Virtual Run | Run The Music
1/10/2020 12:21:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ini Eyda nak kongsikan aktiviti senaman Eyda di tahun 2019.
Memandangkan di tahun 2019, Eyda suka merajinkan diri Eyda joging di hujung minggu, maka dengan itu Eyda rajinkan diri dengan daftar virtual run. Bila dah daftar tu automatik Eyda akan ada sesuatu untuk Eyda joging.
Yelah, itu salah satu pendorong buat Eyda untuk kekal aktif bersenam di hujung minggu. Kalau Eyda tak daftar, mesti urat malas tu timbul ja selalu.
Okay untuk larian virtual run kali ini Eyda memilih larian Run The Music yang dianjurkan oleh Beestorm. Nak tau sebab apa Eyda pilih larian ini sebab medal dan juga baju tangan panjang yang ditawarkan.
Cantik kan baju yang Eyda dapat ni selepas berjaya habiskan larian sejauh 21km untuk tempoh sebulan bagi bulan November 2019 yang lalu.
Eyda suka kumpul baju sukan berlengan panjang sebegini sebab mudah bagi Eyda gunakan masa joging nanti. Masa tu dah tak perlu nak pakai inner bagai. Lebih selesa jadinya.
Baju yang ada daripada event semuanya bertangan pendek, suka atau pun tak terpaksa pakai inner pula kan. Bila dah ada baju berlengan panjang nih mudah laa, hanya pakai baju ni ja. Tak perlu nak pikir nak cari inner bagai.
Eyda baru ja buka laman web Beestorm tertengok pula ada lagi virtual run yang menawarkan baju berlengan panjang. Masih berfikir nak sertai atau pun tak. Baju kali ni comel jugak.
11 comments
jelez tgk org join virtual run.
ReplyDeleteoh btw ray follow sini tau #633
Jom laa join virtual run Ray. Thanks sudi follow blog picisan nih.
Deletenk try godek2 jgklah web beestrom tu..hujung miggu nak kuar joging kat tasik depan umah pun mals..adeh!
ReplyDeletegodek laa kak JM. Ehh ada lagi satu vie=rtual run 42race pun menarik. ni link dia https://web.42race.com
DeleteJay Emm joging ataih katil jek... 🤣
DeleteEhh baru terperasan bagi link 42race punya. kak JM ni link Beestorm, https://www.beestorm.com.my/. Kat blog tu pun ada linknya.
DeleteSS atas katil pun boleh, dalam mimpi. Lepas tu boleh laa cakap tadi dah joging. Hahaha.
DeleteKalu dah malas... semua malas! Ha ha ha
DeleteKalau malas, tak daya laa nak menolong.
DeleteBetul laa kan sebelum harinya tiba automatik nak kena joging kasi urat sendi aktif... 😅
ReplyDeleteKalau tak joging pun, brisk walk pun okay. Tak pun banyakkan berjalan. Bagi urat sendiri tu aktif sikit.
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..