang, Kuih Keria, Buah Melaka, Kuih Sago dan pelbagai jenis pastri French, Bread & Butter Pudding, Cream Caramel dan pelbagai pilihan buah-buahan segar.
Pelbagai jenis pudding |
Kuih Sago |
Kuih Seri Muka |
Kuih Ketayap |
Brownies Walnut |
Kek |
Cream Puff |
Tart buah |
Buah Kurma |
Buah-buahan |
Buah-buahan |
Bubur Pulut Hitam |
Mushroom Soup |
Rojak buah |
Gado-gado |
Minuman sejuk |
Minuman sejuk dan panas |
Ais Kacang dan Cendol |
Aiskacang |
Ais krim |
Minuman panas |
PAKEJ BUFFET
Selera Nusantara Buffet Dinner
Tarikh : 13 - 31 Mei 2019
Masa : 7.00 - 10.00 malam
Tempat : Sukkah Coffee House, Level 2
Harga : RM99 / dewasa
Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah PERCUMA* (dengan pembelian minimum 2 orang dewasa)
KEMUDAHAN
Surau lelaki dan wanita ada disediakan di tingkat 8, Olive Tree Hotel Penang untuk pengunjung menunaikan solat Maghrib dan Isyak.
TEMPAHAN
Untuk tempahan, pembelian baucar atau maklumat lanjut sila hubungi 04-6377856 atau emailkan ke restaurant.mgr@olivetreehotel.com.my
0 comments
Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..