Pengalaman Pertama Berlari di Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2019
10/07/2019 10:05:00 AMAssalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik setelah hampir 2 minggu lepas Eyda muntah-muntah dan cirit. Dapat laa 2 hari cuti sakit berehat di rumah. Kiranya lebih kurang seminggu jugak Eyda ambil masa untuk badan kembali sembuh.
KUALA LUMPUR STANDARD CHARTERED MARATHON
Fuhh siapa tak pernah dengar larian Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon? Satu acara larian yang menjadi pilihan para pelari.
Pada tahun ini larian ini ditukarkan nama ke Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) setelah ia memasuki tahun ke 11 penganjurannya di Malaysia.
Memandangkan larian ini sentiasa mendapat tempat di hati pelari, pada tahun ini buat julung kalinya diadakan sistem ballot untuk pelari baru yang ingin menyertai larian ini. Bagi pelari ulangan diberikan keutamaan untuk mendapatkan slot masing-masing lebih awal.
Jadinya peserta baru mempunyai peluang untuk menyertai larian ini tidak seperti tahun sebelumnya menggunakan sistem siapa cepat dia dapat.
Pada tahun ini, KLSCM mencatatkan penyertaan seramai 40,000 termasuk kategori Kids Dash dan tidak ketinggalan kategori 5km, 10km, 21km (Half Marathon) dan 42km (Full Marathon).
Sistem Ballot
Sistem ini pelari diberikan tempoh masa untuk mendaftarkan diri dalam sistem ballot. Setelah selesai tempoh sistem ballot, nama yang berjaya dalam cabutan atau terpilih dalam sistem ballot ini perlu melengkapkan pendaftaran butir diri beserta bayaran sebagai salah satu cara mengesahkan penyertaan dalam larian ini.
Jika anda tidak melengkapkan pendaftaran tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan anda dianggap tidak berminat dengan larian ini.
Anda akan menerima mesej untuk slip pendaftaran anda. Jika anda memilih untuk mengambil sendiri race kit, anda perlu mencetak slip pendaftaran untuk urusan mengambil race kit.
Anda boleh minta bantuan rakan untuk mengambil race kit dengan syarat anda kena tandangan ruangan memberi izin untuk ambil race kit dan sertakan sekali salinan kad pengenalan anda.
Hari Larian Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2019 (KLSCM 2019)
Larian KLSCM 2019 ini telah diadakan pada 29 Sepember 2019 yang lalu. Untuk larian kategori 10km perlu bermula berhampiran Sogo Kuala Lumpur dan berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Manakala larian bagi kategori Kids Dash, 5km, 21km dan juga 42km bermula dan berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Larian kali ini Eyda sertai dengan sepupu Eyda sendiri. Kami berlari dalam kategori 10km. Cuma sepupu Eyda ambil kategori 10km Cruise manakala Eyda dalam kategori 10km Leisure.
Memandangkan rumah sepupu Eyda di Putrajaya, makanya kami perlu mengambil LRT untuk ke lokasi larian. Ini berikutkan majoriti jalan masuk ke Kuala Lumpur di tutup untuk kenderaan.
Banyak juga kesilapan berlaku masa perjalanan kami ke tempat larian. Menjadikan masa kami sampai ke garis permulaan agak tepat mengikut waktu larian yang ditetapkan. Kalau ikutkan kami dapat sampai lebih awal daripada sepatutnya.
Baiklah orang kata belajar daripada kesilapan gitu. Kalau tak silap, kita tak belajar kan. Yelah, sepupu Eyda pun dah bertahun-tahun tak pernah naik LRT bagai nih. Jadinya masing-masing tak berapa mahir sangat laa pasal laluan LRT dan sebagainya.
Bagi kategori 10km Speed mereka bermula larian pada jam 6.45 pagi, seterusnya kategori 10km Cruise pula bermula larian pada jam 7.15 pagi, manakala bagi kategori 10km Leisure bermula larian pada jam 7.45 pagi.
Jadinya ada perbezaan masa permulaan sebanyak 30 minit bagi satu-satu kategori. Agak mental jugak bila larian bermula agak lewat dan terpaksa berlari dalam cuaca yang panas.
Apapun bergambar apa yang patut dulu. Yelah banyak pula masa sementara menunggu kategori kami dilepaskan.
Ramainya orang kat belakang tu kan. Kalau tak salah, ada lebih kurang 7-8 ribu orang yang berdaftar.
Berswafoto dulu. Kali ni dapat berkenalan dengan anakanda abah Mahamad. Seorang kenalan kepada pakcik Mahamad.
Eyda memang tabik kat pakcik Mahamad atau lebih mesra dipanggil Abah. Nak tahu kenapa? Dengan umur abah Mahamad yang kini 72 tahun, dia masih mampu berlari lebih kurang 10km setiap minggu.
Adakalanya abah berlari untuk jarak yang sama di hari Sabtu dan bersambung ke hari Ahad. Abah jugak tiada sebarang penyakit.
Kali ini Eyda banyak berjalan memandangkan baru sembuh daripada kesihatan yang kurang memuaskan dan juga keadaan cuaca yang agak panas ketika itu.
Larian kali ini Eyda hanya dapat berlari tanpa henti untuk jarak lebih kurang 200 meter daripada garisan permulaan. Sesi berlari dan berjalan pun bermula pada ketika itu.
Apa lagi bila dah mula berjalan, aktiviti merakamkan gambar pun bermula. Larian kami disajikan dengan pemandangan Menara Berkembar Petronas. Nampak jugak jerebu yang meliputi bangunan tersebut.
Larian kali ini Eyda dapat rasakan Eyda hanya mampu berjalan lebih lagi daripada berlari. Memandangkan kondisi badan yang baru hendak sembuh daripada kurang sihat. Apapun kita kena buat setakat kemampuan badan sendiri.
Menara Berkembar Petronas |
Ada beberapa tempat yang menempatkan air untuk pelari disajikan dengan irama muzik yang mampu menaikkan semangat para pelari.
Ehh ada beberapa keping gambar daripada lensa kamera jurugambar. Berkeping-keping gambar yang ada. cantik-cantik pula tu. Ada lagi gambar, tapi nampak kurang jelas, jadinya Eyda tak letak kat sini.
Jom basahkan badan sedikit daripada cuaca yang mula panas membahang. Rasa segar sikit bila dapat lalu kawasan ini.
Menghampiri ke KM5, Eyda terjumpa isteri kawan. Maka kami pun mula berjalan- jalan sambil bersembang.
Tapi Eyda tak sangka pula bila Eyda mula berlari menuruni bukit melepasi Taman Botani, isteri kawan Eyda ni kekejangan kaki. Patut laa Eyda tak nampak dia selepas Eyda meneruskan larian sehingga ke garisan penamat.
Tapi Alhamdulillah isteri kawan Eyda dapat tamatkan larian beberapa minit di belakang Eyda. Risau pula bila dengar cerita yang kakinya kekejangan. Dah laa sebelum Eyda tinggalkan dia, kami ada bersembang pasal kaki kejang.
Alhamdulillah Eyda dapat menamatkan larian pun merupakan satu kelegaan dan kegembiraan buat diri sendiri. Satu pencapaian yang baik kiranya. Tahniah untuk diri sendiri. Walaupun hajat asal nak perbaiki catatan masa sendiri.
Cantik medal Kuala Lumpur Standard Chartered marathon 2019 nih. Tahun depan belum tentu lagi dapat sertai larian ini. Dapat abadikan kenangan pun jadi laa kan.
Terima kasih juga kepada semua jurugambar yang telah merakamkan gambar Eyda sepanjang larian kali ini. Eyda berpuashati dengan kualiti gambar.
Eyda suka dengan gambar dari SmartPix yang memudahkan urusan pencarian gambar sendiri. Hanya masukkan gambar sendiri pada ruangan Face Search saja. Tak mampu laa nak cari gambar sendiri dalam beribu-ribu keping gambar yang ada tu.
Gambar ini pula Eyda dapat masa nak cetak sijil sendiri. Mudahkan? Yang lain-lain medium belum mampu nak tengok sebab terlalu banyak.
Tahun depan kalau tak ada aral, rasa nak mendaftar lagi untuk larian KLSCM ini. Selagi kudrat masih kuat untuk berlari kan.
10 comments
Fuhh! Run yang satu ini memang sambutannya over meriah! Tahniah, Eyda! Semoga beroleh kesembuhan sepenuhnya :)
ReplyDeleteBetul tu Farrah. Terima kasih. Alhamdulillah rasa dah okay sekarang. Kalau tak kerap rasa nak pitam lepas sembuh daripada muntah dan cirit.
DeleteSeronok tgok Eyda join run selalu macam ni...akak nak join takde geng..hahaha
ReplyDeleteSaya pun bermula dengan tak ada geng. Larian pertama saya ajak anak teman ke tempat larian.
DeleteKat tempat tu saya mula berkenalan dengan 2 orang pelari. Kenalan makin bertambah ke event seterusnya. Cuba laa kak SA, mula memang agak kekok. Lama2 okay dah bila mula kenal dengan orang yang turut sama sertai larian.
Tahniah kak eyda. .
ReplyDeleteTerima kasih ZF
Deletetahniah kak. hebat ambil track 10km tu.
ReplyDeleteTerima kasih Fiza, tak hebat mana laa. Kadang kala mental jugak sementara nak habiskan larian.
DeleteAlhamdulillah.. Tahniah Kak Eyda tetap bersemangat walaupun badan masih belum sihat betul..
ReplyDeleteAlhamdulillah, cuba kuatkan diri nak berlari hari tu. Sayang dah daftar tapi tak berlari. Masa yang dia bagi pun mencukupi walaupun nak berjalan
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..