Kisah Raya Aidilfitri 1441H

6/04/2020 09:05:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Moga semuanya berada dalam keadaan sihat hendakNya.

Macam mana raya korang baru nih? Eyda tak terasa berbeza sangat cumanya tak berziarah rumah jiran, kawan-kawan terdekat. Hanya pergi ke rumah mak dan pak sedara jer dekat rumah. Itu pun dah cukup meriah buat kami.

Lagi yang membuatkan Eyda tak terasa sangat sekatan pergerakan bagai ni sebabnya Eyda sememangnya tinggal dengan ayah. Jadinya memang dah berada di kampung setiap masa. Tak ada laa terasa sekatan bagai tu kan. Alhamdulillah rezeki Eyda dan anak-anak tinggal di kampung beberapa tahun ni.


Kisah Raya Aidilfitri 1441H

Raya Aidilfitri 1441H / 2020 ini memang agak terkesan kepada majoriti daripada kita. Disebabkan virus Covid 19 kita terpaksa akur untuk memutuskan rantaian penyebaran virus Covid 19 ni.

Mana taknya, ramai terpaksa beraya di rumah sendiri atau pun beraya di dalam negeri yang sama. Bagi yang mempunyai saudara atau keluarga di dalam negeri yang sama, kuranglah rasa berbanding dengan mereka yang sememangnya merantau jauh daripada keluarga terdekat. Hanya mengharapkan kawan sahaja yang ada.



Pagi raya pun masing-masing tak berapa teruja sangat nak beraya. Yelah, bila tak ada tetamu tak laa teruja nak buat persiapan bagai ni. Eyda pun lambat bersiap. Bersiap pun sebab nak buat video call dengan kawan rapat dan keluar beraya rumah pak sedara hampir tengahari.

Bayangkan pagi raya Eyda boleh goreng kulit popia buat popia nestum nih.Ambik kau satu pek kulit popia Eyda dan anak-anak goreng untuk kudapan kami.

Popia Nestum

Gigih kan pagi raya nak goreng benda ni semua. Lama dah tak gigih buat kuih raya atau kudapan macam ni untuk raya. Mungkin sebab tahun ni tak membeli sangat kan. Eyda beli rempeyek mini ikan bilis ja tahun ni. Kuih raya Eyda biskut untaian, tu pun lepas seminggu raya.

Memang tak teruja sangat kan. Sesaja beli biskut raya sebab nak makan kuih raya jer. Jenis tak berapa rajin sangat kan. Hahaha.

Okay berbalik hari pertama raya, rumah pertama Eyda pergi ialah rumah pak sedara (paksu) iaitu adik arwah mak yang bongsu. Mak sedara buat nasi arab. Yeay sedap, anak-anak sampai makan bertambah.

Nasi Arab

Mak sedara ada buat jualan untuk juadah berbuka puasa baru nih. Sepupu kerap beli, Eyda jer baru merasa raya baru nih.

Masa berada kat situ jumpa beberapa sepupu dan anak-anak diaorang dan tak ketinggalan mak sedara iaitu kakak arwah mak. Jadinya dah tak singgah rumah mak sedara tu.

Kami lama jugak kat situ sebabnya anak-anak jumpa sepupu Eyda yang sebaya dengan diaorang, kira geng laa jugak. Lagi plak jumpa ramai sepupu bersilih ganti.

Sebelum ke destinasi seterusnya, sempat laa bergambar dengan sepupu yang sebaya dengan Eyda. Nampak sebaya tak kami berdua.


Sepupu yang sebaya dengan Eyda

Selepas habis di rumah paksu sempat laa snap gambar dengan anak-anak kat luar rumah paksu. Itulah saja gambar kami raya kali ini.

Destinasi seterusnya ke rumah arwah makcik iaitu rumah arwah adik kedua bongsu arwah mak. Pakcik, makcik (baru) dan sepupu ada di sana. Tak makan sangat cuma lebih kepada ziarah. Perut dah kenyang penangan makan nasi arab dan ketupat.

Layan Nasi Ayam pula

Sesampainya kami di rumah pakcik, Eyda makan kerepek. Perut agak kenyang laa katakan. Makcik dan sepupu ada ajak makan nasi ayam, cakap nanti laa.

Sebelum balik Eyda sempat laa jamah nasi ayam nih. Oppss lupa nak snap dengan daun salad, timun dan tomato plak. Jadi laa tu kan.

Memang Eyda lama jugak kat sini sebabnya hujan turun. Basah jugak laa kalau nak berlarian masuk ke kereta. Makanya duduk lama-lama kat situ jugak.

Kira kami balik rumah masa waktu asar laa. Lama kan walaupun hanya berkunjung ke dua rumah ja. Okay laa tu, nasib majoriti mak dan pak sedara tinggal sekitar rumah Eyda jer. Cuma ada beberapa pak dan mak sedara berada di negeri sebelah, jadinya tak dapat ziarah raya kali ini.



You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti