Susu Segar Bebas Laktosa Farm Fresh
9/11/2019 10:18:00 AM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ramai yang sukakan susu di sebabkan khasiat yang ada padanya. Tapi tidak dinafikan ada yang alah pada kandungan laktosa pada susu tersebut.
Kini dengan inisiatif Farm Fresh telah pun mengeluarkan susu segar Farm Fresh yang bebas laktosa, jadinya pada peminat susu yang alah pada kandungan laktosa pada susu boleh menikmati susu segar keluaran Farm Fresh ni.
Susu Segar Bebas Laktosa Farm Fresh |
Kalau diikutkan Eyda pagi-pagi memang tak boleh nak minum minuman bersusu. Kalau minum ja mula laa nak mencari tandas.
Memang cepat betul usus bertindak balas dengan susu kan. Tapi bila dah cuba minum susu segar bebas laktosa (lactose intolerant) ini rasa perut okay jer.
Susu segar bebas laktosa ini didatangkan dalam dua variasi. Satunya susu penuh krim dan satu lagi susu rendah lemak.
Susu Segar Bebas Laktosa (Susu Penuh Krim)
Susu segar bebas laktosa jenis penuh krim ini berlabel berwarna oren atau jingga. Jadinya kalau sukakan susu segar yang penuh krim, ambil ja ni.
Betul ke susu ni bebas laktosa? Tak percaya, tengok ja pada label susu ini. Sukrosa dan laktosa 0g. Maknanya tiada kandungan sukrosa dan laktosa di dalam susu ini.
Kalau korang nak tau apa perbezaan antara susu segar penuh krim dan juga susu rendah lemak ni, tengok saja pada kandungannya. Nampak tak jumlah kandungan lemaknya 3.8g.
Susu Segar Bebas Laktosa (Susu Rendah Lemak)
Bagi yang inginkan susu segar yang rendah lemak dan semestinya bebas laktosa boleh saja mencuba susu segar berwarna biru atau torquise ini.
Susu segar bebas laktosa dan rendah lemak ini hanya mengandungi 1.8g saja. Bagus untuk yang ingin berdiet. Eyda dan Kimie lebih suka susu segar bebas laktosa rendah lemak ini lagi berbanding susu segar bebas laktosa penuh krim.
Rasanya yang ringan dan sesedap rasa menambahkan kesedapan susu ini. Apapun kedua-dua susu ini memang sedap. Cepat saja susu ini habis di rak peti sejuk pasaraya.
Apapun masih banyak tempat belum memasarkan susu ini. Jadinya agak terhad. Kalau korang tak jumpa kat mana-mana pasaraya, boleh ja cari homedealer Farm Fresh di kawasan berdekatan korang ja.
Sekarang Eyda dan Kimie lebih sukakan susu segar bebas laktosa kelauran Farm Fresh ini berbanding susu lain dipasaran. Wah lebih kerap laa Eyda dapat minum susu lepas nih. Kalau tak terpaksa hadkan jugak.
6 comments
Saya memang suka produk-produk Farm Fresh. Susu soya dan susu latte pun best :)
ReplyDeleteKan susu kurma dia pun sedap kan Farrah. Yang ni suka yang warna biru / torquise tu lagi.
DeleteBr tau ada jenis ni... Nanti boleh try
ReplyDeleteSama laa ni Zai Zamree, ni pun sebab terjumpa kat Mydin Bertam. Saja ambik yang oren tu cuba. Tapi yang warna biru / torquise tu cepat habis.
Deletebeli kat mana tu kak... nak cari gak nanti
ReplyDeleteKat Tesco Kulim ada Ekin. Tapi kadang cepat habis terutamanya yang botol biru / torquise.
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..