Resepi Asam Pedas Salmon

6/12/2021 08:10:00 AM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.  Eyda nak kongsikan resepi mudah yang Eyda masak dan makan kat rumah dengan anak-anak.

Mana laa tahu ada yang baru nak belajar masak kan. Eyda pun kadang masak guna bahan yang ada ja. Alhamdulillah rasanya juga tak menghampakan, sedap.


Resepi Asam Pedas Salmon

Dengar macam resepi kayangan laa plak kan. Kalau ikutkan boleh ja nak guna ikan apa pun asalkan korang suka. Tapi hari ni Eyda nak kongsi resepi Asam Pedas Salmon. Kali pertama guna salmon nih buat asam pedas.


Bahan-bahan

2 kepingan salmon

7 sudu besar cili kisar (ikut tahap kepedasan yang diingini)

1 mangkuk kecil asam jawa yang telah dibancuh

1 batang serai yang diketuk

Sedikit air

Minyak masak

Garam



Bahan Kisar

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 inci halia



Sayuran

1 biji tomato

7 biji bendi

Daun kesum



Cara memasak

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau.


2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Kemudan masukkan air asam jawa dan sedikit air (ikut tahap kepekatan kuah yang diingini).


3. Masukkan serai yang diketuk dan kepingan ikan salmon.


4. Setelah mendidih bolehlah masukkan tomato,  bendi, dan daun kesum. Jangan lupa masukkan sedikit garam.



5. Biarkan mendidih seketika, Siap untuk dinikmati.


Kalau bagi yang pernah makan salmon, rasanya tak kan lari walaupun korang masak dengan pelbagai menu sekalipun.

Apapun sedap asam pedas salmon nih. Lepas nih nak cuba masak asam pedas guna ayam atau daging laa plak. 

Tapi yang tu kena guna lengkuas dan daun limau purut. Daun kesum hanya sesuai guna dalam resepi asam pedas ikan saja. 

You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti