The Light Hotel Menawarkan Online Food Delivery Service Sempena Ramadan
5/11/2020 10:51:00 AM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ermm puasa pun dah menginjak ke separuh bulan terakhir.
Macam mana puasa kali ini? Memang agak berbeza daripada puasa di tahun lepas kan.
Apapun harap semuanya baik-baik sahaja walaupun ada berpuasa di rumah saja. Tak ketinggalan ada yang berpuasa di perantauan kerana tuntutan tugas masing-masing.
Okay kita tinggalkan cerita pasal Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sekarang kita cerita pasal menu berbuka pula.
Tak dinafikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ada yang dah mahir memasak di rumah. Pelbagai menu dah dicuba samada menjadi atau sebaliknya.
Bila PKPB bermula, mungkin ada di antara kita yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk memasak. Kena pula tekak dah mula kurang berselera untuk menjamah makanan.
Ehh tertengok menu hotel sedap- sedap pula, harga pun berpatutan. Bagi yang dah lama teringin nak menikmati menu berbuka dari The Light Hotel, anda bolehlah tempah hidangan anda.
Mulai hari 25 April hingga 23 Mei 2020, berita baik untuk penduduk sekitar Pulau Pinang. The Light Hotel kini menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan sehingga ke depan pintu anda.
Banyak pilihan menu boleh dipilih daripada Online Food Delivery Service The Light Hotel .
Perkhidmatan ini disediakan setiap hari dari jam 10.00 pagi - 7.00 malam (Tempahan akhir jam 6.30 petang)
Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi +60174747965 atau email ke fb@thelighthotelpg.com
4 comments
Waaa,, untung la siapa yang duk dekat Pulau Pinang tu. Boleh merasa yang hotel. Hehe
ReplyDeleteRezeki penduduk Pulau Pinang, banyak hotel menawarkan online food delivery sebgini. Ada juga yang kita perlu pick up sendiri.
Deletewaaahhhh berkongsi rezeki gitu..
ReplyDeletejemput join birthday giveaway saya
https://anisa-mylife.blogspot.com/2020/05/birthday-giveaway-anisa-anuar-official.html
terima kasih
betul tu Anisa. In shaa Allah
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..