makanan

Ghost Pepper Cottage Fries

1/28/2020 03:48:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ermm hari ni saja Eyda nak kongsikan apa yang Eyda dah makan gara-gara anak Eyda.

Minggu lepas Eyda ada laa ke 7 Eleven. Kimie nak membeli sesuatu yang pedas. Hantu pedas laa budak-budak nih.

Lepas dah ambil megi pedas, ada laa cashier nih bagitau ada keropok pedas. Salah satunya Ghost Pepper Cottage Fries. Macam-macam nak di Ghost Pepper kan.

Ghost Pepper

Balik rumah tu Kimie terus capai keropok tu. Nak tau masa mula Kimie makan dia cakap apa? "Ibu tak pedas pun kopok nih. Biasa ja rasanya." Amboi berlagak kau ya.

Lepas dia dah makan beberapa keping baru dia cakap, "Ibu, kopok ni kalau dah makan banyak baru nak rasa pedas, makin pedas laa." Hahaha baru dia tau. 

Eyda makan sekeping ja awal tu. Ada laa rasa pedasnya, Yelah orang yang tak tahan pedas memang macam ni kan.

Lepas beberapa ketika, masing-masing dah tak nak makan. Nak tak nak terpaksa laa Eyda habiskan keropok tu sorang-sorang. Tahan laa pedas sorang-sorang.

Kalau ikutkan keropok ni bila makan banyak-banyak tu terasa laa pedas lebih sedikit daripada keropok pedas biasa tu. Korang kalau jenis tahan pedas tu okay ja, mesti cakap ehh tak pedas mana pun. Tak gitu.

Apapun keropok ni hanya ada di 7 Eleven ja tau sebab kat bungkusan keropok pun ada tulis Esklusif di 7 Eleven.


acara larian

Corat Coret Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2019

1/21/2020 01:15:00 PM


Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2019

Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2019 atau singkatannya LHKSNS 2019 telah pun diadakan pada 17 November 2019 yang lalu.



Larian ini diadakan sempena meraikan hari keputeraan Sultan Nazrin Shah. Acara tahunan ini diadakan setiap tahun pada bulan November.

Larian yang sentiasa mendapat tempat di hati pelari. Ini kerana dalam masa kurang 2 jam, semua lebih kurang 6000 slot telah pun habis dijual.

Nampak tak masa screenshot ni

Larian antara yang termurah dengan juga meriah ini memang senantiasa dinantikan para pelari. Yelah RM35 untuk kategori 15km, manakala RM25 bagi kategori 10km dan tidak ketinggalan percuma bagi kategori 6.5km.

Bila yuran pun murah, apa lagi jarak larian 6.5km bagi kategori pelajar sekolah, jarak 10km dan juga 15km ini pun tidak menjadi masalah bagi para peserta.



Ini kerana pelari mempunyai masa 4 jam untuk berlari bagi kategori masing-masing. Jadi tidak hairanlah ada yang memakai pelbagai jenis pakaian termasuk maskot untuk larian ini. Semuanya ingin mengabadikan momen indah dalam larian ini.


Corat Coret Larian Hari Keputeraan Sulltan Nazrin Shah 2019.

Hari yang dinantikan telah pun tiba pada 17 November 2019 yang lalu. Kami beramai-ramai pagi tu naik ETS yang paling awal menuju ke Kuala Kangsar. Kami naik ETS pada jam 5.15 pagi.



Memang jadual masa ETS kali ini agak kelam kabut sikit berbanding pada tahun 2018 jadual ETS paling awal jam 4.45 pagi. Kami pagi tu solat di dalam surau ETS ja.

Sesampainya kami di stesen KTM Kuala Kangsar jam menunjukkan pukul 6.27 pagi. Masing-masing berkejaran ke Dewan Jubli berhampiran Dataran Pavilion untuk menyimpan beg masing-masing sebelum ke starting point di Dataran Pavilion.

Bagi kategori 15km acara dimulakan pada jam 6.50 pagi, manakala kategori 10km pada jam 7.00 pagi dan kategori pelajar sekolah pula pada jam 7.15 pagi.

Sentiasa mengambil laluan di sebelah kiri untuk melihat Sultan Nazrin Shah dari jarak dekat

Masa berlari tu ada sedikit gangguan, yelah pelari kategori 10km turut berada di garisan permulaan sama dengan pelari kategori 15km. Eyda dan juga Deana ingatkan pelari di depan kami lari dalam kategori yang sama, tapi masih berdiri di situ.

Bila nampak bib yang dipakai menunjukkan mereka tu pelari kategori 10km, kami terpaksa menyelit mencari ruang untuk garisan permulaan dan mula untuk berlari. Di situ saja kami dah rugi 10 minit. Tapi tak apa, masih ramai pelari lain yang senasib dengan kami.

Kimie pula berlari di dalam kategori pelajar sekolah hanya 6.5km. Untung dia berdiri sebelah anak Sultan Nazrin di garisan permulaan. Maka banyak gambar dia bersama anak Sultan Nazrin di dalam lensa kamera jurugambar.








Larian ini lebih bersifat santai, yelah sampai sini sana berhenti bergambar sekejap. Nampak tak ramai yang berjalan berbanding berlari.


Mari pakat bergambar dulu ya. Hahaha. Masing-masing mengambil peluang bergambar di sini.


Kali ini ada persembahan gendang cina dimainkan di sepanjang jambatan ini. Kiri kanan ada gendang cina ini dimainkan.

Ada persembahan gendang cina
Sempat lagi bergambar di hadapan mercu tanda Kuala Kangsar iaitu labu sayong. Depan simpang jalan pun jadi kerja kan.

Labu sayong mercu tanda Kuala Kangsar

Hampir sampai ke pemisah laluan 10km dan juga 15km. Bagi yang berlari 15km akan melalui kawasan kampung yang ada perusahaan labu sayung dan juga kawasan bendang.


Memasuki kawasan perkampungan ada banyak tempat menjual labu sayong. Di sini dapat dengar persembahan pak cik dan makcik ni.

Kalau ikutkan ada kuih muih yang disajikan oleh penduduk kampung, tapi masa melalui kawasan ini kebanyakkannya dah habis.


Banyak betul labu sayong di sini. Niat di hati nak pergi lebih dekat, tapi tengok ramai lelaki kat situ pula.

Labu sayong

Kampung Bukit Lada
Memasuki Kampung Bukit Lada, peserta larian boleh singgah bermain permainan tradisional yang ada di sini seperti congkak dan juga batu seremban.

Congkak

Batu seremban
Sejuk mata memandang keindahan sawah padi. Bendang yang terbentang luas menghijau, mendamaikan jiwa.


Sempat juga singgah bergambar dengan rakan larian.

Marilah kita memancing di dalam taliair. Ntah dapat ikan ke tak diaorang nih pun tak pasti. Tapi ada juga Eyda perasan ada ikan di dalam bekas dekat situ.

Selamat memancing
 Jom layan buskers pula.

Buskers

Okay baru 8km. Jauh lagi perjalanan.

Jom basahkan badan dengan pancuran air bomba

Makcik pakcik berkompang pula
Larian kami pada hari itu ada sepasang nih berpakaian berbaju melayu dan berbaju kurung moden. Kalau tak salah Eyda diaorang baru berkahwin beberapa bulan sebelum larian tersebut. 

Diaorang nih siap pakai baju pengantin lagi
Dapat laa lihat Istana dan juga Masjid Ubudiah daripada kejauhan.



Jom beratur ambil air kelapa. Panjangnya kena beratur. Tahun lepas dia buka dua tempat, kiri dan kanan. Kali ini sebelah jer, Eyda singgah ambil juga untuk berkongsi dengan Kimie.

Kalau tak mau singgah pun boleh, ikut kiri jer boleh lari terus ke depan. Kat sini banyak jugak Eyda bazirkan masa. Tapi sesekali nak minum air kelapa kan.

Beratur untuk air kelapa
Sungai Perak, dapat laa tengok pemandangan di sebelah sana sungai.


Seperti tahun sebelumnya, kat sini lokasi paling meriah sebelum ke garisan penamat. Macam ada di sini termasuklah makanan.




Kuih muih pun dah tak banyak. Yelah, banyak kumpulan di depan dah singgah makan.


Ehh ada bot kat sungai nih. Menarik kan.




Jom lalu ikut pancuran air tu sekali lagi. Tahun 2018 ada pancuran air kat sini jer. Tahun 2019 ada dua tempat.


Tak jauh dah, lagi 3km nak ke garisan penamat. Tapi masa nih dah rasa penat, kaki pun tak berapa bagus pula.


Terima kasih jurukamera sudi merakamkan gambar Eyda nih. Ingat lagi dia cakap " Lari cepat nanti tak mau ambil gambar". Hahaha acah-acah lari sikit masa nih.



Sesampai di garisan penamat selepas ambil semua goodies bag, apa lagi beratur pula untuk ambil finisher tee. Fuhh panjang jugak kena beratur sebab kena ambik keputusan larian dahulu sebelum boleh ambik baju finisher tee.

Penat juga beratur ambil nih. Untuk baju sekejap jer

Meriah goodies begnya

Comel jer medalnya, medal tahun lepas lagi besar.
Jom tengok perbezaan isi kandungan goodies bag 6.5km kategori pelajar sekolah dengan kategori 15km. Goodies bag untuk kategori 15km lebih meriah berbanding goodies bag pelajar sekolah 6.5km. 

Itu pun pelajar sekolah lebih untung sebabnya diaorang percuma. Dapat pelbagai barangan dan tidak ketinggalan t-shirt event selepas tamat larian.

Goodies bag peserta kategori 6.5km

Goodies bag peserta kategori 15km

Alhamdulillah dapat baju finisher tee pertama sepanjang berlari. Jadi laa kan dapat juga merasa ada finisher tee. Ermm baju finisher tee ini disediakan untuk peserta 15km dan ianya hanya ada 2 tahun sekali.

Jadinya bagi yang berhajat masuk kategori 15km pada tahun 2020 ini tiada baju finisher tee. Makanya jangan terkejut ya bagi yang baru nak sertai larian ini.

Finisher tee siap rasmi di hari balik

Sebelum naik ETS untuk balik sempat lagi bergambar kenangan beramai-ramai. Terima kasih abah Mahamad Awang sudi menaja kami pada hari tersebut.


Moga tahun 2020 ni dapat peluang lagi berlari di LHKSNS. Ermm nak pilih kategori apa pula ya tahun 2020 nih,


Blog yang Diikuti