Nasi Lemak Letoops RM1 Bonda Miera
10/11/2019 04:50:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Baru-baru ini Eyda ada singgah ke gerai Nasi Lemak Letoops milik Bonda Miera.
Dah lama nak singgah tapi tak berkesempatan. Memandangkan Kimie menyuarakan nak merasa Nasi Lemak Letoops apa lagi Eyda cuba mesej Bonda Miera.
Mulanya kami nak singgah hari Sabtu lepas kami joging, tapi Bonda Miera bagitau dia tutup gerai hari Jumaat dan Sabtu.
Makanya kami singgah ke gerai Nasi Lemak Letoops pada hari Ahad. itu pun selepas Eyda dan Kimie selesai joging.
Eyda awal-awal lagi mesej mintak bungkuskan 2 bungkus nasi lemak berlauk. Itu pun Bonda Miera pesan sebab dia takut nanti lauk yang nak tu habis.
Kimie punya permintaan, macam-macam jenis lauk dia pilih. Ayam masak merah, udang, telur dan ikan bilis. Fuhh hebat selera dia. Tapi malangnya tak sempat nak ambil gambar nasi lemak dia. Cepat betul dia makan.
Eyda pula letak sambal kerang, ikan bilis dan telur. Lepas tu Kimie bungkus ikan masak merah. Lauk tu dia buat menu makan tengahari. Memang habis kat dia sorang ikan masak merah tu.
Bagi penduduk sekitar Kulim yang ingin merasa Nasi Lemak Letoops RM1 Bonda Miera, boleh laa cari trademark dia berhadapan Sunray yang berada antara IPD Kulim dan juga Kolej Mara Kulim. Kalau susah-susah sangat boleh ja tekan kat peta di bawah.
Lokasi Gerai Nasi Lemak Letoops RM1 Bonda
6 comments
nampak cam sedap
ReplyDeleteBukan kata nampak ja, memang sedap pun. Sesiapa nak order untuk jamuan pun dia ambil tempahan.
Deleteuntung masih ada lagi nasi lemak RM1. Nampak isi pun meriah juga tu
ReplyDeleteNasi lemak RM1 dia letak ikan bilis, kacang, timun dan telur rebus. Yang tambah lauk macam ni dalam RM3++ macam tu.
Deletemeriahnya lauk dia tu..
ReplyDeletemeriah Sha, yang ni Eyda beli harganya dalam Rm3++
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..