Resepi Mudah Daging Blackpepper

6/07/2021 08:47:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Lama tak menulis kat sini.

Sebagai permulaan nak kongsi laa resepi ringkas dan padat nih.


RESEPI DAGING BLACKPEPPER




Bahan

500gm daging (potong lawan urat)
1 biji bawang besar (saiz besar - separuh dipotong nipis atau ditumbuk kasar separuh lagi dipotong besar)
3 ulas bawang putih (boleh dipotong nipis atau ditumbuk kasar)
1 inci halia (dipotong atau ditumbuk kasar)
*Sos lada hitam
*Sos tiram
*Kicap manis pedas
*Kicap pekat manis
3 batang cili (diketuk)
Minyak masak
Sedikit air

Cara memasak

1. Ambil daging yang dah dipotong dan dibersihkan. Campurkan daging bersama bahan yang ditandakan dengan * dan kacau sebati. Perapkan selama 30 minit. Lagi lama lagi bagus.
2. Masukkan minyak masak untuk menumis bahan yang dipotong halus atau ditumbuk kasar.
3. Setelah naik bau, masukkan daging yang telah diperap tadi.
4. Masak seketika sehingga daging empuk. Tambahkan sedikit air untuk mengelakkan daging menjadi kering sementara menunggu daging empuk.
5. Masukkan bawang yang dipotong besar bersama cili yang diketuk dan dibiarkan seketika.
6. Siap untuk dimakan. (Jika masakan sedikit tawar, boleh dimasukkan sedikit garam dan gula).


You Might Also Like

4 comments

  1. Ini kalau diratah begitu sahaja pun sedap ni... tak pun makan dengan roti bakar. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Farrah, ratah saja pun sedap. Wah makan dengan roti, menarik jugak tu.

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti