Himalaya Bonnisan Membantu Meningkatkan Selera Anak

12/24/2021 12:41:00 PM

 

Bila kanak-kanak mula meningkat umur setahun dan ke atas, selera makan mereka makin menurun. Ketika itu ibu bapa mula memikirkan cara untuk mengembalikan selera anak-anak.

Ketika ini mereka lebih suka bermain berbanding makan. Waktu makan merupakan waktu sukar bagi ibu bapa untuk memujuk anak-anak untuk makan.


Ibu bapa pada ketika waktu makan ini tidak ubah seperti berada di medan perang. Mana taknya, jenuh kita berperang mental dan fizikal dalam memastikan kita berjaya suap makan makanan untuk anak-anak dalam tempoh ini.


Bab memilih makanan dan kurang selera makan merupakan antara masalah yang dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa. Hal ini termasuklah dengan Nuqman. Waktu makan memang waktu yang paling mencabar. Memang susah nak betul nak mengajak dia makan nasi dan jamah makanan yang lebih berkhasiat.


Tapi setelah mencuba Himalaya Bonnisan ni, aku memang perasan selera makan Nuqman kembali bertambah. Tak salah langkah aku mencuba Himalaya Bonnisan ni. Itu pun setelah melihat ramai kenalan dah mencuba untuk anak mereka yang kurang selera dan memilih makanan.


Himalaya Bonnisan adalah supplement berbentuk cecair. Produk ini selamat kerana ianya mempunyai kelulusan dari KKM dan pasti ianya 100% halal. Apa yang penting, ia selamat untuk kanak-kanak kerana ia menggunakan bahan-bahan semulajadi. Bahan-bahan terkandung dalam produk Bonnisan ni bebas daripada :
➡️ Alkohol
➡️ Klorofom
➡️ Opium
➡️ Sedative
➡️ Sodium bicarbonate

Antara kebaikan dan kelebihan yang ada di dalam Himalaya Bonnisan ini adalah seperti :
✅ Memastikan pencernaan yang betul dengan penyerapan makanan yang baik
✅ Mengurangkan kolik, kembung perut dan senak
✅ Membantu menambahkan berat badan
✅ Memastikan pertumbuhan gigi sihat
✅ Meningkatkan pertumbuhan yang sihat dan menjamin kesejahteraan kesihatan


#BonnisanPilihanAnakku 
#BonnisanJuara
#BonnisanForKid
#izzeydalife

Essential Oil R.C

Essential Oil R.C

12/23/2021 04:02:00 PM

Bila bermalam kat hotel atau homestay memang aku sentiasa bawa bersama essential oil R.C selain essential oil yang lain.

Bukan apa, bila aku tidur dalam aircond mula laa resdung atau hidung tersumbat melanda diri. Terus rasa tak selesa nak tidur. Maunya terjaga berkali-kali daripada tidur.

Masa tu aku mesti ambik essential oil R.C ni sapu di bahagian zone T wajah. Tak lama lepas tu, aku akan rasa lebih selesa nak bernafas dan tidur pun lebih nyenyak.


Bagi yang mengalami masalah yang sama, meh keloi aku di https://wa.link/ikz5xe

#EssentialOilsRC #YoungLivingMalaysia #YoungLivingKulim #younglivingdistributor #izzeydalife

Kempen Kembali Ke Sekolah 'Cerahi Kehidupan Prihatin Bersama TOP' Kembali Lagi

12/22/2021 10:41:00 AM

Kempen Kembali Ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Muncul Semula Dengan Lebih Baik dan Besar Bagi Menyokong 333 Pelajar Sekolah Rendah 

Kejerihan ibu tunggal dalam menguruskan keluarga bersendirian di Malaysia semakin meruncing ketika pandemik COVID-19. Lebih 150,000 ibu tunggal telah mendaftar untuk mendapatkan bantuan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Satu kajian mendapati golongan ibu tunggal amat terkesan ketika pandemik ini memandangkan mereka merupakan individu utama punca pencarian, di samping memastikan kebajikan keluarga terus terpelihara. Bagi golongan ibu tunggal yang terkesan secara kewangan, musim kembali ke sekolah boleh menjadi tempoh yang sukar kerana mereka perlu mendapatkan keperluan bagi anak-anak bersekolah dengan perbelanjaan yang terhad.

Menyedari keperluan ini, kempen kutipan amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP (Brighter Future with TOP) kini kembali dengan lebih baik dan besar melalui kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), AEON, dan Shopee. Kempen ini bermatlamat untuk memenuhi keperluan persekolahan bagi 333 kanak-kanak daripada keluarga ibu tunggal bagi tahun persekolahan 2022.


JKM telah menyenarai pendek penerima bantuan kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga ibu tunggal yang kini menerima bantuan daripada pihaknya. JKM turut menyenaraikan mereka yang menjadi penjaga bagi ahli keluarga yang terlantar sakit atau golongan Orang Kurang Upaya. Selain daripada itu, Pihak TOP juga mengenalpasti keluarga yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan semasa pandemik melalui Media Massa. Keutamaan diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak yang bakal memulakan persekolahan Tahun Satu pada 2022. TOP telah menghubungi ibu-ibu tunggal ini untuk mendapatkan butiran berkenaan saiz pakaian dan barangan keperluan bagi 333 kanak-kanak terlibat.


Sebahagian daripada jualan produk sabun pencuci TOP tertentu di seluruh rangkaian AEON dan platform Shopee (melalui kedai rasmi Southern Lion) mulai 25 November hingga 26 Disember 2021 akan disalurkan untuk kelengkapan 333 pelajar sekolah rendah ini.

Kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada penerima ini termasuk uniform sekolah baharu, kasut, stoking, alat tulis, kotak pensil, dan pensil warna. Setiap keluarga juga akan menerima pek sabun pencuci TOP 2.3kg, sementara anak-anak menerima menerima mainan lembut dan buku ilustrasi eksklusif oleh penulis dan pengilustrasi terkenal yang telah merangkul pelbagai anugerah, Emila Yusof. Beliau telah menghasilkan lebih 40 buah buku kanak-kanak seperti siri Dina termasuk My Mother’s Garden, My Mother’s Kitchen, My Father’s Farm dan terbaharu, Dina’s Art Class.



TOP akan menghantar pek peribadi kembali ke sekolah ini kepada JKM di 12 negeri untuk diedarkan kepada keluarga ibu tunggal terpilih pada tahun depan, sebelum sesi persekolahan yang baharu bermula.

Sejak dimulakan pada tahun 2015, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP telah menyumbang keperluan persekolahan kepada 2,880 pelajar daripada 85 komuniti di seluruh negara, selain sumbangan berupa sabun pencuci TOP kepada penjaga dan keluarga.

Bersempena kempen kembali ke sekolah, jenama itu memperkenalkan sabun pencuci cecair TOP Gentle Care Advanced Micro-Clean Tech yang boleh menghilangkan 99.9% virus (COVID-19 dan Influenza A) dan bakteria.


TOP Gentle Care diformulasikan dengan Caring Touch Tech untuk penjagaan kulit yang menyeluruh. Dikuasakan dengan bahan aktif berasaskan tumbuhan yang bebas daripada lima perengsa yang menyebabkan kerengsaan kulit, ia sesuai digunakan untuk penjagaan kulit seluruh keluarga. Formula pH yang mesra kulit itu telah diuji secara dermatologi, dengan wangian sitrus yang harum berpanjangan. Sabun pencuci yang lembut kepada kulit ini menggunakan 3x Stain Busting Tech untuk menanggalkan kotoran degil secara berkesan dengan meresap jauh ke dalam serat fabrik bagi menghilangkan kotoran dan menghalangnya mencemari pakaian lain. TOP Gentle Care menggunakan Fibre Care Tech untuk melindungi pakaian dengan melembutkan fabrik pada peringkat serat bagi menjadikan pakaian tampak baharu dengan lebih lama.


Semasa pandemik, TOP telah banyak membantu mengurangkan beban pelajar Orang Asli dan keluarga mereka, golongan ibu tunggal, petugas barisan hadapan, pemberi vaksin dan golongan gelandangan menerusi sumbangan produk berjumlah RM600,000. Jenama tersebut turut menaikkan semangat menerusi lagu bertajuk ‘Bebas Melangkah’.

“Dalam kesukaran akibat pandemik yang melanda semua, rakyat Malaysia terbukti cekal dan mampu bangkit semula dengan menyokong mereka yang memerlukan. TOP berbangga untuk turut sama sebagai ahli Keluarga Malaysia ketika susah dan senang. Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP semakin penting buat masa ini kerana ia membantu mengurangkan beban keluarga ibu tunggal, dan menggalakkan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri untuk kembali ke sekolah. Kami memahami terdapat kanak-kanak yang berdepan dengan kebimbangan untuk kembali ke sekolah selepas sekian lama di rumah, oleh itu kami sumbangan kami turut disertakan dengan mainan lembut dan buku berilustrasi yang cantik oleh artis, penulis dan pengilustrasi buku terkenal Emila Yusof bagi membimbing kanak-kanak mengenai cara yang betul untuk mencuci tangan sebagai persediaan untuk kembali ke sekolah,” kata Ling Ai Li, Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Fabrik di Southern Lion Sdn Bhd.

Mengulas mengenai kerjasama tersebut, JKM mengucapkan terima kasih dan menyambut baik usaha murni pihak pengurusan TOP dalam menganjurkan inisiatif Cerah Kehidupan ini yang dapat memberi manfaat kepada mereka yang terkesan semasa pandemik Covid 19.”

Bagi Emila Yusof, kerjasama dengan TOP membolehkan beliau menyampaikan panduan mengenai kesihatan dan kebersihan diri kepada kanak-kanak yang masih menyesuaikan diri dengan perubahan hidup akibat pandemik melalui kisah seorang gadis bernama Kiki, yang menceritakan perjalanan hidup sehari-harinya bersama ibunya yang sentiasa berpesan untuk mencuci tangan dan pakaian.

“Kanak-kanak mengingati kisah sebelum tidur yang diceritakan ibu mereka sehingga mereka dewasa, dan ilustrasi bertindak sebagai peringatan visual bagi apa yang perlu mereka lakukan. Saya gembira apabila kerjasama dengan TOP mampu membantu menenangkan dan merapatkan hubungan ibu tunggal dengan anak-anak mereka,” kata Emila.

Dapatkan Buku Cerita Kiki Menentang Dunia Kuman secara PERCUMA dengan pembelian produk detergent TOP atau Kirei Kirei sebanyak RM45 dan ke atas.

Buku edisi terhad ‘Kiki Menentang Dunia Kuman’ oleh Emila Yusof akan dihadiahkan kepada semua penerima sumbangan Cerahi Kehidupan Bersama TOP. Orang awam boleh mendapatkan buku ilustrasi yang indah ini dengan membuat pembelian sabun pencuci TOP bernilai RM45 ke atas atau pencuci tangan Kirei-Kirei dalam satu resit di rangkaian AEON atau Kedai Shopee Southern Lion. Hantarkan bukti pembelian melalui Whatsapp ke 018-6688025 serta jawab satu soalan mudah. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/TOPdetergentMY.

“Ini adalah kali pertama kami bekerjasama dengan Shopee untuk kempen ini selepas kami menyedari semakin ramai pelanggan membeli produk secara dalam talian. Kami berharap ia akan dapat meningkatkan jumlah kutipan tabung bagi membolehkan lebih ramai kanak-kanak dibantu, selain 333 kanak-kanak yang dikenal pasti. Bantu kami untuk membantu lebih ramai ibu tunggal dan anak-anak mereka agar mereka dapat menikmati masa depan yang lebih cerah,” tambah Ling.

Untuk mengetahui tentang produk TOP serta kempen ini dengan lebih lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan 1800-88-0133.

Ningxia Red

Ningxia Red

12/21/2021 09:13:00 AM

Pagi ni Eyda minum 1 pek Ningxia Red nih untuk kekal bertenaga bekerja sepanjang hari. Bila badan rasa kurang cergas, Eyda akan ambil 1 pek Ningxia Red nih. Boleh jugak diminum 30ml bersamaan separuh pek Ningxia Red. 

Ningxia Red ini boleh dinikmati 30ml di waktu pagi dan 30ml di waktu malam. Tapi ianya boleh diambil mengikut keperluan diri masing-masing.



Tahukah korang antara manfaat Ningxia Red ni?

🍒Boleh membantu anda kekal awet muda dengan sumber kalsium, magnesium, vitamin B di dalam Goji.
🍒 Menyokong proses detoks yang membantu proses pencernaan yang baik.
🍒Menyokong kesihatan kardiovaskular, fungsi imun, hati dan meningkatkan fungsi penghadaman yang baik.
🍒Menyokong fungsi penglihatan yang baik dengan adanya kandungan jus dan essential oil yang tinggi.
🍒Mengawal nafsu makan secara terkawal.

Ningxia Red ini didatangkan dalam 2 jenis sama ada botol 750ml atau pek mudah dibawa 60ml. Ada yang nak merisik boleh ke https://wa.link/ikz5xe

#NingxiaRed #YoungLivingKulim #younglivingdistributor #izzeydalife



produk kecantikan

Wajah lebih muda dan runcing dengan Safi Youth Gold

11/30/2021 10:32:00 AM

Bila makin meningkat umur, kita kena lebih menitik beratkan penjagaan diri terutamanya penjagaan wajah.

Tahukah anda bahawa masalah dagu berlapis, kulit wajah mulai kendur dan kurang anjal merupakan tanda-tanda penuaan.

Hal ini kerana bila kulit wajah semakin kehilangan kolagen ia boleh menyebabkan kulit di bahagian dagu, muka dan leher menjadi semakin longgar, kurang anjal dan kendur. 


Tapi kini kita tak perlu risau lagi dengan adanya SAFI Youth Gold (SYG) yang terdiri dari 2 produk utama iaitu SAFI Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dan SAFI Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser.

Ia boleh membantu kurangkan masalah dagu berlapis ini. Ianya terbukti secara klinikal dapat mengurangkan 50% dagu berlapis seawal 15 minit lepas penggunaan. Wah, hebat bukan?


Diformulasi dengan Teknologi Golden C-Lift , kombinasi Vitamin C yang diperkuatkan lagi dengan Nano Emas 24K yang lebih berkesan dari Vitamin C biasa. Formulasi ini tidak melekit dan berminyak, malah mudah meresap dan selesa pada kulit.


Ia juga diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives, gabungan Golden C dan Ceramide untuk memberi 7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit:

❤️ Menegangkan kulit

❤️ Meningkatkan keanjalan

❤️ Mengurangkan garis halus dan kedutan.

❤️ Meningkatkan kelembapan kulit.

❤️ Melindungi kulit dari pengoksidaan

❤️ Meningkatkan kehalusan kulit

❤️ Memperbaiki kulit rosak. 

Bukan itu saja kita boleh tampil lebih muda dari usia dengan kulit lebih anjal, halus dan berseri keemasan dengan dagu dan wajah yang runcing serta tirus. Jom cuba! Dapatkan SYG ini di semua cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring serta laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee & Lazada.


Lifting Golden C Duo Serum - https://bit.ly/3izM0fm ( RM59.00 )


Lifting 24K Serum Cleanser - https://bit.ly/3FpssEj ( RM19.80 )


Instagram - @safimalaysia 

Facebook - SAFI

Twitter - @SAFImalaysia

Youtube – SAFI Malaysia


#SafiYouthGold 

#SafiMalaysia 

#SkincareMalaysia

#izzeydalife

Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2021 Menyokong Kehidupan, Menggalakkan Penjagaan Kesihatan dan Membantu Kelangsungan Hidup 3 NGO di Kedah & Perlis

10/28/2021 10:39:00 AM


Pandemik COVID-19 merupakan satu tempoh yang amat mencabar kepada semua, dengan organisasi-organisasi kebajikan merupakan antara pihak yang paling terkesan ekoran pengurangan sumbangan daripada sektor korporat dan masyarakat awam.


Ayam Brand™, satu jenama makanan sihat dan mudah dalam tin yang terkenal dengan kualiti, tanpa penggunaan bahan pengawet dan MSG tambahan, terus memberi sokongan kepada rakyat Malaysia dengan penganjuran semula Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand 2021. Bertemakan #AyamBersamaMu, ia menggalakkan pilihan gaya hidup yang lebih sihat menerusi konsep 3S dalam Pinggan Sihat Malaysia, membantu kelangsungan hidup melalui program #AyamFutureCreator, pada masa sama menyumbang bekalan selama dua bulan produk Ayam Brand kepada rumah-rumah amal yang mengambil bahagian.




 

Kempen yang diadakan secara maya dan mematuhi SOP bagi memelihara keselamatan dan kesihatan peserta, ini membenarkan pakar pemakanan dari Hospital Pakar KPJ Damansara dan usahawan serta pencipta kandungan terkenal berusia 18 tahun, Arianna Natasha dari Arianna Kitchen, untuk berinteraksi dengan kanak-kanak di seluruh negeri.

 

Usaha ini akan membantu dan mendidik 1,500 kanak-kanak dari 32 rumah amal di seluruh Malaysia, selain turut menyediakan 230,000 hidangan Ayam Brand yang sihat kepada mereka. Antara penerima sumbangan berkenaan adalah 125 kanak-kanak dari Pusat Jagaan Teratak Rahmat, Perlis, Pusat Jagaan Superkids, Kedah dan Pertubuhan Kebajikan Rumah Mentari, Kedah.  




 

Menurut Pengurus Besar Ayam Brand™, Cik Chin Lee Foon, kempen CSR yang kini memasuki tahun ke-14 itu, telah menyumbang lebih 2 juta sajian sihat kepada lebih 25,000 individu dari 539 rumah amal dan NGO.

 

“Terdapat penekanan lebih dalam menyediakan makanan kita sendiri, memberi tumpuan kepada kepentingan kesihatan tubuh dan mental. Pasukan Ayam Brand memberi pertimbangan terhadap faktor-faktor ini dalam membentuk kempen #AyamBersamaMu agar ia bertepatan pada masanya, bersifat relevan dan berguna kepada semua peserta dengan memberikan asas dalam amalan pemakanan yang sihat dan memberikan ilham agar berupaya menjadi pencipta kandungan yang bagus pada masa hadapan dan pada masa sama menyediakan sokongan ketara menerusi sumbangan bekalan selama dua bulan berupa produk Ayam Brand kepada setiap rumah amal yang mengambil bahagian. Tambahan lagi, para peserta #AyamFutureCreator berpeluang untuk memenangi RM6,000 dalam bentuk pelan simpanan SSPN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).” ujar Cik Chin.

 

Setiap rumah amal yang mengambil bahagian menerima kit permulaan #AyamBersamaMu yang terdiri daripada peralatan dapur, aksesori pencahayaan dan rakaman serta produk Ayam Brand untuk membantu permulaan pengalaman mereka menjadi pencipta kandungan. Bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan turut merangkumi pilihan kegemaran kanak-kanak yang kaya dengan protein dan mengandungi Omega-3 khasnya Tuna Mild dan Pedas Ayam Brand, Saba Deli Natural Ayam Brand serta Kacang Panggang Keju Ayam Brand.

 

Ayam Brand™ menekankan sumbangan produk-produk sardin, mackerel dan tuna memandangkan kebanyakan rumah kebajikan kekurangan sumber yang mencukupi Omega-3 iaitu asid lemak yang penting tetapi tidak mampu dihasilkan oleh tubuh. Omega-3 membantu mencegah penyakit berkaitan jantung; menggalakkan aktiviti saraf yang sihat; menyokong penyerapan vitamin; memelihara sistem imunisasi yang baik dan menggalakkan perkembangan sel- sel di dalam badan termasuk perkembangan penglihatan dan otak kanak-kanak.



 

 

Pasukan Perkhidmatan Pemakanan KPJ Damansara mengelolakan bengkel maya berkenaan Pinggan Sihat Malaysia, atau lebih dikenali sebagai #SukuSukuSeparuh, yang mengesyorkan setiap sajian terdiri daripada suku bahagian protein, suku bahagian karbohidrat kompleks dan separuh bahagian sayur-sayuran serta buah-buahan berdasarkan saiz tangan, genggaman dan tapak tangan. Panduan mudah dilihat ini boleh membantu amalan pemakanan sihat individu sepanjang hayatnya.

 

Kami sentiasa percaya bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, kami komited dalam mendekati komuniti dan berkongsi pengetahuan kesihatan yang penting. Kita perlu mula mengajar golongan muda berkenaan amalan kehidupan sihat, khususnya ketika pandemik. #SukuSukuSeparuh mudah difahami dan diikuti golongan dewasa mahupun kanak-kanak untuk mereka menjalani hidup yang lebih baik.” kata Cik Rushda Adiba Ismail, Pakar Pemakanan Kanan di Hospital Pakar KPJ Damansara.

 

Pertandingan Pamerkan Pinggan Sihat Anda telah memperlihatkan pasukan-pasukan dari setiap rumah amal menyediakan hidangan sihat berpandukan konsep #SukuSukuSeparuh. Satu pasukan akan dinobatkan sebagai johan setiap negeri dan akan menerima trofi kemenangan, sijil penyertaan dan cenderahati dari Ayam Brand. Rumah kebajikan lain juga akan menerima sijil penyertaan dan cenderahati.




 

Arianna Natasha, Pengasas Arianna Kitchen dan pencipta kandungan terkenal yang berusia 18 tahun, dan mempunyai hampir 4,000 pengikut atau followers di Instagram telah memastikan bengkel #AyamFutureCreator menarik dan mudah diikuti para peserta muda.

 

Saya harap program seumpama ini ada ketika saya mula menjadi pencipta kandungan. Membentuk kandungan yang menarik melibatkan usaha keras yang memerlukan kemahiran, kesabaran dan kreativiti. Program #AyamFutureCreator boleh menjadi permulaan kerjaya dan perniagaan bagi kanak-kanak ini, sekali gus membantu menjana pendapatan kepada mereka.” ujar Arianna sambil memaklumkan bahawa sandwic Ayam Brand merupakan antara snek terawal beliau pelajari semasa kecil. “Ianya amat mengagumkan kerana saya dapat bekerjasama dengan salah satu jenama kegemaran saya dan dapat membimbing yang lain”.

 

Peraduan #AyamFutureCreator memerlukan kumpulan kanak-kanak menghasilkan sebuah video masakan selama 1 hingga 3 minit dengan menggunakan rangkaian produk Ayam Brand dan prinsip Pinggan Sihat Malaysi#SukuSukuSeparuh, berdasarkan tutorial oleh Arianna. Kanak-kanak terlibat perlu merakam, edit, tag, meletakkan tanda pagar dan mempromosikan video mereka di laman sosial untuk mengasah kemahiran sebagai pencipta kandungan. Arianna, pasukan Ayam Brand dan Pakar Pemakanan KPJ Damansara akan menentukan para pemenang yang berpeluang memenangi pelan simpanan SSPN PTPTN yang berjumlah RM6,000.




 

“Sebagai langkah mematuhi SOP yang ditetapkan, kami tidak menganjurkan sebarang acara sejak tercetusnya pandemik Covid-19. Tentunya kanak-kanak amat gembira apabila kami mengaturkan acara maya  #AyamBersamaMu. Mereka amat menyukai bengkel #SukuSukuSeparuh kerana dapat mempelajari perancangan pemakanan, para dewasa juga menyukainya. Mereka sukakan bengkel  #AyamFutureCreator kerana kesemuanya ingin menjadi pencipta kandungan yang terkenal suatu hari nanti. Kami berterima kasih kepada Ayam Brand™  kerana menyokong pihak NGO bertahun-tahun lamanya. Kami amat gembira kerana terpilih menerima bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan, khasnya pada ketika ini sumbangan adalah amat terhad. Kami amat menghargai Ayam Brand™ kerana sentiasa bersama kami dan menjaga kebajikan komuniti,” jelas Cik Phoebe Tan dari Pusat Jagaan Superkids.

 

“Saya perlu memakan lebih sayur, buah-buahan, protein dan Omega-3 untuk jadi lebih sihat, tinggi dan kuat. Saya rasa saya mampu menang pertandingan #AyamFutureCreator dan memulakan perniagaan macam Kak Ary. Terima kasih Ayam Brand kerana membantu saya menjadi pencipta kandungan!” kata salah seorang peserta.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kempen CSR #AyamBersamaMu dan program #AyamFutureCreator, layari laman https://www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia.





 

Hotel yang Menarik untuk Menginap di Malaysia

6/30/2021 10:03:00 AM

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pejam celik pejam celik dah separuh tahun kita di tahun 2021. Sekejap jer masa berlalu kan. 

Bila difikirkan, lamanya tak bercuti. Yelah tahun 2021 ni banyak sangat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diadakan. Apapun kita terpaksa akur arahan kerajaan bagi mengurangkan penularan jangkitan virus Covid 19.

kredit metro

Seingat Eyda sepanjang PKP 1.0 sehingga sekarang, Eyda sempat juga beberapa kali membawa anak-anak bercuti dan menginap di hotel.

Alhamdulillah dapat juga kami berehat badan dan minda sambil menjana kembali ekonomi negara terutamanya sektor pelancongan.

Tak sangka kan bila Covid 19 melanda negara kita bermula sekitar bulan Februari 2020 sehingga kerajaan terpaksa mengumumkan PKP pada 18 Mac 2020 bagi membendung penularan dalam negara.  

Ia sedikit sebanyak  memberi impak yang besar kepada pelbagai industri termasuklah industri pelancongan. Banyak juga hotel yang telah pun beroperasi setelah sekian lama terpaksa menutup terus operasi.

Setelah banyak sektor dibuka semula 10 Jun 2020, pengusaha hotel dapat menarik nafas lega. Ada yang menawarkan pelbagai tawaran termasuklah harga diskaun bilik. Hal ini dapat juga menarik pelancong tempatan untuk menginap di hotel yang menarik.

Kali pertama Eyda bercuti selepas Covid 19 melanda negara ialah pada bulan Julai tahun 2020. Eyda bawa anak-anak bercuti sambil raikan birthday anak yang kedua di Royale Signature Hotel, Alor Setar, Kedah. 


Hotel ini bertaraf 3 bintang, tapi ianya juga sesuai dijadikan sebagai lokasi untuk berbulan madu. Tidak ketinggalan ianya juga selesa untuk menginap seisi keluarga.

Kalau nak tau, hotel ini terletak berhampiran Aman Central dan juga Menara Alor Setar. Alhamdulillah melalui tingkap  bilik kami tu kami dapat pemandangan Menara Alor Setar. Cantik bila dapat melihat Menara Alor Setar dengan pelbagai warna lampu yang bertukar-tukar selang seminit dua. 

Bilik hotel ini juga dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan bilik yang biasa termasuklah tab mandi. Menarik bukan? Boleh juga berendam sambil manjakan diri. 

Alhamdulillah dalam tempoh pelbagai PKP, PKPB dan PKPP berjalan, kami berpeluang lagi menginap di hotel dalam Pulau Pinang.  

Kali ini kami ke Bayview Beach Resort, Batu Feringghi. Hotel ini bertaraf 4 bintang. Lokasinya di tepi pantai Batu Feringghi memang menarik untuk menginap. Hotel ini memang sesuai menginap untuk seisi keluarga. 


Kenapa Eyda kata sesuai seisi keluarga? Kalau nak tau, kolam yang ada di hotel ini ada untuk semua lapisan peringkat umur. Ada kolam sesuai untuk bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tidak ketingggalan warga emas. Best tak best? Mesti laa best kan. Selain tu, ada taman, pondok dan kerusi untuk kita berehat.

Di sini juga disediakan laluan yang boleh terus ke tepi pantai. Kita dapat mandi manda di laut dan juga menikmati aktiviti sukan laut dan tidak ketinggalan menunggang kuda.

Kita juga dapat menikmati keindahan laut sambil melayan angin sepoi-sepoi bahasa dari terbit matahari sehingga terbenamnya matahari. 

Bukan tu saja, selain kita menempah makanan yang disediakan di hotel. Kita juga boleh mendapatkan makanan yang sedap dengan harga berpatutan di kedai makan bertentangan dengan hotel. Kita juga tak perlu memandu keluar atau menempah melalui perkhidmatan penghantaran makanan. 

Itu antara hotel yang menarik dengan harga mampu menginap yang ada di Kedah dan Pulau Pinang. Banyak lagi hotel lain yang menarik ada di Malaysia.

Bagi yang berada di sekitar Kuala Lumpur  jangan risau, korang boleh cuba Staycation KL di hotel yang berhampiran. Korang boleh ja pilih di Staycation KL sebaik saja PKP membenarkan sektor pelancongan dibuka semula.

Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

Memandangkan banyak pilihan hotel sekitar Kuala Lumpur, bagaimana pula dengan negeri yang lain?

Penduduk Perak jangan pula berkecil hati, kalau korang sukakan lokasi penginapan berhampiran laut di dalam pulau, apa kata korang pilih Pangkor Laut Resort yang terletak di Pulau Pangkor.  


Lokasi penginapan ini dengan pemandangan yang indah dan tenang patut jadi antara pilihan lokasi percutian korang sekeluarga. 

Tempat yang paling menarik dengan pelbagai hotel menarik dan mewah di Port Dickson, Negeri Sembilan ialah Grand Lexis Port Dickson


Satu-satunya hotel yang menyediakan private pool di dalam setiap bilik. Ianya pasti memberikan privasi yang tersendiri kan.





Resepi Asam Pedas Salmon

6/12/2021 08:10:00 AM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.  Eyda nak kongsikan resepi mudah yang Eyda masak dan makan kat rumah dengan anak-anak.

Mana laa tahu ada yang baru nak belajar masak kan. Eyda pun kadang masak guna bahan yang ada ja. Alhamdulillah rasanya juga tak menghampakan, sedap.


Resepi Asam Pedas Salmon

Dengar macam resepi kayangan laa plak kan. Kalau ikutkan boleh ja nak guna ikan apa pun asalkan korang suka. Tapi hari ni Eyda nak kongsi resepi Asam Pedas Salmon. Kali pertama guna salmon nih buat asam pedas.


Bahan-bahan

2 kepingan salmon

7 sudu besar cili kisar (ikut tahap kepedasan yang diingini)

1 mangkuk kecil asam jawa yang telah dibancuh

1 batang serai yang diketuk

Sedikit air

Minyak masak

Garam



Bahan Kisar

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 inci halia



Sayuran

1 biji tomato

7 biji bendi

Daun kesum



Cara memasak

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau.


2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Kemudan masukkan air asam jawa dan sedikit air (ikut tahap kepekatan kuah yang diingini).


3. Masukkan serai yang diketuk dan kepingan ikan salmon.


4. Setelah mendidih bolehlah masukkan tomato,  bendi, dan daun kesum. Jangan lupa masukkan sedikit garam.



5. Biarkan mendidih seketika, Siap untuk dinikmati.


Kalau bagi yang pernah makan salmon, rasanya tak kan lari walaupun korang masak dengan pelbagai menu sekalipun.

Apapun sedap asam pedas salmon nih. Lepas nih nak cuba masak asam pedas guna ayam atau daging laa plak. 

Tapi yang tu kena guna lengkuas dan daun limau purut. Daun kesum hanya sesuai guna dalam resepi asam pedas ikan saja. 

Blog yang Diikuti