Himalaya Bonnisan Membantu Meningkatkan Selera Anak
12/24/2021 12:41:00 PM
Bila kanak-kanak mula meningkat umur setahun dan ke atas, selera makan mereka makin menurun. Ketika itu ibu bapa mula memikirkan cara untuk mengembalikan selera anak-anak.
Ketika ini mereka lebih suka bermain berbanding makan. Waktu makan merupakan waktu sukar bagi ibu bapa untuk memujuk anak-anak untuk makan.
Ibu bapa pada ketika waktu makan ini tidak ubah seperti berada di medan perang. Mana taknya, jenuh kita berperang mental dan fizikal dalam memastikan kita berjaya suap makan makanan untuk anak-anak dalam tempoh ini.
Bab memilih makanan dan kurang selera makan merupakan antara masalah yang dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa. Hal ini termasuklah dengan Nuqman. Waktu makan memang waktu yang paling mencabar. Memang susah nak betul nak mengajak dia makan nasi dan jamah makanan yang lebih berkhasiat.
Tapi setelah mencuba Himalaya Bonnisan ni, aku memang perasan selera makan Nuqman kembali bertambah. Tak salah langkah aku mencuba Himalaya Bonnisan ni. Itu pun setelah melihat ramai kenalan dah mencuba untuk anak mereka yang kurang selera dan memilih makanan.
Himalaya Bonnisan adalah supplement berbentuk cecair. Produk ini selamat kerana ianya mempunyai kelulusan dari KKM dan pasti ianya 100% halal. Apa yang penting, ia selamat untuk kanak-kanak kerana ia menggunakan bahan-bahan semulajadi. Bahan-bahan terkandung dalam produk Bonnisan ni bebas daripada :
Alkohol
Klorofom
Opium
Sedative
Sodium bicarbonate
Antara kebaikan dan kelebihan yang ada di dalam Himalaya Bonnisan ini adalah seperti :
Memastikan pencernaan yang betul dengan penyerapan makanan yang baik
Mengurangkan kolik, kembung perut dan senak
Membantu menambahkan berat badan
Memastikan pertumbuhan gigi sihat
Meningkatkan pertumbuhan yang sihat dan menjamin kesejahteraan kesihatan
#BonnisanPilihanAnakku
#BonnisanJuara
#BonnisanForKid
#izzeydalife
0 comments
Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..