Tips Bersahur

5/08/2019 10:00:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah kita dah pun beberapa hari menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

Masih adakah yang tidak mengambil sahur atau ada yang rasa tak cukup apa yang di ambil ketika bersahur.

kredit


Di sini ada beberapa tips yang mungkin dapat membantu kita.

1 Jangan Tinggalkan Sahur
Sahur merupakan antara sunnah yang perlu kita amalkan ketika berpuasa. Dalam masa yang sama kita dapat mengawal tahap gula dalam darah.. Ia juga dapat memberi tenaga buat kita sepanjang hari dan mampu menjadikan sistem pencernaan kita berfungsi dengan lebih cekap dan baik.

2 Makan Makanan Yang Mempunyai Karbohidrat Kompleks
Makanan yang mempunyai karbohidrat kompleks seperti oat, roti perang, nasi perang atau pun nasi putih yang ada serat adalah lebih baik diambil ketika bersahur kerana ia membekalkan tenaga yang lebih lama berbanding makanan lain.

3 Kurangkan Pengambilan Garam
Anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan garam ketika bersahur kerana ianya dapat mengurangkan rasa haus dan juga mengelakkan diri kita daripada dehidrasi.

4 Kurangkan Pengambilan Kafein
Pengambilan kafein seperti teh, kopi atau minuman bergas boleh mempercepatkan dehidrasi kesan daripada proses pembuangan air.

5 Jangan Minum Air Terlalu Banyak
Anda dicadangkan untuk minum air sebanyak 2-3 gelas ketika bersahur kerana semakin banyak anda minum lagi cepat badan anda bertindak untuk membuangnya dan menyebabkan anda akan berasa cepat haus.

6 Sasar Kalori 500kcal
Anda disarankan untuk memastikan pengambilan sumber protein dan karbohidrat berserat ketika bersahur kerana ianya mampu membekalkan tenaga sepanjang hari.



Sumber disunting dari akhbar sinar

You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti