6 Makanan dan Minuman Tidak Boleh Dinikmati Bersama Durian
6/12/2020 04:20:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ermm memandangkan sekarang musim durian, pastinya peminat durian tidak akan melepaskan peluang ini.
kredit google |
Tapi korang mesti tahu ya, bahawa kita tak boleh makan dan minum beberapa jenis makanan dan minuman bersama durian ya. Agak bahaya untuk diri sendiri. Jom semak.
Kopi
Kafein aktif dalam kopi membuatkan jantung kita berdegup dengan kadar lebih laju dan ianya mampu menyebakan suhu badan manusia menjadi lebih panas. Memandangkan kesan antara keduanya hampir sama, jadi pilihan untuk makan bersama adalah idea yang tidak baik terutamanya buat pesakit jantung.
Susu
Tekanan darah di dalam tubuh akan menjadi semakin meningkat jika kita minum susu bersama durian. Hal ini kerana durian juga memiliki kandungan sulfur sepertimana susu. Jadi jika ianya digandingkan bersama tubuh badan kita tidak mampu untuk berfungsi dengan sepenuhnya bagi mengeluarkan dan juga menghancurkan toksin.
Minuman Berkarbonat
Makanan yang tinggi karbohidrat (terutamanya karbohidrat ringkas seperti minuman berkarbonat). boleh menyebabkan peningkatan gula yang dengan cepat.
Bagi mereka yang sihat mungkin akan mengalami dehidrasi dan akhirnya pitam. Mereka yang mempunyai penyakit kronik ia sudah pasti akan menyebabkan masalah yang sama.
Terung
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa terung juga mampu menaikkan suhu badan manusia apabila dimakan bersama. Ini kerana kesannya sama seperti kita makan bersama kopi.
Daging Lembu dan Kambing
Daging lembu dan kambing mampu memberi kesan panas pada tubuh bdan kita dan sebaiknya ia tidak dinikmati dalam tempoh waktu yang dekat.
Hal ini mampu membawa kepada peradangan atau implimasi pada tubuh badan kita.
Ketam
Daging ketam mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi. Begitu juga buah durian juga mengandungi karbohidrat dan lemak yang tinggi.
Jika seseorang yang mempunyai masalah kolesterol tinggi, tindakan memakan durian bersama ketam secara tidak langsung ia akan memudaratkan kesihatan kita.
Gambar grafik
Info info
4 comments
Info yg bmanfaat 👍👍👍
ReplyDeleteKan Nour Adieb. Bila saya baca info ni, tertarik pula nak berkongsi. Yelah kan sekarang musim durian. Jadinya tak mustahil ada yang akan makan bersama hidangan sebegini.
DeleteAlhamdulillah.Terima kasih perkongsian.
ReplyDeleteSama-sama Perdu Cinta. Kongsi info yang mungkin bermanfaat kepada peminat durian.
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..