Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kita kini berada di minggu terakhir di penghujung bulan Zulhijjah 1440H.
Sekejap jer masa berlalu. Adakah ada sesuatu yang dapat kita ubah di tahun ini atau ianya akan dibawa ke tahun akan datang?
Apapun moga yang terbaik kita lakukan untuk diri kita sendiri.
Doa Akhir Tahun 1440H
Doa akhir tahun 1440H ini seharusnya dibaca sebelum masuknya waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) iaitu pada 30 Zulhijjah 1440H atau bersamaan dengan 31 Ogos 2019.
Doa Awal Tahun 1441H
Doa awal tahun 1141H ini sebaiknya dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib pada malam 31 Ogos 2019 bersamaan 1 Muharram 1441H atau lebih mudah faham 30 Zulhijjah malam selepas Maghrib.
* Mengikut kalendar Islam tarikh akan berubah setelah masuknya waktu Maghrib.
Moga info ini membantu anda untuk titipkan doa akhir tahun 1440H dan awal tahun 1441H. Aamiin