Rancang Percutian Yang Menjimatkan Dengan Traveloka Saleabration
9/01/2019 03:09:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sekejap jer masa berlalu. Sekarang kita telah pun berada di bulan September. Tinggal beberapa bulan saja lagi kita berada di tahun 2019 kan.
Bermula pada bulan September ini banyak peperiksaan besar seperti UPSR, PT3,
SPM dan STPM akan diadakan.
Setelah peperiksaan besar UPSR, PT3, SPM dan STPM ini berakhir,
dengar-dengar anak-anak sudah pun tamat sesi persekolahan bagi tahun 2019.
Ketika itu mulalah anak-anak bertanyakan mengenai percutian. Ibu bapa
apa lagi ketika itu barulah mula sibuk mencari destinasi percutian menarik
untuk anak-anak.
Biasanya harga bilik hotel dan juga tiket penerbangan berganda mahalnya masa
cuti sekolah berbanding harga hujung minggu biasa.
Lumrah manusia memang suka bercuti. Ini kerana ketika bercuti kita dapat
lepaskan segala bebanan, tekanan dengan menikmati pemandangan dan suasana yang
menyamankan diri.
Eyda pun tidak ketinggalan. Setiap tahun terutamanya cuti sekolah hujung
tahun, mesti Eyda akan mula merancang percutian untuk anak-anak. Biasanya
destinasi di dalam negara yang menjadi pilihan.
Ini kerana masa cuti hujung tahun merupakan masa yang lebih mudah untuk
merancang percutian keluarga untuk tempoh yang lebih lama dengan destinasi yang
menjadi idaman.
Memandangkan anak sulung Eyda dah tinggal di asrama memang agak sukar
nak merancang percutian bersama anak-anak di hujung minggu biasa kecuali cuti panjang
seperti cuti sekolah hujung tahun.
Biasanya untuk mencari tawaran percutian dengan harga yang menarik, Eyda
memang lebih suka mengintai tawaran hebat seperti mana Matta Fair 2019 KL yang diadakan setiap tahun.
Memandangkan lokasi rumah Eyda yang agak jauh nak terjah Matta Fair 2019
di PWTC, rasanya tak berbaloi jika Eyda nak ke Matta Fair semata-mata untuk dapatkan
tawaran bilik hotel yang murah.
Jadinya Eyda mengambil langkah mudah dan senang iaitu dengan mencari
promosi bilik hotel dan tiket kapal terbang melalui laman web. Dalam
banyak-banyak laman web, Eyda terpesona dengan laman web Traveloka.
Traveloka
Saleabration
Baru-baru ini Eyda lihat ada kawan-kawan hebahkan mengenai promosi Traveloka Saleabration yang sedang
berlangsung bermula pada 26 Ogos 2019 hingga 27 September 2019.
Fuhh apa lagi, laju ja tangan Eyda terjah
laman web Traveloka untuk mencari destinasi percutian menarik dengan harga yang
terbaik buat keluarga kecil Eyda.
Banyak juga online flight deals yang
ditawarkan Traveloka sehinggakan Eyda dah jadi rambang mata untuk memilih
destinasi percutian Eyda bersama anak-anak nanti.
Memang banyak betul promosinya. Bayangkan diskaun
bagi tempahan penerbangan, bilik hotel, xperience dan pengangkutan lapangan
terbang ini kita oleh berjimat sehingga RM350. Berbaloi tempah percutian sekarang
dengan promosi Traveloka Saleabration.
Niat di hati Eyda teringin nak bercuti ke Perth, Australia. Dapat juga
tengok kanggaru dan beruang koala dari jarak dekat. Selain itu dapat juga melawat
tempat-tempat yang menarik dan berjumpa sahabat yang tinggal di sana.
Apa lagi ligat saja tangan Eyda tengok tawaran bilik hotel dan tiket
kapal terbang yang Traveloka tawarkan. Ehh harganya boleh tahan, yang pastinya
tiada caj tersembunyi. Mudah bagi kita nak buat perbandingan harga.
Korang ada ke merancang untuk bercuti ke destinasi pilihan? Kalau ada,
Eyda cadangkan korang tempah melalui Traveloka sebab promosinya juga sehebat
promosi Matta Fair.
Tawaran promosi percutian daripada Traveloka ini tidak terhad dalam tempoh
masa tertentu. Jadinya kita boleh memilih mana-mana tarikh yang kita ingini untuk
bercuti.
Cuma tempahan percutian kita itu kena buat dalam tempoh 26 Ogos 2019
hingga 27 September 2019 untuk mendapatkan diskaun hebat promosi Traveloka
Saleabration ini.
0 comments
Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..