Inflasi Jadikan Pasaran 2022 Perlahan, Usahawan Perlu Pantas
2/12/2022 08:25:00 AMInflasi Jadikan Pasaran 2022 Perlahan, Usahawan Perlu Pantas
Percaya atau tidak, harga teh ais yang dijual di kedai mamak sahaja boleh mencecah RM 4.50 suatu masa nanti. Sekarang, harga teh ais dalam lingkungan RM 2 dan RM 3 tapi pada masa dahulu pula, harga teh ais adalah RM 1.20.
Kenapa harga teh ais meningkat?
Sama juga seperti makan roti canai yang bernilai RM1.80 sekeping, sedangkan dahulu hanyalah RM 0.60 sekeping. Inilah yang dikatakan inflasi. Kenaikan harga yang berlaku dalam masa tempoh tertentu.
Inflasi pengaruh usahawan dalam sesebuah perniagaan dimana usahawan akan mengalami kesukaran apabila terpaksa menaikkan harga barang perniagaan. Namun begitu, usahawan juga tidak boleh menaikkan harga sesuka hati.
Menjadi kesalahan besar sekiranya usahawan menaikkan harga sesuka hati. Tetapi ada caranya untuk menaikkan harga barang perniagaan tersebut. Perlu kita ketahui bahawa bukan semua barang yang akan naik harga. Kadar inflasi atau fenomena inflasi ini menyebabkan barang-barang yang tertentu sahaja naik harga.
Akibat Fenomena Inflasi
- Pasaran 2022 perlahan
- Orang tidak membeli dengan mudah
- Orang akan memilih untuk membeli
- Orang tidak membeli sebarangan
- Orang berhati-hati untuk membeli
- Orang berfikir dahulu sebelum melaburkan wang
Menurut sumber astroawani,
William dalam Forum Prospek Ekonomi Dan Strategik Malaysia 2022 berkata bahawa mereka menjangkakan inflasi berada di sekitar 1.6 peratus di mana ia mungkin meningkat perlahan-lahan. Tetapi ia akan berada di bawah dua peratus menjelang akhir 2022 dan mereka menjangkakan ia kembali normal sekitar dua peratus.
Sedar atau tidak fenomena inflasi ini mempengaruhi para usahawan. Dengan kenaikan harga yang berlaku, usahawan perlu pantas bertindak. Jangan jadikan alasan pasaran perlahan menyebabkan bisnes terpaksa ditutup dan sukar membuat hasil.
Perkongsian Datuk Wira Dr Azizan Osman
Berikutan itu, pakar pemasaran Asia nombor satu telah berkongsi akan fenomena inflasi kenaikan harga yang berlaku di Malaysia. Datuk Wira Dr Azizan Osman yang merupakan pengasas Richwork International Sdn Bhd berkata sekiranya pasaran perlahan, maka usahawan harus pantas.
“Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.
Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.
Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.
Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.
Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.
Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?
Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.
Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!
Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.
Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.
Jika tidak bertindak dengan lebih agresif, keadaan ini akan membunuh perniagaan usahawan tersebut. Sama kisahnya seperti seorang pemilik syarikat yang berhadapan dengan syarikat muflis dan bakal ditutup, sedangkan mereka telah mempunyai kilang di China tetapi masih mereka tidak tahu membuat strategi pemasaran.
Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.
Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.
Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.
Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.
Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.
Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?
Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.
Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.
Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.”
Tindakan Usahawan Perlu Lakukan
- kenalpasti pasaran masing-masing
- Kenal pasti tindakan yang memberikan hasil
- Plan strategi perniagaan yang berkesan
- Pastikan ilmu perniagaan sangat kukuh
- Bersedia dengan sebarang kemungkinan
Jangan terus ditimpa fenomena inflasi tetapi usaha lebih gigih lagi untuk atasi masalah kenaikan harga. Walaupun dalam situasi seperti ini, mempunyai rakan usahawan sangat penting supaya dapat berkongsi maklumat penting dan ilmu.
Jom Sertai Sesi Live 10 Perspektif Cabaran Bisnes 2022
Untuk pengetahuan anda, RichWorks membuka peluang menganjurkan Program Live Session Telegram bersama Datuk Wira Azizan Osman pada setiap hari Ahad jam 8 pagi secara Voice Chat.
Usahawan dan semua yang berminat dijemput sertai bagi perbincangan berkaitan 10 cabaran bisnes selepas pandemik dan 2022. Bisnes ketika ini adalah tidak mudah, maka anda perlu tahu cara atasinya.
Jom sertai telegram Azizan Osman Official sekarang. Pastikan anda tidak terlepas info menarik.
0 comments
Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..