kempen

Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Kedah!

6/25/2020 10:53:00 AM


Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Kedah!
Sukarelawan Kongsi Kemeriahan Hari Raya dengan Rumah Kebajikan yang Menguruskan Projek Pantri dengan Hidangan Masakan Ayam Brand


Kedah, 22 Jun 2020 – Walaupun sambutan Hari Raya tahun ini agak terjejas oleh wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kemurahan hati rakyat Malaysia telah meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik menerusi inisiatif pantri #AyamBersamaMu di 13 buah komuniti.

Di Kedah, Pusat Jagaan Insan Kesayanganku berganding bahu bersama Ayam Brand mengurus pantri komuniti setempat yang mengguna pakai konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’. Pantri kalis cuaca tersebut dibekalkan dengan barangan keperluan harian seperti bekalan produk Ayam Brand. Ia dipasang di luar kawasan halaman untuk membolehkan penjarakan sosial, dan terbuka kepada umum 24 jam.

Para petugas dan penduduk setempat berkongsi maklumat mengenai stok atau apa yang diperlukan dalam kumpulan komuniti menerusi media sosial dan aplikasi mesej. Usaha mereka telah menularkan inisiatif ini.

Para sukarelawan membalas jasa baik mereka dengan menyediakan hidangan masakan ala rumah terbuka menggunakan produk Ayam Brand™. Antaranya adalah seperti hidangan tradisional Roti Jala dengan kari sardin dan salad buah makaroni!

Rozita Binti Hasan turut menawarkan diri untuk memasak buat kanak-kanak sebagai sumbangan beliau kepada pantri komuniti tersebut.

Volunteers- Rozita Binti Hasan delivery the home-cooked Ayam Brand meals to Pusat Jagaan Insan Kesayanganku


“Terdapat banyak mesej dalam aplikasi WhatsApp secara berkumpulan oleh penduduk setempat berkenaan pantri makanan tersebut dan barangan yang diperlukan. Pusat Jagaan Insan Kesayanganku telah banyak membantu penduduk di sini. Menyediakan hidangan ala rumah terbuka buat mereka adalah sumbangan ikhlas saya. Saya ingin berikan yang terbaik buat mereka. Penggunaan santan Ayam Brand menjadikan penyediaan makanan lebih mudah. Kanak-kanak gemar Nasik Minyak, Gulai Daging Kentang dan Acar Timun Nanas,” jelas Rozita.


Nasi Lemak dengan gulai daging kentang cooked by Volunteer Rozita Binti Hasan using Ayam Brand products


“Saya berbangga dapat menyumbang terhadap inisiatif ini kerana ia menunjukkan semangat #KitaJagaKita yang telah membantu Malaysia mengharungi wabak Covid-19,” tambah beliau.

Desas-desus mengenai pantri komuniti AyamBersamaMu ini telah memperkenalkan Pusat Jagaan Insan Kesayanganku kepada lebih ramai penduduk di sekitar daerah. Ini membawa kepada lebih banyak sumbangan buat pantri makanan, serta kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut.

“Komuniti kami berpakat untuk menerapkan semangat #KitaJagaKita dan menjadikan Hari Raya kali ini sesuatu yang akan dikenang. Orang ramai memaklumkan kepada golongan kurang bernasib baik tentang bantuan barangan keperluan yang ditawarkan di sini. Ramai juga yang menyumbang barang. Sukarelawan seperti Rozita menyediakan hidangan lazat buat kanak-kanak. Apabila kita memberi dengan ikhlas, amal yang baik akan dibalas baik. Pantri #AyamBersamaMu telah menyatukan komuniti kami dan membina ikatan yang berkekalan. Kami sedia berkongsi dengan organisasi lain bagaimana untuk memulakan dan menguruskan pantri komuniti,” jelas pentadbir Pusat Jagaan Insan Kesayanganku, Puan Yusnita Mohd Yusuf.

Sehingga kini lebih 5,000 produk Ayam Brand telah diambil dari pantri makanan di seluruh negara dan ribuan barangan lain telah disumbangkan oleh individu, syarikat dan NGO bagi membantu mereka yang dalam kesusahan.

“Orang ramai memberi reaksi berlainan terhadap pantri ini. Ada yang hanya mengambil barang pada lewat malam kerana berasa segan atau malu. Ada yang bertanya dahulu sebelum mengambil, dan ada pula yang ingin berborak dan berkongsi kesukaran yang mereka hadapi. Ada juga penderma rahsia yang meninggalkan barangan di dalam pantri, sementara yang lain berkongsi tujuan mereka memberi. Kita ada kanak-kanak yang memberi gula-gula untuk kanak-kanak lain. Para peniaga menghantar telur, beras dan minyak masak. Ibu bapa menghantar lampin, susu bayi dan mainan, malah baju raya yang baru. Kami hargai semuanya,” tambah beliau.

Projek pantri komuniti AyamBersamaMu kini mampu berdiri dengan sendiri setelah banyak permintaan untuk memulakan program yang sama diterima di lokasi lain, menurut Nathan Deverre, Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia.

“Respons terhadap pantri komuniti ini amat menggalakkan. Petugas Ayam Brand amat berbangga dengan inisiatif ini dan telah menguar-uarkannya agar lebih ramai dapat menerima bantuan dan lebih ramai menyumbang. Konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’ ternyata diterima dalam kalangan masyarakat tempatan. Jenama Mission telah menyertai kami dalam inisiatif ini. Kami berharap jenama lain akan turut serta momentum baik ini dapat dikekalkan,” ujar Daverre.

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 22,500 orang dari 538 buah organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.

Jadi sebahagian daripada gerakan untuk menerima dan menderma barang-barang keperluan pada musim Raya ini. Berikut adalah senarai lengkap lokasi-lokasi Pantri Komuniti Ayam Brand:

📌 KUALA LUMPUR: Anjung Singgah Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur 
📌 PAHANG: Rumah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Husna, Lot 132 Kampung Pelindung, 26100 Beserah, Kuantan 
📌 TERENGGANU: Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah Lot 4972, Taman Alam Perdana Binjai, 24000 Kemaman 
📌 KELANTAN: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar, 15000 Kota Bharu
📌 PERAK: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh PT 232242, Jalan Kuala Pari Hilir, Kg. Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh
📌 PENANG: The Children's Protection Society No. 118-A, Jalan Scotland, 10450 Penang
📌 KEDAH: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku No.852 Taman Mahsuri Jitra, 06000 Jasmina
📌 PERLIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis No. 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar
📌 NEGERI SEMBILAN: Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan No. 43, Jalan TTJS 3/4, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Sungai Siput, Seremban 
📌 JOHOR: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Shafar, No 15, Jalan Limau, Kampung Pasir, Tampoi, 81200 Johor Bahru
📌 SELANGOR: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, 68000 Selangor
📌 SARAWAK: Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, No 22, Lot 1365, Lorong Field Force 8e, Taman Green Field, 93250 Kuching
📌 SABAH: Rumah Anak Kesayangan, No. 22, Lot 151, Jalan Mat Salleh, Taman Sempelang Sembulan, 88100 Kota Kinabalu

Untuk maklumat lebih lanjut mengenail inisiatif pantri komuniti #AyamWithYou, layari: https://www.ayambrand.com.my


makanan

McDonald's | Thai Green Curry Burger

6/17/2020 10:02:00 AM


Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Sekejap jer masa berlalu, tinggal beberapa hari saja lagi Syawal akan meninggalkan kita.

Masih ada lagi ke yang buat puasa 6 atau pun menggantikan puasa Ramadan. Moga semuanya dapat diselesaikan sebaiknya.

Alhamdulillah Eyda dah habiskan puasa 6 dan berada di garisan akhir menghabiskan puasa ganti. Harap dapat beraya esok sebelum Syawal melabuhkan tirainya.


Thai Green Curry Burger 

Baru-baru ini iaitu pada 15 Jun 2020 yang lalu, McDonald's ada mengeluarkan satu burger baru iaitu Thai Green Curry Burger. Ianya didatangkan di dalam 2 pilihan iaitu Thai Green Curry Chicken Burger dan juga Thai Green Curry Fish Burger.


kredit

Untuk pengetahuan korang, McDonald's menyediakan menu baru iaitu Thai Green Curry Burger dengan hidangan aroi-matik untuk memenuhi keinginan citarasa anda terhadap rasa Thailand. Semua burger ini di hiasi dengan sos Thai khas bersama sayur-sayuran pelbagai warna di antara roti bujur.



Thai Green Curry Chicken Burger 

Hari isnin lepas, iaitu 15 Jun 2020, Eyda bersama anak-anak ke sekolah kerana cikgu kelas diaorang minta untuk hadir ambil modul dan juga buku kalau ada yang tinggal di sekolah.

Alhamdulillah semua urusan habis dengan cepat. Tak ramai pelajar atau waris yang hadir pada waktu yang sama. Lega hati Eyda selesai semuanya.

Ermm cuma sekarang, anak-anak kena siapkan modul untuk diserahkan ke sekolah pada 30 Jun 2020 ni. Cikgu siap pesan, buat bagi dapat markah penuh ya. Belajar laa korang dan jawab sehabis baik.

Habis ja urusan di sekolah, Eyda tanya jugak pada anak-anak nak makan apa. Lepas tu apa lagi yang abang Izzat nak burger baru McDonald's.

Okay, Eyda pun memenuhi permintaan anak-anak sebelum masuk kerja semula. Yelah, Eyda minta time off ja untuk urusan ke sekolah tu. Jadinya tak sempat nak masak untuk anak-anak. Sempat beli bungkus jer.

Thai Green Curry Chicken Burger


Sesampainya di McDonald's, Eyda pesan Thai Green Curry Chicken Burger. Ermm nak order Thai Green Curry Fish Burger pun anak-anak tak minat burger ikan.

Bila buka bungkusan, alahai kenapa tak meriah sayur-sayuran dia macam poster iklan tu. Ermm ni letak pun sikit jer macam syarat. Kalau peminat sayur mesti tak puas kan. Kalau jenis tak minat sayur, senang ja dia nyahkan daripada kepingan ayam tu.

Thai Green Curry Chicken Burger


Nak tahu apa komen anak-anak, Kimie cakap "Ibu, burger ni rasa macam tomyam laa". Pandai jelah dia komen. Eyda nak komen pun tak tau sebabnya puasa. Jadi, tak dapat laa rasa dan komen apa rasa sebenarnya burger ni.

Kimie sambung lagi, "Ibu, baik dia letak nama burger tomyam bukan thai green curry". Wah kau punya komen.

Cuma apa yang Eyda dapat komen, sayur tu letak laa meriah macam iklan. Baru laa semangat nak menikmati burger ni setimpal dengan harga.



info

6 Makanan dan Minuman Tidak Boleh Dinikmati Bersama Durian

6/12/2020 04:20:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ermm memandangkan sekarang musim durian, pastinya peminat durian tidak akan melepaskan peluang ini.


kredit google

Tapi korang mesti tahu ya, bahawa kita tak boleh makan dan minum beberapa jenis makanan dan minuman bersama durian ya. Agak bahaya untuk diri sendiri. Jom semak.


Kopi



Kafein aktif dalam kopi membuatkan jantung kita berdegup dengan kadar lebih laju dan ianya mampu menyebakan suhu badan manusia menjadi lebih panas. Memandangkan kesan antara keduanya hampir sama, jadi pilihan untuk makan bersama adalah idea yang tidak baik terutamanya buat pesakit jantung.


Susu


Tekanan darah di dalam tubuh akan menjadi semakin meningkat jika kita minum susu bersama durian. Hal ini kerana durian juga memiliki kandungan sulfur sepertimana susu. Jadi jika ianya digandingkan bersama tubuh badan kita tidak mampu untuk berfungsi dengan sepenuhnya bagi mengeluarkan dan juga menghancurkan toksin.


Minuman Berkarbonat

Makanan yang tinggi karbohidrat (terutamanya karbohidrat ringkas seperti minuman berkarbonat). boleh menyebabkan peningkatan gula yang dengan cepat.

Bagi mereka yang sihat mungkin akan mengalami dehidrasi dan akhirnya pitam. Mereka yang mempunyai penyakit kronik ia sudah pasti akan menyebabkan masalah yang sama.


Terung

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa terung juga mampu menaikkan suhu badan manusia apabila dimakan bersama. Ini kerana kesannya sama seperti kita makan bersama kopi.


Daging Lembu dan Kambing

Daging lembu dan kambing mampu memberi kesan panas pada tubuh bdan kita dan sebaiknya ia tidak dinikmati dalam tempoh waktu yang dekat.

Hal ini mampu membawa kepada peradangan atau implimasi pada tubuh badan kita.


Ketam

Daging ketam mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi. Begitu juga buah durian juga mengandungi karbohidrat dan lemak yang tinggi.

Jika seseorang yang mempunyai masalah kolesterol tinggi, tindakan memakan durian bersama ketam secara tidak langsung ia akan memudaratkan kesihatan kita.



Gambar grafik
Info info

Kisah Raya Aidilfitri 1441H

6/04/2020 09:05:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Moga semuanya berada dalam keadaan sihat hendakNya.

Macam mana raya korang baru nih? Eyda tak terasa berbeza sangat cumanya tak berziarah rumah jiran, kawan-kawan terdekat. Hanya pergi ke rumah mak dan pak sedara jer dekat rumah. Itu pun dah cukup meriah buat kami.

Lagi yang membuatkan Eyda tak terasa sangat sekatan pergerakan bagai ni sebabnya Eyda sememangnya tinggal dengan ayah. Jadinya memang dah berada di kampung setiap masa. Tak ada laa terasa sekatan bagai tu kan. Alhamdulillah rezeki Eyda dan anak-anak tinggal di kampung beberapa tahun ni.


Kisah Raya Aidilfitri 1441H

Raya Aidilfitri 1441H / 2020 ini memang agak terkesan kepada majoriti daripada kita. Disebabkan virus Covid 19 kita terpaksa akur untuk memutuskan rantaian penyebaran virus Covid 19 ni.

Mana taknya, ramai terpaksa beraya di rumah sendiri atau pun beraya di dalam negeri yang sama. Bagi yang mempunyai saudara atau keluarga di dalam negeri yang sama, kuranglah rasa berbanding dengan mereka yang sememangnya merantau jauh daripada keluarga terdekat. Hanya mengharapkan kawan sahaja yang ada.



Pagi raya pun masing-masing tak berapa teruja sangat nak beraya. Yelah, bila tak ada tetamu tak laa teruja nak buat persiapan bagai ni. Eyda pun lambat bersiap. Bersiap pun sebab nak buat video call dengan kawan rapat dan keluar beraya rumah pak sedara hampir tengahari.

Bayangkan pagi raya Eyda boleh goreng kulit popia buat popia nestum nih.Ambik kau satu pek kulit popia Eyda dan anak-anak goreng untuk kudapan kami.

Popia Nestum

Gigih kan pagi raya nak goreng benda ni semua. Lama dah tak gigih buat kuih raya atau kudapan macam ni untuk raya. Mungkin sebab tahun ni tak membeli sangat kan. Eyda beli rempeyek mini ikan bilis ja tahun ni. Kuih raya Eyda biskut untaian, tu pun lepas seminggu raya.

Memang tak teruja sangat kan. Sesaja beli biskut raya sebab nak makan kuih raya jer. Jenis tak berapa rajin sangat kan. Hahaha.

Okay berbalik hari pertama raya, rumah pertama Eyda pergi ialah rumah pak sedara (paksu) iaitu adik arwah mak yang bongsu. Mak sedara buat nasi arab. Yeay sedap, anak-anak sampai makan bertambah.

Nasi Arab

Mak sedara ada buat jualan untuk juadah berbuka puasa baru nih. Sepupu kerap beli, Eyda jer baru merasa raya baru nih.

Masa berada kat situ jumpa beberapa sepupu dan anak-anak diaorang dan tak ketinggalan mak sedara iaitu kakak arwah mak. Jadinya dah tak singgah rumah mak sedara tu.

Kami lama jugak kat situ sebabnya anak-anak jumpa sepupu Eyda yang sebaya dengan diaorang, kira geng laa jugak. Lagi plak jumpa ramai sepupu bersilih ganti.

Sebelum ke destinasi seterusnya, sempat laa bergambar dengan sepupu yang sebaya dengan Eyda. Nampak sebaya tak kami berdua.


Sepupu yang sebaya dengan Eyda

Selepas habis di rumah paksu sempat laa snap gambar dengan anak-anak kat luar rumah paksu. Itulah saja gambar kami raya kali ini.

Destinasi seterusnya ke rumah arwah makcik iaitu rumah arwah adik kedua bongsu arwah mak. Pakcik, makcik (baru) dan sepupu ada di sana. Tak makan sangat cuma lebih kepada ziarah. Perut dah kenyang penangan makan nasi arab dan ketupat.

Layan Nasi Ayam pula

Sesampainya kami di rumah pakcik, Eyda makan kerepek. Perut agak kenyang laa katakan. Makcik dan sepupu ada ajak makan nasi ayam, cakap nanti laa.

Sebelum balik Eyda sempat laa jamah nasi ayam nih. Oppss lupa nak snap dengan daun salad, timun dan tomato plak. Jadi laa tu kan.

Memang Eyda lama jugak kat sini sebabnya hujan turun. Basah jugak laa kalau nak berlarian masuk ke kereta. Makanya duduk lama-lama kat situ jugak.

Kira kami balik rumah masa waktu asar laa. Lama kan walaupun hanya berkunjung ke dua rumah ja. Okay laa tu, nasib majoriti mak dan pak sedara tinggal sekitar rumah Eyda jer. Cuma ada beberapa pak dan mak sedara berada di negeri sebelah, jadinya tak dapat ziarah raya kali ini.



kempen

Pusat Jagaan Insan Kesayanganku Bina Pantri Makanan #AyamWithYou, Bantu Komuniti Jitra

6/01/2020 10:19:00 AM

Pusat Jagaan Insan Kesayanganku Bina Pantri Makanan #AyamWithYou, Bantu Komuniti Jitra



Jitra, Mei 28, 2020 – Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling mambantu, murah hati dan saling percaya-mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat. Kemudahan lama seperti pantri makanan untuk kegunaan ramai kini diberi wajah baru. 

Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan. 

Sebagai contoh, di Kedah, Pusat Jagaan Insan Kesayanganku di Taman Mahsuri meneraju usaha membantu komuniti setempat ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini. 

“Kami bimbangkan kebajikan sesetengah keluarga di sini terutamanya ketika Ramadan dan Hari Raya. Kami sendiri tidaklah mewah, tetapi keperluan mereka lebih mendesak. Kami pernah menyertai kempen Ayam Brand™ Community Care pada masa lalu. Tahun ini, Ayam Brand™ sekali lagi memberikan kepada organisasi kami bekalan produk makanan mereka untuk tempoh dua bulan dan menyarankan pantri makanan atau gerobok rezeki sebagai satu penyelesaian untuk komuniti ini. Mereka telah menyediakan gerobok kalis cuaca ini dan satu bekalan produk berasingan yang boleh kami gunakan buat membantu komuniti kami,” kata pentadbir Pusat Jagaan Insan Kesayanganku, Puan Yusnita Mohd Yusuf.





Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Penduduk menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan ini diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari. 

“Kami menghantar khidmat pesanan ringkas menerusi WhatsApp dan Facebook memberitahu semua penduduk bahawa bahan makanan di dalam pantri tersebut adalah percuma bagi yang memerlukan, manakala mereka yang ingin menyumbang boleh sumbangkan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan lain. Anak-anak ini gembira diberi tanggungjawab menguruskan pantri makanan ini dan memastikan bekalan sentiasa penuh kerana mereka berpeluang mengamalkan budi pekerti yang mulia dan sikap murah hati,” kata Puan Yusnita.

Respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti. 

“Kami menemui beberapa item yang tidak disangka-sangka di dalam pantri termasuk sayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin dan biskut Raya! Kami dapat merasakan keakraban #KitaJagaKita itu. Projek pantri makanan #AyamWithYou telah menjadikan Ramadan dan Raya ini amat istimewa dengan membina ikatan antara kami berasaskan budi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan bantu-membantu sesama ahli komuniti. Ini membolehkan kami menyumbang secara aktif ke arah kesejahteraan semua,” tambah beliau. 

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu. 

Tahun ini jenama tersebut membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti. 

“Covid-19 telah mengubah sama sekali perancangan awal kami untuk kempen tahunan Ayam Brand™ Community Care Campaign kali ke-13, tetapi kini kami dapat melihat kesan positif hasil daripada inisiatif pantri makanan #AyamWithYou. Ia mengubah naratif rakan kongsi kebajikan kami daripada menjadi penerima bantuan kepada penyumbang dan penderma dalam komuniti masing-masing. Komuniti di sini telah menerima konsep pantri makanan ‘sila ambil yang anda perlu sahaja’. Ini menghasilkan kitaran kebaikan yang mampu memastikan inisiatif ini terus kekal,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre.

Kakitangan Ayam Brand™ turut sama menghebahkan mengenai pantri makanan ini supaya lebih ramai boleh mendapat manfaat dan turut memberi sumbangan. Mereka menjadi antara penyumbang pertama dengan menyumbangkan item bukan makanan ke dalam pantri tersebut. 

“Kami menghantar senarai barangan yang diperlukan bermula dengan kaum keluarga dan sahabat handai. Sesiapa yang boleh terus menghantar item tersebut ke pantri, ramai daripada kami yang sanggup dan berminat untuk membantu. Malah mereka turut mengongsikan lokasi pantri dengan golongan yang memerlukan. Setiap daripada kita boleh membantu dengan cara tersendiri,” kata seorang eksekutif Ayam Brand™ yang tinggal di kawasan projek pantri ini. 

Pantri makanan #AyamWithYou terletak di No 852, Taman Mahsuri (Jasmina) 06000 Jitra, Kedah. Jadilah sebahagian daripada usaha murni memberi dan menerima barang keperluan ini. 

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari https://www.ayambrand.com.my.  



zakat fitrah

Zakat Fitrah 1441H

5/14/2020 04:03:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sihat ke? Moga semuanya berada dalam keadaan sihat hendakNya.

Macam mana kehidupan korang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) nih?

Bagi Eyda baik-baik ja. Cuma kerajinan memasak tu agak tinggi laa. Yelah dah susah nak keluar cari makan macam sebelum nih. Apapun, Alhamdulillah semua makanan habis dan tak membazir.


Zakat Fitrah 1441H

Korang dah bayar Zakat Fitrah untuk tahun 1441H ni? Kalau belum segerakanlah, bukan apa kalau bertangguh lama sangat takut terlupa pula.



Bukan apa, sekarang banyak kemudahan disediakan untuk kita bayar zakat fitrah ni. Selain korang boleh bayar secara online yang mungkin bagi sebahagian daripada kita rasa kurang yakin.

Kita masih boleh bayar seperti biasa melalui Pejabat Zakat berhampiran korang dan tidak ketinggalan di masjid berhampiran kawasan perumahan korang.

Luangkan sedikit masa tunaikan kewajipan kita nih. Bila dah bayar baru laa rasa lega kan. Alhamdulillah Eyda pun dah bayar Zakat Fitrah untuk diri Eyda dan anak-anak pada hari Ahad yang lepas di masjid berdekatan rumah ja. Lega rasanya dah selesai.



The Light Hotel Menawarkan Online Food Delivery Service Sempena Ramadan

5/11/2020 10:51:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ermm puasa pun dah menginjak ke separuh bulan terakhir.

Macam mana puasa kali ini? Memang agak berbeza daripada puasa di tahun lepas kan.

Apapun harap semuanya baik-baik sahaja walaupun ada berpuasa di rumah saja. Tak ketinggalan ada yang berpuasa di perantauan kerana tuntutan tugas masing-masing.

Okay kita tinggalkan cerita pasal Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sekarang kita cerita pasal menu berbuka pula.

Tak dinafikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ada yang dah mahir memasak di rumah. Pelbagai menu dah dicuba samada menjadi atau sebaliknya.

Bila PKPB bermula, mungkin ada di antara kita yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk memasak. Kena pula tekak dah mula kurang berselera untuk menjamah makanan.

Ehh tertengok menu hotel sedap- sedap pula, harga pun berpatutan. Bagi yang dah lama teringin nak menikmati menu berbuka dari The Light Hotel, anda bolehlah tempah hidangan anda.



Mulai hari 25 April hingga 23 Mei 2020, berita baik untuk penduduk sekitar Pulau Pinang. The Light Hotel kini menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan sehingga ke depan pintu anda.






Banyak pilihan menu boleh dipilih daripada Online Food Delivery Service The Light Hotel .

Perkhidmatan ini disediakan setiap hari dari jam 10.00 pagi - 7.00 malam (Tempahan akhir jam 6.30 petang)

Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi +60174747965 atau email ke fb@thelighthotelpg.com

free gift

Cawan Kit Kat

2/25/2020 04:32:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Lama betul tak update blog. Tulis separuh simpan dalam draf. Ntah bila nak publish pun tak tau.

Okay laa, yang mana masih dalam draf, Eyda simpan jap. Malas nak upload gambar. Yang mana boleh siapkan mengarang kita publish dulu.


Kit Kat Free Mug

Bulan lepas Eyda ada laa singgah ke mini market dekat dengan rumah Eyda. Bila jalan masuk tu nampak laa deretan bungkusan Kit Kat nih. Ehh ada 15 Kit Kat, harga baru RM10.99 siap percuma cawan comel lagi.

Selepas pusing membeli barangan yang diingini, apa lagi Eyda lalu dan rembat laa sebungkus Kit Kat nih. Bila difikirkan lama jugak Eyda tak makan Kit Kat, sesekali layan best jugak kan.

Free Mug Owl
Cantik laa plak cawan Owl nih, kombinasi warna dia pun menarik. Ermm cawan nih dah jadi cawan Kimie. Elok laa kena dengan warna kegemaran dia.

Selang beberapa hari kemudian, Eyda ada beli lagi sebungkus Kit Kat tu dan dapat cawan Mouse. Cawan ni pula kena dengan warna kegemaran Izzat plak. Okay laa tu, memasing dah ada cawan comel nih.


Comel kan cawan Kit Kat nih. Siap ada 2 gambar yang berbeza sebelah sini dan sana cawan. Sebelah macam kat cawan tu sebelah lagi macam kat bungkusan Kit Kat tu.

Bosan tengok gambar sebelah sini, kita pusing sebelah satu lagi kan.


makanan

Ghost Pepper Cottage Fries

1/28/2020 03:48:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ermm hari ni saja Eyda nak kongsikan apa yang Eyda dah makan gara-gara anak Eyda.

Minggu lepas Eyda ada laa ke 7 Eleven. Kimie nak membeli sesuatu yang pedas. Hantu pedas laa budak-budak nih.

Lepas dah ambil megi pedas, ada laa cashier nih bagitau ada keropok pedas. Salah satunya Ghost Pepper Cottage Fries. Macam-macam nak di Ghost Pepper kan.

Ghost Pepper

Balik rumah tu Kimie terus capai keropok tu. Nak tau masa mula Kimie makan dia cakap apa? "Ibu tak pedas pun kopok nih. Biasa ja rasanya." Amboi berlagak kau ya.

Lepas dia dah makan beberapa keping baru dia cakap, "Ibu, kopok ni kalau dah makan banyak baru nak rasa pedas, makin pedas laa." Hahaha baru dia tau. 

Eyda makan sekeping ja awal tu. Ada laa rasa pedasnya, Yelah orang yang tak tahan pedas memang macam ni kan.

Lepas beberapa ketika, masing-masing dah tak nak makan. Nak tak nak terpaksa laa Eyda habiskan keropok tu sorang-sorang. Tahan laa pedas sorang-sorang.

Kalau ikutkan keropok ni bila makan banyak-banyak tu terasa laa pedas lebih sedikit daripada keropok pedas biasa tu. Korang kalau jenis tahan pedas tu okay ja, mesti cakap ehh tak pedas mana pun. Tak gitu.

Apapun keropok ni hanya ada di 7 Eleven ja tau sebab kat bungkusan keropok pun ada tulis Esklusif di 7 Eleven.


acara larian

Corat Coret Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2019

1/21/2020 01:15:00 PM


Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2019

Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2019 atau singkatannya LHKSNS 2019 telah pun diadakan pada 17 November 2019 yang lalu.



Larian ini diadakan sempena meraikan hari keputeraan Sultan Nazrin Shah. Acara tahunan ini diadakan setiap tahun pada bulan November.

Larian yang sentiasa mendapat tempat di hati pelari. Ini kerana dalam masa kurang 2 jam, semua lebih kurang 6000 slot telah pun habis dijual.

Nampak tak masa screenshot ni

Larian antara yang termurah dengan juga meriah ini memang senantiasa dinantikan para pelari. Yelah RM35 untuk kategori 15km, manakala RM25 bagi kategori 10km dan tidak ketinggalan percuma bagi kategori 6.5km.

Bila yuran pun murah, apa lagi jarak larian 6.5km bagi kategori pelajar sekolah, jarak 10km dan juga 15km ini pun tidak menjadi masalah bagi para peserta.



Ini kerana pelari mempunyai masa 4 jam untuk berlari bagi kategori masing-masing. Jadi tidak hairanlah ada yang memakai pelbagai jenis pakaian termasuk maskot untuk larian ini. Semuanya ingin mengabadikan momen indah dalam larian ini.


Corat Coret Larian Hari Keputeraan Sulltan Nazrin Shah 2019.

Hari yang dinantikan telah pun tiba pada 17 November 2019 yang lalu. Kami beramai-ramai pagi tu naik ETS yang paling awal menuju ke Kuala Kangsar. Kami naik ETS pada jam 5.15 pagi.



Memang jadual masa ETS kali ini agak kelam kabut sikit berbanding pada tahun 2018 jadual ETS paling awal jam 4.45 pagi. Kami pagi tu solat di dalam surau ETS ja.

Sesampainya kami di stesen KTM Kuala Kangsar jam menunjukkan pukul 6.27 pagi. Masing-masing berkejaran ke Dewan Jubli berhampiran Dataran Pavilion untuk menyimpan beg masing-masing sebelum ke starting point di Dataran Pavilion.

Bagi kategori 15km acara dimulakan pada jam 6.50 pagi, manakala kategori 10km pada jam 7.00 pagi dan kategori pelajar sekolah pula pada jam 7.15 pagi.

Sentiasa mengambil laluan di sebelah kiri untuk melihat Sultan Nazrin Shah dari jarak dekat

Masa berlari tu ada sedikit gangguan, yelah pelari kategori 10km turut berada di garisan permulaan sama dengan pelari kategori 15km. Eyda dan juga Deana ingatkan pelari di depan kami lari dalam kategori yang sama, tapi masih berdiri di situ.

Bila nampak bib yang dipakai menunjukkan mereka tu pelari kategori 10km, kami terpaksa menyelit mencari ruang untuk garisan permulaan dan mula untuk berlari. Di situ saja kami dah rugi 10 minit. Tapi tak apa, masih ramai pelari lain yang senasib dengan kami.

Kimie pula berlari di dalam kategori pelajar sekolah hanya 6.5km. Untung dia berdiri sebelah anak Sultan Nazrin di garisan permulaan. Maka banyak gambar dia bersama anak Sultan Nazrin di dalam lensa kamera jurugambar.








Larian ini lebih bersifat santai, yelah sampai sini sana berhenti bergambar sekejap. Nampak tak ramai yang berjalan berbanding berlari.


Mari pakat bergambar dulu ya. Hahaha. Masing-masing mengambil peluang bergambar di sini.


Kali ini ada persembahan gendang cina dimainkan di sepanjang jambatan ini. Kiri kanan ada gendang cina ini dimainkan.

Ada persembahan gendang cina
Sempat lagi bergambar di hadapan mercu tanda Kuala Kangsar iaitu labu sayong. Depan simpang jalan pun jadi kerja kan.

Labu sayong mercu tanda Kuala Kangsar

Hampir sampai ke pemisah laluan 10km dan juga 15km. Bagi yang berlari 15km akan melalui kawasan kampung yang ada perusahaan labu sayung dan juga kawasan bendang.


Memasuki kawasan perkampungan ada banyak tempat menjual labu sayong. Di sini dapat dengar persembahan pak cik dan makcik ni.

Kalau ikutkan ada kuih muih yang disajikan oleh penduduk kampung, tapi masa melalui kawasan ini kebanyakkannya dah habis.


Banyak betul labu sayong di sini. Niat di hati nak pergi lebih dekat, tapi tengok ramai lelaki kat situ pula.

Labu sayong

Kampung Bukit Lada
Memasuki Kampung Bukit Lada, peserta larian boleh singgah bermain permainan tradisional yang ada di sini seperti congkak dan juga batu seremban.

Congkak

Batu seremban
Sejuk mata memandang keindahan sawah padi. Bendang yang terbentang luas menghijau, mendamaikan jiwa.


Sempat juga singgah bergambar dengan rakan larian.

Marilah kita memancing di dalam taliair. Ntah dapat ikan ke tak diaorang nih pun tak pasti. Tapi ada juga Eyda perasan ada ikan di dalam bekas dekat situ.

Selamat memancing
 Jom layan buskers pula.

Buskers

Okay baru 8km. Jauh lagi perjalanan.

Jom basahkan badan dengan pancuran air bomba

Makcik pakcik berkompang pula
Larian kami pada hari itu ada sepasang nih berpakaian berbaju melayu dan berbaju kurung moden. Kalau tak salah Eyda diaorang baru berkahwin beberapa bulan sebelum larian tersebut. 

Diaorang nih siap pakai baju pengantin lagi
Dapat laa lihat Istana dan juga Masjid Ubudiah daripada kejauhan.



Jom beratur ambil air kelapa. Panjangnya kena beratur. Tahun lepas dia buka dua tempat, kiri dan kanan. Kali ini sebelah jer, Eyda singgah ambil juga untuk berkongsi dengan Kimie.

Kalau tak mau singgah pun boleh, ikut kiri jer boleh lari terus ke depan. Kat sini banyak jugak Eyda bazirkan masa. Tapi sesekali nak minum air kelapa kan.

Beratur untuk air kelapa
Sungai Perak, dapat laa tengok pemandangan di sebelah sana sungai.


Seperti tahun sebelumnya, kat sini lokasi paling meriah sebelum ke garisan penamat. Macam ada di sini termasuklah makanan.




Kuih muih pun dah tak banyak. Yelah, banyak kumpulan di depan dah singgah makan.


Ehh ada bot kat sungai nih. Menarik kan.




Jom lalu ikut pancuran air tu sekali lagi. Tahun 2018 ada pancuran air kat sini jer. Tahun 2019 ada dua tempat.


Tak jauh dah, lagi 3km nak ke garisan penamat. Tapi masa nih dah rasa penat, kaki pun tak berapa bagus pula.


Terima kasih jurukamera sudi merakamkan gambar Eyda nih. Ingat lagi dia cakap " Lari cepat nanti tak mau ambil gambar". Hahaha acah-acah lari sikit masa nih.



Sesampai di garisan penamat selepas ambil semua goodies bag, apa lagi beratur pula untuk ambil finisher tee. Fuhh panjang jugak kena beratur sebab kena ambik keputusan larian dahulu sebelum boleh ambik baju finisher tee.

Penat juga beratur ambil nih. Untuk baju sekejap jer

Meriah goodies begnya

Comel jer medalnya, medal tahun lepas lagi besar.
Jom tengok perbezaan isi kandungan goodies bag 6.5km kategori pelajar sekolah dengan kategori 15km. Goodies bag untuk kategori 15km lebih meriah berbanding goodies bag pelajar sekolah 6.5km. 

Itu pun pelajar sekolah lebih untung sebabnya diaorang percuma. Dapat pelbagai barangan dan tidak ketinggalan t-shirt event selepas tamat larian.

Goodies bag peserta kategori 6.5km

Goodies bag peserta kategori 15km

Alhamdulillah dapat baju finisher tee pertama sepanjang berlari. Jadi laa kan dapat juga merasa ada finisher tee. Ermm baju finisher tee ini disediakan untuk peserta 15km dan ianya hanya ada 2 tahun sekali.

Jadinya bagi yang berhajat masuk kategori 15km pada tahun 2020 ini tiada baju finisher tee. Makanya jangan terkejut ya bagi yang baru nak sertai larian ini.

Finisher tee siap rasmi di hari balik

Sebelum naik ETS untuk balik sempat lagi bergambar kenangan beramai-ramai. Terima kasih abah Mahamad Awang sudi menaja kami pada hari tersebut.


Moga tahun 2020 ni dapat peluang lagi berlari di LHKSNS. Ermm nak pilih kategori apa pula ya tahun 2020 nih,


Blog yang Diikuti