Pagoda | Coated Peanuts White Coffee

8/15/2019 04:57:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Selalunya kalau dengar jenama Pagoda mesti fikirkan kacang kan.

Tapi kali ni Pagoda turut mengeluarkan pelbagai jenis kacang termasuklah Coated Peanuts White Coffee. Kedengaran macam pelik kan, kacang perisa kopi putih. Mesti fikir, ntah apa laa rasanya.

Sebenarnya kacang nih Eyda terima masa ambil baju untuk larian Province Wellesley Run 2019. Dalam goodies bag tu ada kacang Pagoda Coated Peanuts White Coffee ni termasuk biskut dan juga ubatan. Kalau nak beli sendiri tu mungkin tak laa kan. Dah dapat apa salahnya merasa.

Setelah lama menyimpan, baru laa gigih Eyda merasa masa cuti Raya Aidiladha yang lepas. Itu pun selepas mulut Eyda minta sesuatu untuk mengunyah.



Okay kalau nak tanya Eyda, apa rasanya kacang nih? Kalau korang nak tau, kacang nih cuma ada rasa sedikit kopi putih tu. Tak laa terlalu kuat rasa kopinya, jadi bolehlah bagi yang tak berapa minat kopi merasainya.



Tapi kalau peminat kopi tegar mungkin dia rasa tak puas dengan rasa kacang nih. Mungkin dia kena makan sambil minum kopi secawan baru laa secukup rasa.

Apapun bolehlah kalau nak merasa kacang yang disalut kopi putih ni. Cuma rasa kopinya tak berapa cukup bagi tekak Eyda.



You Might Also Like

6 comments

  1. Replies
    1. Ya sedap jugak kan Cik Nor, rasa kopi pun 'light' ja

      Delete
  2. wah. da up la produk kacang pagoda ni.
    skang ni ada sebungkus tu hah kat dapur aida.
    abah memang suka makan kacang. ralit dia depan tv :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Aida dah up produk Pagoda nih. Bukan perisa ni ja, ada lagi perisa lain yang Eyda jumpa kat pasaraya.

      Delete
  3. Lama x makan kacang pagoda hahaha sat2 ada keluar produk baru pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama laa akak nih. lama tak makan kacang pagoda, ni pun sebab dapat. kalau tak, memang tak makan-makan laa.

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti