Pizza Hut | Black Volcano Pizza
11/08/2019 03:46:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah hari ini dah pun hari Jumaat kan. Macam mana dengan hari korang, okay ke tak?
Macam Eyda, baik-baik jer. Minggu ni masing-masing ada rasa bersemangat laa jugak. Anak-anak depan mata.
Ermm hari ini Eyda nak bercerita al-kisah semalam. Yelah, bila berkesempatan ambil anak balik asrama mula laa bertanya dah makan ke belum. Nak makan apa-apa tak?
Bukan saja yang berada di asrama, yang kat rumah pun kena laa bertanya jugak kan. Barulah adil dan tidak dibezakan.
Kimie semalam teringin nak makan pizza katanya. Ermm jarang nak dengar dia mintak nak makan pizza. Tiba-tiba jer mintak nak pizza.
Pizza yang Kimie nak semalam ialah Black Volcano Pizza daripada Pizza Hut. Macam mana dia boleh teringin pun tak tahulah.
Black Volcano Pizza |
Bagi tak menghampakan permintaan anak, makanya Eyda bagi dia duit beli pizza yang dia nak makan sementara Eyda pandu lalu ke McDonald's memenuhi tekak Izzat.
Rancangan Eyda lepas jer beli apa yang Izzat nak terus ambil Kimie laa. Tapi lain pula jadinya bila Ayam Goreng McD Extra Spicy yang Izzat nak terpaksa menunggu selama setengah jam.
Bagi tak menghampakan permintaan, beli jelah kan. Izzat siap tambah pesanan burger Spicy Chicken McDeluxe.
Akhirnya Kimie terus datang kat kereta selepas beli Black Volcano Pizza yang dia nak tu dengan meredah hujan. Adeh laa anak, Eyda suruh tunggu, dia redah pulak hujan tu.
Berseleranya Kimie makan. Basah kena hujan pun dah tak kisah |
Nampak sedap pula pizza yang Kimie makan. Eyda tak mintak rasa pun biarlah dia nak makan banyak mana dia suka. Itu pun dia tanya jugak, ibu nak rasa?
Nipis jer pizza nih |
Kiranya Kimie menghabiskan 4 potong manakala Eyda makan 2 potong. Sedap jugak pizza ni kena dengan selera kami berdua.
Peminat pizza rasanya akan menyukai dengan pizza ni sebabnya pizza ni dia letakkan cheese lava, crust hitam dan crispy chicken bite. Selain itu, ada juga potongan tomato kecil di atasnya.
Sedangkan Kimie yang bukan peminat pizza pun suka inikan plak peminat pizza kan. Ohh bagi yang ada tertanya tu, pizza ni tak pedas ya, jadinya budak-budak pun boleh makan.
4 comments
macam sedap je ni. Nak kena try jugak ni
ReplyDeleteCubalah Farhana, mana tahu kena dengan selera kan
DeleteTak pernah cuba lagi hat yang ni...kena cuba jugak nanti ni
ReplyDeletecuba laa kak SA mana tahu kena dengan selera
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..