McDonald's | Thai Green Curry Burger

6/17/2020 10:02:00 AM


Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Sekejap jer masa berlalu, tinggal beberapa hari saja lagi Syawal akan meninggalkan kita.

Masih ada lagi ke yang buat puasa 6 atau pun menggantikan puasa Ramadan. Moga semuanya dapat diselesaikan sebaiknya.

Alhamdulillah Eyda dah habiskan puasa 6 dan berada di garisan akhir menghabiskan puasa ganti. Harap dapat beraya esok sebelum Syawal melabuhkan tirainya.


Thai Green Curry Burger 

Baru-baru ini iaitu pada 15 Jun 2020 yang lalu, McDonald's ada mengeluarkan satu burger baru iaitu Thai Green Curry Burger. Ianya didatangkan di dalam 2 pilihan iaitu Thai Green Curry Chicken Burger dan juga Thai Green Curry Fish Burger.


kredit

Untuk pengetahuan korang, McDonald's menyediakan menu baru iaitu Thai Green Curry Burger dengan hidangan aroi-matik untuk memenuhi keinginan citarasa anda terhadap rasa Thailand. Semua burger ini di hiasi dengan sos Thai khas bersama sayur-sayuran pelbagai warna di antara roti bujur.



Thai Green Curry Chicken Burger 

Hari isnin lepas, iaitu 15 Jun 2020, Eyda bersama anak-anak ke sekolah kerana cikgu kelas diaorang minta untuk hadir ambil modul dan juga buku kalau ada yang tinggal di sekolah.

Alhamdulillah semua urusan habis dengan cepat. Tak ramai pelajar atau waris yang hadir pada waktu yang sama. Lega hati Eyda selesai semuanya.

Ermm cuma sekarang, anak-anak kena siapkan modul untuk diserahkan ke sekolah pada 30 Jun 2020 ni. Cikgu siap pesan, buat bagi dapat markah penuh ya. Belajar laa korang dan jawab sehabis baik.

Habis ja urusan di sekolah, Eyda tanya jugak pada anak-anak nak makan apa. Lepas tu apa lagi yang abang Izzat nak burger baru McDonald's.

Okay, Eyda pun memenuhi permintaan anak-anak sebelum masuk kerja semula. Yelah, Eyda minta time off ja untuk urusan ke sekolah tu. Jadinya tak sempat nak masak untuk anak-anak. Sempat beli bungkus jer.

Thai Green Curry Chicken Burger


Sesampainya di McDonald's, Eyda pesan Thai Green Curry Chicken Burger. Ermm nak order Thai Green Curry Fish Burger pun anak-anak tak minat burger ikan.

Bila buka bungkusan, alahai kenapa tak meriah sayur-sayuran dia macam poster iklan tu. Ermm ni letak pun sikit jer macam syarat. Kalau peminat sayur mesti tak puas kan. Kalau jenis tak minat sayur, senang ja dia nyahkan daripada kepingan ayam tu.

Thai Green Curry Chicken Burger


Nak tahu apa komen anak-anak, Kimie cakap "Ibu, burger ni rasa macam tomyam laa". Pandai jelah dia komen. Eyda nak komen pun tak tau sebabnya puasa. Jadi, tak dapat laa rasa dan komen apa rasa sebenarnya burger ni.

Kimie sambung lagi, "Ibu, baik dia letak nama burger tomyam bukan thai green curry". Wah kau punya komen.

Cuma apa yang Eyda dapat komen, sayur tu letak laa meriah macam iklan. Baru laa semangat nak menikmati burger ni setimpal dengan harga.



You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti