Gift Voucher Watson | MBO x Watson RM50K Summer Blockbuster Giveaway Campaign

1/08/2020 01:03:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Okay ni Eyda mengaku entry basi di tahun 2019 membawa ke tahun 2020.

Punya peram cerita, hari ini baru sempat siapkan sepenuhnya. Nampak sangat kekangan masa dan mood ke laut dalam melanda.


MBO x WATSON RM50K SUMMER BLOCKBUSTER GIVEAWAY CAMPAIGN

Gift Voucher Watson 

Kisah kali ini pasal gift voucher Watson bernilai RM150. Eyda dapat ni pun melalui contest MBO iaitu MBO x Watson RM50K Summer Blockbuster Giveaway Campaign.

Eyda dapat hadiah saguhati iaitu RM150 Watson Voucher. Jadi laa kan boleh jugak membeli barangan Watson.


Alhamdulillah rezeki Eyda, sebenarnya Eyda dapat email nih punya lama. Disebabkan email ni berada dalam spam maka Eyda terlambat untuk balas. Bayangkan hampir sebulan dia orang hantar email baru Eyda tergerak hati nak bukak kat spam.

Selepas Eyda balas email dengan nyatakan maklumat diri yang dikehendaki, Eyda tak menerima sebarang maklumbalas berkaitan.

Dalam fikiran mungkin tak ada rezeki dan dah terlambat untuk Eyda jawab agaknya. Tup tup selang sebulan lebih, Eyda menerima bungkusan yang mengandungi voucher Watson bernilai RM150.

Alhamdulillah, tak sangka ianya masih rezeki Eyda. Itulah kan orang kata, kalau dah nama rezeki tak ke mana.



Okay ini sebahagian barangan Watson yang Eyda beli menggunakan gift voucher yang Eyda dapat. Sebenarnya banyak lagi barang yang dibeli, tapi ini saja yang sempat Eyda ambil gambarnya.

Bukan apa, ada barangan Eyda beli terus Eyda dan anak-anak guna. Memang tak sempat nak ambil gambar laa jawabnya.



Vitamin C 1000mg Plus Zinc 10mg TAB

Ini pula Vitamin C 1000mg Plus Zinc 10mg TAB. Vitamin C bersama Zinc dalam bentuk effervescent tablet. Kalau nak tahu macam mana rupanya, ala yang letak dalam air tu. Rasanya okay laa, sedikit masam oren dan tidak manis sangat. Sesedap rasa.



Anak-anak Eyda pun tumpang minum Vitamin C + Zink Watson nih. Lagi pun senang nak bawak vitamin nih, comel jer bekasnya.


Plaster

Antara barangan yang perlu ada dalam beg atau pun di mana-mana. Yelah kita tak tau bila kita nak cedera atau apa saja kan.

Ada pelbagai jenis plaster keluaran Watson yang kita boleh pilih ikut kesesuaian dan keselesaan kita sendiri.

Ni antara plaster yang Eyda beli. Tapi ada dah jenis yang Eyda suka. Yelah harga pun agak berpatutan.




Transparent Plaster

Selesa pula pakai plaster lusinar keluaran Watson nih. Dah laa lutsinar dan ianya agak nipis jugak. Bila pakai tu tak laa nampak sangat.


Ia berventilasi dan tahan air tau. Lagi satu ianya sesuai untuk yang kulit sensitif sebabnya ia bebas daripada latex. 

Waterproof Plaster

Memang kalis air dan juga terlalu nipis plaster nih. Kiranya tak terasa sangat bila memakai plaster nih. Kalau nak tau senipis mana plaster nih, ianya senipis double sided tu. Nipis kan. Tapi harga agak mahal laa jenis nih.



Watershield Plaster

Plaster nih Eyda kurang gemar sikit, sebab dia agak keras sedikit. Lagi pula ada garisan petak tu yang kadang kala tertanggal masa nak buka. Apapun ianya kalis air.



Colour Changeable Lip Balm

Comel pula tengok lip balm nih. Sebelum ni ada beli lip balm keluaran Watson juga yang tahan SPF tu, tapi yang tu letak dalam beg jenjalan. Untuk ke pejabat ambil jer yang ni. Ini pun sebab dapat diskaun bila PWP. 

Yang ni Eyda ambil yang wangian mangga. Ada satu lagi wangian peach. Wangi ja baunya. Macam nak makan pula rasanya. Hahaha.



Ini saja barangan yang gigih ambil satu-satu. Yang lain dah ntah ke mana. Terus ambil guna laa. Malas nak ambil gambar pun ada.

Apapun memang tak sangka lepas dapat voucher Watson ni, memang belajar membeli beberapa barangan Watson plak. Mula-mula dapat tu fikir jugak nak beli barang apa nih. Akhirnya dapat habiskan semua voucher Watson yang bernilai RM150 tu.

Apapun terima kasih MBO dan Watson untuk peraduan dan voucher ini.



You Might Also Like

6 comments

  1. Wah..rezeki tu..sama la akak..2019 nyer story pun banyak x up lagi...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak SA. Kan ni pun ada beberapa cerita larian masih dalam draf, ntah banyak lagi cerita masih belum tulis dan ada yang dalam draf.

      Delete
  2. waalaikumussalam. alhamdulillah tahniah. rezeki menjelang tahun baru tu ^_^

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. ya kak JM, RM150 baucer tu. Shopping sakan jugak laa. Alhamdulillah rezeki kan.

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti