Majlis Anugerah Kecemerlangan 2019

7/31/2019 04:27:00 PM


Assalamualaikum dan selama sejahtera semua. Lama betul Eyda tak membebel dan berkongsi cerita kat sini. Asyik taip simpan dalam draf jer. Ntah bila nak publish pun tak tau.

Okay laa, sebagai meneruskan kerajinan menaip hari ni Eyda nak kongsi kegembiraan Eyda dengan kejayaan Izzat dalam pelajaran. Yelah kejayaan anak kebanggaan kita jugak.

Dapat tumpang gembira dengan kejayaan anak pun dah cukup bermakna. Bukan mudah bagi Eyda  nak tengok anak mendapat kejayaan dalam pelajaran. Ada beberapa kali saja. Itu pun ada yang tak dapat naik pentas sebabnya majlis anugerah dibuat di pertengahan tahun. Apapun Eyda cukup berbangga dengan kejayaan yang anak-anak tunjukkan.

Apapun dalam gembira meraikan kejayaan Izzat, masih banyak lagi dia perlu berusaha untuk kekalkan kejayaan dan baiki lagi mana yang kurang baik. Masih ada beberapa mata pelajaran yang perlu di beri perhatian.


MAJLIS PERJUMPAAN WARIS DAN GURU

Pada 30 Jun 2019 yang lalu, sekolah Izzat mengadakan Hari Pelaporan / JASA Waris iaitu majlis perjumpaan waris dengan guru. Jadinya masa ini dapat mendengar sendiri komen guru dengan prestasi dan sikap diaorang. Banyak jugak komen baik-baik dan tak kurang jugak ada sedikit komen kurang baik.

Apa yang baik boleh laa kekalkan. Yang kurang baik perlulah baiki lagi untuk menjadi seorang pelajar yang terbaik.

Hari yang sama sekolah Kimie jugak buat majlis perjumpaan dengan waris, maka berkejaran laa Eyda ke dua sekolah yang berbeza.

Nasib dapat sampai ke sekolah Kimie mengikut masa yang ditetapkan. Penat tapi lega dapat jugak berjumpa dengan guru kelas masing-masing untuk mendengar sendiri komen guru kelas.


MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019



Pada 7 Julai 2019 yang lalu, sekolah Izzat mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2019. Pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum dijemput bersama ibu bapa atau waris masing-masing untuk hadir ke majlis tersebut.


Alhamdulillah Izzat juga menjadi salah seorang penerima. Ini kerana di dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu Izzat telah mencatatkan markah tertinggi dalam mata pelajaran Sains. Mata pelajaran yang dia mula minat ketika belajar di darjah 6.


Apa yang menarik, semua nama dan gambar setiap penerima anugerah siap dipaparkan di skrin. Majlis ala-ala macam konvo sikit. Okay laa satu penghargaan untuk pelajar yang cemerlang dalam bidang masing-masing.


Semua penerima anugerah menerima sijil penghargaan dan juga kupon untuk dibelanjakan di koperasi sekolah. Bagi yang mendapat tempat pertama hingga ke tiga ada nilai yang berbeza antara satunya. Manakala bagi penerima bagi mata pelajaran terbaik akan mendapat kupon RM5.00 bagi setiap mata pelajaran. Jadi laa tu buat lepas beli alat tulis.



Ibu berbangga dengan pencapaian Izzat. Walaupun markah peperiksaan kali ini menurun berbanding Ujian 1 yang lalu. Tapi Izzat masih layak mendapat anugerah tersebut.

Masih banyak Izzat kena baiki untuk mengekalkan dan perlu meningkatkan lagi pencapaian berbanding sekarang. Ibu harap Izzat akan terus membanggakan ibu di masa akan datang.

Baiki diri dalam kesilapan yang telah Izzat lakukan sebelum ini. Ibu harap jadikan ia sebagai pengajaran di masa akan datang.




You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti