Kemaskini Maklumat Vaksinasi di Aplikasi Mysejahtera

6/08/2021 08:56:00 AM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ni nak berkongsi apa yang baru di ruangan maklumat Vaksinasi Mysejahtera.

Ada lagi yang belum kemaskini? Kalau belum, kemaskini segera. Ada beberapa ruangan ditambah baik di ruangan vaksinasi.


Sebelum tu, meh jenguk apa maklumat yang telah di kemaskini di bahagian Vaksinasi Mysejahtera. 


Covid-19 Vaksinasi


Klik di ruangan Covid-19 Vaksinasi. Pilih di ruangan atas sekali pada nama anda yang dah didaftarkan.

Anda akan dapat paparan seperti dibawah ini.



Tekan pada maklumat pendaftaran jika anda ingin mengemaskini maklumat seperti dibawah ini.

✳️ Maklumat pendaftaran 
Bagi soalan nombor 2, jika anda tanda YA untuk ruangan mempunyai sebarang penyakit.

Ada maklumat yang ditambahbaik dalam perkara 2.1 Sejarah Penyakit Anda iaitu Kecenderungan Pendarahan dan Sejarah Alahan yang Teruk.

Jika anda mempunyai salah satu daripada penyakit tu sebaiknya tandakan. 

Ini membolehkan anda menerima vaksin yang sesuai dengan keadaan kesihatan semasa anda.



Ini pula ruangan yang dikemaskini dan ditambah baik dalam maklumat Vaksinasi.

✳️ Perlu kemaskini status mengandung atau menyusukan anak untuk memudahkan urusan menentukan vaksin yang sesuai. 


Selepas itu, anda akan menerima pengesahan tarikh terkini penilaian anda.


Maklumat terkini anda telah dikemaskini mengikut tarikh terkini anda kemaskini. 

Meh laa kita menunggu tarikh panggilan vaksin masing-masing. 

You Might Also Like

2 comments

  1. Saya lepas baca status Eyda tentang ni di Facebook tempoh hari, terus pergi update. Takut lupa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan bila tangguh takut lupa plak. Bagus jugak dia update macam tu, saya lately alergik teruk sampai tahap bengkak muka / mata.

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti