Seberang Perai Fiesta 2019

9/25/2019 11:06:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat hendakNya. Eyda agak kurang sihat sihat sepenuhnya, masih lagi dalam mood kurang sihat.

Wah Seberang Perai Fiesta 2019 kembali lagi. Fiesta berkaitan pertanian, makanan dan konsert ini bermula pada hari ini sehingga 29 September 2019.

Jom kepada warga Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, tidak ketinggalan buat pelancong luar dan dalam seperti yang dijanjikan pada setiap tahun iaitu Seberang Perai Fiesta 2019.

Mari kita beramai-ramai memeriahkan lagi Seberang Perai Fiesta 2019  yang menggabungkan 3 komponen iaitu:

 AGROFEST | FOOD MANIA |  KONSERT




Tarikh    : 25-29 Sept.2019
                 (Rabu - Ahad)

 Masa     :10 pagi - 10 malam

 Tempat : Tapak Ekspo
                Seberang Jaya,
                Pulau Pinang

https://maps.app.goo.gl/fBDkLYXt4moKkpTv9

SPF 2019 menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga iaitu :


Persembahan khas dari selebriti Fatin Afeefa

Demo masakan daripada Datuk Chef Wan



Pertandingan Kucing

Pertandingan Memancing



Pertandingan Ayam Serama

Lebih 60 gerai makan dan minum pelbagai citarasa

Food trucks

Lelongan Happy Hour Barangan Pertanian





Persembahan Tradisional, Konsert Rock,Pertandingan DJ & Buskers² sana sini penuh irama budaya warna warni

Laman Veterinar


Pasar Agro



Sukan Lasak “Rock Climbing”

E-Sports fifa 19



dan pelbagai lagi aktiviti menarik menanti anda !!

Berkonsepkan santai, tarikan dekorasi pengcahayaan LED bertemakan Urban Electro Art untuk pengunjung sekeluarga bergambar.  Ayuh beramai-ramai Ke Seberang Perai Fiesta 2019 ! Sebarkan

Seberang Perai Fiesta 2019 ! Jumpa anda semua disana !

#seberangperaifiesta
#agrofest
#foodmania
#majubersama



berlari

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

9/19/2019 03:28:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah kita masih bernafas lagi pada hari ini.
Macam mana cuaca di tempat korang? Harapnya bertambah baik hendakNya.

Walaubagaimanapun sekolah anak-anak ditutup pada hari ini sebab petang semalam bacaan IPU kawasan rumah Eyda telah mencecah sehingga 211. Agak tinggi. Alhamdulillah hujan lebat sekitar jam 4 petang sedikit sebanyak telah menurunkan bacaan itu di bawah 150 pagi ini.


LARIAN ANTARABANGSA JAMBATAN SULTAN MAHMUD (LAJSM) 2019




Al-Kisah Disebalik Penyertaan Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud, satu larian yang tidak pernah terlintas difikiran Eyda. Disebabkan dihasut dan diracun pemikiran Eyda oleh sahabat larian, akhirnya Eyda daftar di hari-hari terakhir tawaran harga 'early bird' bagi larian ini. Itu pun selepas tengok tarikh peperiksaan UPSR Kimie. Dapat jugak berjimat sekitar RM15 daripada harga biasa.

Bila dah daftar diri masih lagi 50-50 antara nak pergi atau tak? Yelah dah jauh, macam-macam Eyda fikir. Hal berkaitan dengan pengangkutan, penginapan dan sebagainya.

Mana taknya larian ini jauh di Pantai Timur dan Eyda memang kurang mahir selok belok keadaan di sana. Pernah ikut trip perjalanan pejabat jer.

Eyda ada jugak hasut kawan-kawan baik, malangnya masing-masing tak mahu atas sebab jauh katanya. Okay, akhirnya Eyda berjaya menghasut sepupu Eyda yang tinggal di Dungun. Dalam masa yang sama dia membantu Eyda menempah bilik hotel. Alhamdulillah selesai satu bab mengenai penginapan.

Tidak lama kemudian Eyda daftar larian ini untuk anak Eyda, iaitu Kimie. Disebabkan anak Eyda hanya boleh sertai larian kategori 8km Pelajar Sekolah (10-17 tahun) dan juga larian Fun Run (5km). Jadinya dia memilih untuk sertai kategori 8km Pelajar Sekolah.

Sebenarnya bila masalah jerebu melanda negara, Eyda risau jugak larian ini akan dibatalkan. Alhamdulillah jerebu di Pantai Timur agak baik. Bacaan IPU sekitar 60-70 sahaja.


Laluan Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud

Laluan Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud untuk semua kategori pada awalnya perlu berlari melalui Jambatan Sultan Mahmud akhirnya bertukar ke Jambatan Angkat kurang sebulan sebelum tarikh acara untuk semua kategori.

Walaubagaimanapun bagi kategori 42km dan 21km tetap melalui Jambatan Sultan Mahmud dan tidak ketinggalan dapat juga berlari di Jambatan Angkat.

Laluan LAJSM 42km

Laluan LAJSM 21km

Laluan LAJSM 12km

Laluan LAJSM 8km

Laluan LAJSM 5km

Fuhh memang lagi bersemangat laa bila dapat tahu laluan baru ini. Teruja semua ada bila memikirkan dapat berswafoto atas Jambatan Angkat.


Hari Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud

Hari yang dinantikan telah pun tiba. Larian yang diadakan pada 14 September 2019 di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu bermula pada jam 12.01 pagi bagi kategori 42km Full Marathon (FM). Manakala kategori 21km Half Marathon (HM) bermula 1.00 pagi iaitu setengah jam lebih awal daripada jadual asal.

Kedua-dua kategori ini berlari dari Dataran Batu Burok menuju ke Jambatan Sultan Mahmud dan seterusnya ke Jambatan Angkat (Drawbridge). Seronoknya diaorang dapat berlari di atas kedua-dua jambatan.

Manakala bagi kategori 12km bermula pada jam 7.15 pagi. Eyda dan Kimie telah sampai di garisan permulaan sebelum jam 7.00 pagi. Kami hanya berjalan sekitar 750 meter daripada hotel tempat penginapan. Lega kan bila dapat menginap di hotel berhampiran garisan permulaan larian.

Kalau ikutkan pagi-pagi tu kaki Eyda cramp masa bangun tidur sekitar jam 5.30 pagi. Kaki Eyda cramp bahagian betis sebelah kiri dan tapak kaki sebelah kanan. Masa tu macam-macam dah terjah ke kotak fikiran. Yelah, jarang-jarang sekali jadi macam tu.

Setelah cuba tenang sambil betulkan kaki seketika, Alhamdulillah keadaan kembali baik. Lega rasa hati, kalau tak jenuh fikir macam mana nak habiskan larian 12km tu.

Bersedia di garisan permulaan

Selfie dulu sebelum bermula

Acara 12km dimulakan tepat jam 7.15 pagi. Eyda bermula berlari dengan baik. Tapi macam biasa laa berlari dan berjalan bersilih ganti. Eyda dapat rasakan Eyda dapat berlari dengan baik di awal larian pada hari tersebut.


Larian Eyda mulai perlahan bila mana sampai di Jambatan Angkat (Drawbridge), masa ini Eyda penuhi permintaan sahabat larian Eyda yang mahu Eyda valet namanya di Jambatan Angkat sebab dia terpaksa batalkan lariannya (DNS) kerana tugas hakiki.

Memenuhi permintaan rakan larian untuk valet nama di Jambatan Angkat

Bukan itu saja, Eyda pun turut berswafoto di atas Jambatan Angkat ini. Bila lagi nak ambil peluang berswafoto atas Jambatan Angkat tu kan.

Jom swafoto

Cantiknya Jambatan Angkat nih

Bot nelayan melalui bawah jambatan angkat

Bahagian pemisah ketika Jambatan Angkat diangkat
Sebaik sahaja menuruni Jambatan Angkat, Eyda meneruskan larian Eyda. Bayangkan larian Eyda hampir memasuki ke KM3 tiba-tiba kami dipintas dengan peserta larian kategori 8km Pelajar Sekolah, ketika itu mereka baru memulakan larian sekitar 10 minit. Mereka mulakan larian jam 7.30 pagi iaitu 15 minit selepas kami bermula. Memang laju-laju Eyda tengok mereka berlari.

Seronok ambil gambar lebih
Larian kami diteruskan di persisir pantai. Rasa nyaman saja berlari di persisir pantai, terasa angin sepoi-sepoi bahasa menyapa diri.

Seronok berlari dipersisir pantai

Seberang Takir Beach, Miami Beach pun ada tapi tak ambil plak

Larian ini terasa selamat dan santai kerana majoriti laluan kami ditutup sepenuhnya. Jadinya tak risau terlanggar dengan kenderaan lain yang menggunakan jalan yang sama.

Tenang ja dapat lihat pantai

Peserta makin ramai bila bertembung dengan peserta kategori 8km dan juga 5km

Swafoto lagi di perjalanan balik

Dan lagi

Nampak tak pemisah Jambatan Angkat

Nampak air sungai kat bawah tu. Ada anak kecil nangis takut nak melangkah

Alhamdulillah, Eyda berjaya menamatkan larian kedua bagi kategori 12km dengan baik dan ini merupakan jarak larian yang paling jauh berbanding penyertaan pertama bagi kategori 12km.

Ini kerana bagi larian pertama dulu, jarak larian kami kurang daripada 12km manakala larian kali ini jarak larian kami melebihi 12km.

Alhamdulillah catatan masa agak baik walaupun banyak bergambar

Apapun Eyda berpuas hati kerana mencapai target berlari di bawah masa 1 jam 55 minit. Itupun sebab ada sesi berswafoto, kalau tak rasanya mungkin Eyda boleh target masa dengan lebih baik.

Jadi laa kan dapat tempat ke 172
Tahniah jugak buat anak ibu, Kimie yang berjaya menghabiskan larian 8km dengan catatan masa 1 jam 23 minit 19 saat. Satu pencapaian baik untuk larian melebihi 5km. Ini merupakan larian jarak yang paling jauh Kimie berlari.

Boleh tahan jugak catatan masa anak ibu tempat ke 254

Saat yang mengembirakan bila dapat medal selepas berpenat lelah menghabiskan larian sejauh 12km walaupun tapak kaki sebelah kanan cramp sekali lagi masa berjalan-berjalan di pantai Batu Burok dengan anak selepas tamat larian kami.

Medal

Medal Eyda dan Kimie
Tahniah juga buat Hasnizan dan Mawaddah di atas larian pertama mereka di dalam event larian. Jangan serik-serik ya sertai event larian sebegini. Terima kasih ya sudi melayan kami seharian di sana.
Isteri sepupu dan anaknya

Selepas tamatnya larian LAJSM kali ini, Eyda rasa macam nak ulang lagi tahun depan. Apapun bergantung kepada masa dan keadaan ketika itu.


susu segar

Susu Segar Bebas Laktosa Farm Fresh

9/11/2019 10:18:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ramai yang sukakan susu di sebabkan khasiat yang ada padanya. Tapi tidak dinafikan ada yang alah pada kandungan laktosa pada susu tersebut.

Kini dengan inisiatif Farm Fresh telah pun mengeluarkan susu segar Farm Fresh yang bebas laktosa, jadinya pada peminat susu yang alah pada kandungan laktosa pada susu boleh menikmati susu segar keluaran Farm Fresh ni.

Susu Segar Bebas Laktosa Farm Fresh

Kalau diikutkan Eyda pagi-pagi memang tak boleh nak minum minuman bersusu. Kalau minum ja mula laa nak mencari tandas.

Memang cepat betul usus bertindak balas dengan susu kan. Tapi bila dah cuba minum susu segar bebas laktosa (lactose intolerant) ini rasa perut okay jer.

Susu segar bebas laktosa ini didatangkan dalam dua variasi. Satunya susu penuh krim dan satu lagi susu rendah lemak.


Susu Segar Bebas Laktosa (Susu Penuh Krim)

Susu segar bebas laktosa jenis penuh krim ini berlabel berwarna oren atau jingga. Jadinya kalau sukakan susu segar yang penuh krim, ambil ja ni.



Betul ke susu ni bebas laktosa? Tak percaya, tengok ja pada label susu ini. Sukrosa dan laktosa 0g. Maknanya tiada kandungan sukrosa dan laktosa di dalam susu ini.

Kalau korang nak tau apa perbezaan antara susu segar penuh krim dan juga susu rendah lemak ni, tengok saja pada kandungannya. Nampak tak jumlah kandungan lemaknya 3.8g.


Susu Segar Bebas Laktosa (Susu Rendah Lemak)

Bagi yang inginkan susu segar yang rendah lemak dan semestinya bebas laktosa boleh saja mencuba susu segar berwarna biru atau torquise ini.


Susu segar bebas laktosa dan rendah lemak ini hanya mengandungi 1.8g saja. Bagus untuk yang ingin berdiet. Eyda dan Kimie lebih suka susu segar bebas laktosa rendah lemak ini lagi berbanding susu segar bebas laktosa penuh krim.

Rasanya yang ringan dan sesedap rasa menambahkan kesedapan susu ini. Apapun kedua-dua susu ini memang sedap. Cepat saja susu ini habis di rak peti sejuk pasaraya.

Apapun masih banyak tempat belum memasarkan susu ini. Jadinya agak terhad. Kalau korang tak jumpa kat mana-mana pasaraya, boleh ja cari homedealer Farm Fresh di kawasan berdekatan korang ja.

Sekarang Eyda dan Kimie lebih sukakan susu segar bebas laktosa kelauran Farm Fresh ini berbanding susu lain dipasaran. Wah lebih kerap laa Eyda dapat minum susu lepas nih. Kalau tak terpaksa hadkan jugak.



Mengenai Denaihati

9/10/2019 05:24:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Siapa tak kenal dengan Denaihati? Rasanya ramai yang mengenali facebook page Denaihati terutamanya facebook page Denaihati Network yang kita selalu lihat di facebook.



Ramai yang menjadi pengikutnya dan kerap berkongsi artikel atau apa saja penulisan Denaihati Network yang bagus untuk bacaan diri sendiri dan juga perkongsian untuk semua.

Memang agak bagus penulisan dan juga kata-kata hikmat yang dikongsikan di facebook, instagram dan juga tweeter. Eyda pun antara pengikut mereka.


Mengenai Denaihati

Tapi tahukah korang pemilik facebook page Denaihati Network dan blog Denaihati ini ialah tuan haji Amir Hassan. Beliau telah pun mula menulis blog Denaihati ini pada 13 Julai 2008 yang lalu. Wah sama tarikh lahir anak Eyda yang kedua cuma tahunnya saja tak sama rupanya. Anak Eyda lahir pada 13 Julai 2007.



Penulis blog Denaihati ini pada mulanya menjadikan landasan blog ini untuk mencurahkan rasa hati dengan meneruskan hobi menulis daripada bangku sekolah. Bermula dengan entri "Politik yang bingung" ianya berterusan sehingga beribu-ribu entri dengan pelbagai kategori.

Bukan itu saja, pemilik blog Denaihati ini juga suka mengembara ke negara luar. Korang boleh baca entri berkaitan di travelog Denaihati atau korang nak tengok gambar kembara tersebut di facebook dengan menaip tanda palang #kembaraDH.

Banyak gambar kembara Denaihati ke negara luar seperti  Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand, Kemboja, Hong Kong, Macau, China, Arab Saudi, Qatar, Perancis, Jepun, Turki, Australia dan banyak lagi.

Suka Eyda melihat gambar kembara Denaihati ke negara luar. Banyak jugak tempat yang menarik  yang dikongsikan sepanjang kembara tersebut.

Selain itu, hobi menulis ini telah pun menjadikan blog Denaihati antara top 10 blog Malaysia mengikut Alexa Ranking dengan jumlah trafik yang tinggi.Wah hebatkan.

Bukan itu saja, Denaihati juga telah menerajui kedai online pada tahun 2017 dengan dikenali sebagai Denaisell.com .Banyak produk yang menarik boleh kita perolehi melalui kedai online Denaisell ini. Kedai ini juga membantu usahawan online untuk memasarkan produk mereka dengan kadar yuran penyertaan yang minima.



berlari

JomRun Merdeka 5km Fun Run

9/09/2019 01:06:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Baru-baru ini pada 1 September yang lalu, Eyda dan kawan-kawan ada sertai larian sempena Kemerdekaan.

Larian ini asalnya dijadualkan pada 31 Ogos 2019 terpaksa ditukarkan ke 1 September 2019 disebabkan pertembungan acara perarakan Kemerdekaan peringkat negeri Pulau Pinang diadakan di Dataran Padang Pemuda, Butterworth.

Manakala acara larian ini diadakan di De Garden Hotel, Butterworth. Jadinya acara ini diubah ke tarikh baru lebih kurang sebulan sebelum acara.



Larian yang Eyda sertai kali ini anjuran JomRun iaitu JomRun Merdeka 5km Fun Run. Masa Eyda daftar hari tu hanya serendah rm38.


Larian dimulakan jam 7.30 pagi. Larian yang sepatutnya diadakan sejauh 5km menjadi hampir 6km. Fuhh jauh jugak kami berlari hari tu.


Medal dia pun cantik siap boleh berputar bintang di tengahnya.




Seperti biasa mestilah bergambar dengan kawan-kawan yang jumpa di sana.





Semasa event kadangkala ada juga jurugambar acara yang diupah untuk mengambil gambar peserta. Jadi kena laa rajin-rajinkan diri mencari macam ni. Banyak juga gambar Eyda dalam lensa kamera jurugambar.








Seronok sebenarnya sertai larian sebegini ,selain dapat membakar kalori bahkan dapat berjumpa kawan-kawan seangkatan dalam larian.


Blog yang Diikuti