makanan

Pizza Hut | Black Volcano Pizza

11/08/2019 03:46:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah hari ini dah pun hari Jumaat kan. Macam mana dengan hari korang, okay ke tak?

Macam Eyda, baik-baik jer. Minggu ni masing-masing ada rasa bersemangat laa jugak. Anak-anak depan mata.

Ermm hari ini Eyda nak bercerita al-kisah semalam. Yelah, bila berkesempatan ambil anak balik asrama mula laa bertanya dah makan ke belum. Nak makan apa-apa tak?

Bukan saja yang berada di asrama, yang kat rumah pun kena laa bertanya jugak kan. Barulah adil dan tidak dibezakan.

Kimie semalam teringin nak makan pizza katanya. Ermm jarang nak dengar dia mintak nak makan pizza. Tiba-tiba jer mintak nak pizza.

Pizza yang Kimie nak semalam ialah Black Volcano Pizza daripada Pizza Hut. Macam mana dia boleh teringin pun tak tahulah.

Black Volcano Pizza

Bagi tak menghampakan permintaan anak, makanya Eyda bagi dia duit beli pizza yang dia nak makan sementara Eyda pandu lalu ke McDonald's memenuhi tekak Izzat. 

Rancangan Eyda lepas jer beli apa yang Izzat nak terus ambil Kimie laa. Tapi lain pula jadinya bila Ayam Goreng McD Extra Spicy yang Izzat nak terpaksa menunggu selama setengah jam. 

Bagi tak menghampakan permintaan, beli jelah kan. Izzat siap tambah pesanan burger Spicy Chicken McDeluxe.

Akhirnya Kimie terus datang kat kereta selepas beli Black Volcano Pizza yang dia nak tu dengan meredah hujan. Adeh laa anak, Eyda suruh tunggu, dia redah pulak hujan tu.

Berseleranya Kimie makan. Basah kena hujan pun dah tak kisah

Nampak sedap pula pizza yang Kimie makan. Eyda tak mintak rasa pun biarlah dia nak makan banyak mana dia suka. Itu pun dia tanya jugak, ibu nak rasa?

Nipis jer pizza nih

Sesampainya kat rumah ada lagi 4 potong pizza tu. Eyda tengok dia makan lagi sepotong. Bila dia dah tinggal Eyda mintak nak rasa sikit. Masa tu dia pun menumpang makan lagi sepotong dan suruh Eyda habiskan baki yang ada.

Kiranya Kimie menghabiskan 4 potong manakala Eyda makan 2 potong. Sedap jugak pizza ni kena dengan selera kami berdua.

Peminat pizza rasanya akan menyukai dengan pizza ni sebabnya pizza ni dia letakkan cheese lava, crust hitam dan crispy chicken bite. Selain itu, ada juga potongan tomato kecil di atasnya.

Sedangkan Kimie yang bukan peminat pizza pun suka inikan plak peminat pizza kan. Ohh bagi yang ada tertanya tu, pizza ni tak pedas ya, jadinya budak-budak pun boleh makan.



acara larian

PinkTober - You Go Girl 2019

11/07/2019 10:05:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Dah terlajak bulan dan hampir sebulan event ni baru Eyda nak cerita kat sini kan.

Bukan apa, bila urat malas nak letakkan gambar tu mulalah lambat nak siapkan entry. Padahal banyak jer cerita nak coret kat sini.

Ntah macam mana sebenarnya Eyda boleh daftar larian PinkTober yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya ni pun tak tahu laa.

Walau bagaimanapun, event kali ini merupakan event negeri ke-6 daripada 7 negeri yang Eyda dah daftar untuk tahun ini.

Nampak tak kegigihan yang ada dalam diri Eyda tu. Event kali ini Eyda pergi bersendirian naik bas dan tumpang tidur di rumah sepupu saja. Nasib laa rumah dia dengan tempat event ni tak jauh mana.

Sesampainya Eyda kat stesen bas, gigih laa cari Grab untuk ke IOI City Mall untuk mengambil race kit PinkTober. Beratur laa nak kata lama tak juga, tapi boleh laa sementara nak sampai giliran sendiri.

Eyda cari Grab untuk ke rumah sepupu pula. Jadinya hari Eyda banyak di habiskan ke sana sini jer hari tu.

Selfie apa yang patut dulu

Pagi hari event, suami sepupu yang hantarkan Eyda ke IOI City Mall. Nasib laa suami sepupu pun antara yang meminati aktiviti sukan berlari dan tidak ketinggalan berbasikal.

Meriah kan, kali ini Eyda bermula nun di belakang. Yelah jumpa abah Mahamad dan anakanda abah yang lain. Ermm larian kali ini Eyda dapat berkenalan lebih banyak rakan baru. Seronok jugak bila berlari di tempat lain.


Lambung laa korang bola gergasi tu

Selain kita dapat merasai suasana dan laluan baru malah kita juga dapat menambah kenalan dalam aktiviti sihat yang sama.

Larian pagi tu hanya 5km saja. Jadi laa kan, sesaja nak merasa laluan lain dan juga suasana baru. Bila lagi nak berubah angin sesekali.

Semua ini kenalan abah
Semua ini kenalan abah, semua abah panggil anakanda. Yelah, kami ni kan ibarat seperti anak abah kan. Yang didepan Eyda tu Shamsiah, lebih mesra dipanggil Sham. Yang dua orang tepi abah tu Eyda terlupa pula namanya. Tau sembang je kan.

Sarapan dulu
Pagi tu, abah Mahamad belanja kami semua bersarapan. Mulanya abah Mahamad nak makan di McDonald's, tapi memandangkan McDonald's belum buka, makanya kami singgah di Pappa Rich jer.

Depan kaunter pun jadi

Kalau ikutkan Eyda nak balik awal, tapi abah Mahamad mintak Sham tumpangkan Eyda balik. Itu yang boleh berada lama dengan kenalan baru pagi tu.

Ini Alya
Ini pun kenalan baru Eyda, namanya Alya. Comel orangnya. terima kasih sudi menjadi sahabat Eyda yang baru. Makin bertambah sahabat Eyda dalam aktiviti sihat nih.

Posing laa sekeping dua
Terima kasih Alya sudi ambilkan gambar Eyda nih. Posing jelah walaupun dari kejauhan daripada photobooth Pinktober.

Medal

Comel jer medalnya berbentuk baju dalam. Yelah sesuai laa kan medal ni sempena dengan bulan kesedaran kanser payudara. Tak kan nak letak medal payudara pula kan. Itu lagilah mengundang kecaman nanti. Hahaha. Ermm macam-macam laa kengkawan Eyda nih, terutamanya lelaki. Ada-ada saja tafsirannya.


makanan

World Sandwich Day | Subway Buy 1 Free 1

11/01/2019 08:47:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah kita masih lagi bernafas hari ini. Hanya tinggal 2 bulan saja lagi untuk kita berada di tahun 2019.

Diharapkan semuanya berada dalam keadaan sihat ya. Yelah di kala hujan hampir setiap hari ini, mungkin ada yang kurang sihat kerananya.

Semalam 31 Oktober 2019 merupakan Hari Sandwich Sedunia. Jadinya Subway menawarkan setiap pembelian 6" Sub bersama air minuman akan mendapat 1 Sub 6" secara percuma. Jimat kan.


Eyda pun apa lagi, suarakan nak makan Subway kat Kimie. Yelah dah lama sangat tak makan di Subway, apa lagi semalam rebutlah peluang ini. Dapat juga Eyda berkongsi Sub ini bersama Kimie.


Eyda memilih roti Parmesan Oregano dan intinya Chicken Slice. Manakala Kimie ambil roti Italian memandangkan roti Hearty Italian tak ada dan intinya BBQ Chicken Strips dan keju lebih.



Tambahan Kimie memilih 3 biji biskut antaranya Chocolate Chips dan Double Chocolate Chips. Itupun jumlah keseluruhan hanya RM20.10. Banyak jimat dah tu.

Dulu pernah ada tawaran seperti ini di Subway setiap hari Rabu. Sekarang ini tawaran ini masih ada di beberapa cawangan Subway saja.

Menu Subway ni sesuai untuk yang berdiet sebab kita boleh memilih sendiri roti, inti, sayuran dan juga sos yang sesuai dengan diet kita.



Blog yang Diikuti