CNY Festive Buffet | The Light Hotel, Penang

1/20/2020 03:02:00 PM


Tahun Baru Cina akan tiba tidak lama lagi. Dah ada destinasi untuk meraikan hari istimewa ini? Jika belum, apa kata korang jenguk ke The Light Hotel, Penang.

The Light Hotel, Penang ada menawarkan CNY Festive Buffet sempena Tahun Baru Cina. Pelbagai pilihan makanan korang boleh pilih di sini. Yang pasti semua yang disajikan di sini mendapat pengiktifaran halal JAKIM.

Jadinya semua orang boleh menikmati hidangan buffet di sini tanpa rasa was-was. Oleh itu, kita pun boleh turut sama meraikan perayaan Chinese New Year ini bersama kaum keluarga dan rakan terdekat di The Light Hotel.


CNY Festive Buffet 

Bagi menandakan Tahun Baru Lunar Lunar yang baik, makmur dan panjang umur dengan Fatt Choy Yee Sang dan Prosperity Poon Choi. Poon Choi diterjemahkan dengan dihidangkan di dalam keserol cina pada masa dahulu, kini ia merupakan hidangan yang mesti ada semasa sambutan hangat ini.


Yee Sang bersama Salmon dan campuran lain turut ada di dalam buffet ini dan ianya boleh dihidangkan secara ala carte melalui pesanan Prosperity Poon Choi atau Treasure Pot yang turut ada pada harga RM588+ untuk satu hidangan.


Hot Pot Station

Pada tahun ini turut memperkenalkan Hot Pot action station yang menawarkan sehingga 30 hidangan termasuklah pelbagai jenis makanan laut, sayuran yang dihidangkan bersama sup biasa atau sup tomyam bersama 5 jenis pilihan mee. Hidangan ini pastinya membuatkan korang menyukainya.




Seafood 

Tidak ketinggalan hidangan makanan laut seperti udang, kerang dan juga ketam. Di sini turut menawarkan 10 jenis salad dan juga pembuka selera, smoke salmon platter.










Bagi peminat dim sum pastinya suka dengan 7 pilihan dim sum ini yang mana Nyonya station menyajikan popia dan juga pie tee.







Hidangan Utama

Untuk hidangan utama dari salt and pepper sotong goreng, signature salted egg cereal prawn, steam fish fillet with supreme soy sauce, nasi ayam, ayam char siew, itik panggang dan ayam herba kukus. Stir fried black pepper beef turut dihidangkan di sini.














Pada tahun ini turut disajikan 4 jenis sup dari Chinese traditional black chicken herbal soup, crabmeat soup, seafood chowder dan cream mushroom soup.


Western

Hidangan western yang turut ada seperti seafood lasagne, chicken & potato pie, pasta and on carvery station roasted leg of lamb dengan campuran istimewa.



Tidak ketinggalan shawarma, briyani ayam bersama kari kambing dan kentang dan juga roti benggali.






Sedia untuk dihidangkan dari pelbagai jenis mi dengan char koay teow istimewa, sup mi panjang umur dan mi Hokkien, gerai nasi ayam / itik, ais kacang dan ais krim dan juga roti benggali.


Dessert Corner

Untuk pencuci mulut pula korang boleh ke bahagian Dessert Corner yang menyajikan pelbagai jenis kek termasuklah orange mouse cake, mandarin orange cake, marble cheese cake, pastri French, puding, Chinese butter cake, Shanghai pan cake dan sup tong yuan.






Jangan lupa untuk bergambar di lobi The Light Hotel dengan keindahan dekorasi Chinese New Year Cherry Blossom Garden.



Harga dan Tarikh Buffet Feast of Fortune - Chinese New Year 2020



Blooming Abundance CNY 8 Course Set Dinner
January - February 2020
Flavour@3
6.30pm - 10.00pm
From RM1,088.00+ Per Table (10 Person)

Grand Prosperity CNY Reunion Buffet Dinner
24 January 2020
The Light Grand Ballroom
6.30pm-10.00pm
RM138.00+ (Adult)

Treasure of Prosperity CNY Buffet High Tea
25 & 26 January 2020
12.00pm - 3.00pm
RM88.00+ (Adult)

Blossoms of Prosperity CNY Buffet Dinner
25 & 26 January 2020
6.30pm - 10.00+RM108.00+ (Adult)


Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi +604 3821111 atau emailkan ke info@thelighthotelpg.com


You Might Also Like

4 comments

  1. Bestnyer kak sue....dah lama tak jenguk blog..hari ni kebetulan ada masa sikit, ternampak blog kak sue kat blog kak noor berbicara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Chinta Safia. Sama laa lama tak singgah blog kawan2. Lama tak singgah kat blog kak noor.

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti