Eskayvie

Eskayvie Mindtropic Bantu Tingkatkan Kesihatan Minda Dengan Tidur Yang Lebih Lena

12/23/2022 12:51:00 PM

Eskayvie Mindtropic Bantu Tingkatkan Kesihatan Minda Dengan Tidur Yang Lebih Lena


Siapa kat sini pengguna produk-produk daripada Eskayvie? 


Aku yakin ada di antara pembaca blog ni merupakan pengguna produk keluaran Eskayvie. Antara produk yang terlaris di pasaran keluaran Eskayvie adalah Eskayvie Diffenz yang sangat popular ketika Pandemik Covid-19 yang lepas dan sehingga kini Eskayvie Diffenz masih lagi mendapat permintaan kerana manfaatnya yang meningkatkan sistem imun badan melawan serangan virus.


Sejak seluruh dunia diserang virus jahat Covid-19, ramai yang telah dijangkiti dan menjadi korban. Walaupun kita dah lama masuk ke fasa Endemik, namun sehingga hari ini masih ramai lagi yang dijangkiti dengan Covid-19 dan angka mereka yang dijangkiti masih lagi tinggi mencecah 4 angka setiap hari.


Brain Fog Disebabkan Long-Covid


Bagi mereka yang pernah dijangkiti dengan Covid-19, ada di antara mereka yang mengalami Long-Covid walaupun telah sembuh daripada Covid-19. Tak semua bekas pesakit Covid-19 ni bebas sepenuhnya daripada gejala Covid.



Apakah Long-Covid? Bagi yang tidak tahu, Long-Covid ini adalah gejala yang dialami bekas pesakit Covid-19 secara berterusan walaupun selepas pulih daripada Covid-19. Bekas pesakit Covid-19 berkemungkinan mengalami gejala-gejala berterusan bagi tempoh 12 minggu atau lebih selepas pulih.


Antara gejala yang dialami oleh bekas pesakit Covid-19 ini adalah batuk berterusan, brain fog yang menyebabkan cepat lupa, susah nak fokus bila buat sesuatu perkara, lambat pickup dan sukar untuk tidur malam. Bila sukar nak tidur malam ni boleh menyebabkan masalah kemurungan dan anxiety.  


Kita memang memerlukan tidur yang secukupnya iaitu waktu tidur 8 jam untuk otak dan badan berehat selepas penat melakukan aktiviti pada waktu siang. Bila otak dan badan tak dapat rehat yang secukupnya itu yang menjadikan badan cepat letih, tak bertenaga, lesu, tak ada mood, cepat marah, tidak fokus dan bermacam-macam lagi la dan paling teruk ia boleh menyebabkan masalah kemurungan dan anxiety.


Aku ada seorang kenalan yang ada gejala Long-Covid selepas dia sembuh daripada Covid-19. Memang kehidupan dia berubah selepas dijangkiti Covid-19. Antara gejala yang dialami adalah kerap batuk, cepat lupa akibat brain fog dan susah nak fokus bila buat sesuatu. Serius jahat virus Covid-19 ni! Dah sembuh pun masih lagi alami gejala dan kesan yang berpanjangan. 


Eskayvie Mindtropic Bantu Tingkatkan Kesihatan Minda


ESKAYVIE MINDTROPIC BANTU ANDA TIDUR LEBIH LENA / KESAN MINDTROPIC KEPADA  ORANG ANXIETY/ STRESS BERKURANGAN/ LEBIH FOKUS & TIDUR BERKUALITI


Menyedari masalah yang dihadapi oleh bekas pesakit Covid-19 yang alami Long-Covid ini, Eskayvie telah menghasilkan produk terbarunya iaitu Eskayvie Mindtropic yang diformulasikan oleh Formulator Produk Kesihatan Terlaris Di Malaysia, Eskayvie Diffenz iaitu Dr Syid Ayob, seorang doktor perubatan yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan. 


Eskayvie Mindtropic ini dicipta khas untuk mengatasi masalah sukar tidur serta untuk dapatkan tidur yang lebih lena. Selain itu juga ia mampu merangsang perkembangan otak, menguatkan memori dan banyak lagi. 


Eskayvie Mindtropic dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan utama 100% semula jadi. Kat bawah ni aku senaraikan bahan-bahan utama yang ada dalam Eskayvie Mindtropic. 


5 BAHAN UTAMA ESKAYVIE MINDTROPIC


Phosphatidylserine




  • Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung. 

  • Faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi sehingga menjejaskan kesihatan minda.

  • Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA daripada usia sebenar. 

  • Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak seperti neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir berada pada tahap optima.


Ashwagandha KSM-66




  • Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan.

  • Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).

  • Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression.

  • Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.


Bacopa Monnieri




  • Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat. 

  • Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog.

  • Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.

  • Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.


Magnesium


  • Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan dan berfungsi melindungi otak. 

  • Menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.

  • Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).


Selenium




  • Tinggi kesan antioksidan dan antiradang yang melindungi otak daripada kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb.

  • Menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.


Kelebihan Eskayvie Mindtropic




  • 100% Bahan Semula Jadi

  • Rasa Tropika Yang Enak

  • Tanpa Perasa & Pewarna Tiruan

  • Tanpa Gula Tambahan

  • Pengiktirafan Kilang oleh European Quality Award


Manfaat Eskayvie Mindtropic


May be an image of 1 person and text



  1. Mengatasi gejala Brain Fog

  2. Merangsang perkembangan sel otak

  3. Menguatkan memori

  4. Lebih fokus dan meningkatkan daya tumpuan

  5. Menjadikan mood & emosi lebih terkawal

  6. Membantu dapatkan tidur yang lebih lena

  7. Menjadikan lebih ceria & gembira

  8. Meningkatkan kesihatan tulang & otot


Siapa Yang Perlukan Eskayvie Mindtropic?


ESKAYVIE MINDTROPIC BANTU MERAWAT GEJALA SUKAR TIDUR DAN STRES


  • Mereka yang alami stres dan sering stres

  • Mereka yang mengalami anxiety dan kemurungan

  • Mereka yang ada masalah susah nak ingat dan cepat lupa

  • Mereka yang sukar nak fokus

  • Mereka yang sukar nak tidur dan ada masalah insomnia

  • Mereka yang mengalami gejala kabut otak (brain fog)

  • Pesakit neurodegeneratif


Cara Pemakanan Eskayvie Mindtropic



Cara pemakanan untuk orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas, disyorkan untuk ambil 1 tablet, 2 kali sehari selepas makan.


Manakala bagi kanak-kanak yang berumur 13 hingga 17 tahun pula disyorkan ambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi.


Cara penyimpanan: Simpan di bawah suhu 30°C dan lindungi daripada cahaya dan kelembapan.


Feedback Pengguna Eskayvie Mindtropic


Berikut adalah feedback pengguna Eskayvie Mindtropic. Korang boleh lihat dan nilaikan sendiri apa kata mereka yang dah cuba Eskayvie Mindtropic ni.



Masalah cepat lupa semakin pulih dan ada peningkatan selepas cuba Eskayvie Mindtropic. Masalah susah nak tidur pun dapat diatasi.



Anak hilang ingatan akibat kecederaan pada otak akibat kemalangan, ingatannya semakin pulih dan kuat selepas cuba Eskayvie Mindtropic. Ibunya juga yakin dengan Mindtropic boleh bantu mempercepatkan proses penyembuhan anaknya. Syukur sangat-sangat.



Perkongsian dari En Fadly Shah berumur 47 tahun yang sebelum ini beliau sering lupa rakaat dalam solat akibat brain fog telah pulih selepas mengamalkan Eskayvie Mindtropic.


Pentingnya Eskayvie Mindtropic Dalam Kehidupan Seharian



Tidur malam yang berkualiti akan menentukan sama ada kita berasa lebih bertenaga atau sebaliknya pada esok hari. Apabila kita mendapat rehat yang mencukupi, secara tidak langsung kita akan lebih produktif.


Tetapi, jika kita mengalami kesukaran untuk tidur sepanjang malam, pasti keesokan harinya, badan akan rasa ‘lemau’, letih, malah bad mood! 


Tidur memainkan peranan yang cukup penting dalam kehidupan seseorang individu. Namun, data kajian menunjukkan anggaran sebanyak 30% ke 45% daripada golongan dewasa menderita masalah insomnia!


Eskayvie Mindtropic dapat membantu mereka yang alami masalah insomnia atau sukar tidur ni untuk mudah tidur dan mendapatkan tidur yang lebih lena. 


Jadi mereka yang ada masalah sukar tidur tu memang wajib dapatkan Eskayvie Mindtropic ni. Lagi-lagi bekas pesakit Covid-19 yang alami gejala Long-Covid.


Yang penting kita ikhtiar memulihkan masalah yang dialami untuk kehidupan yang lebih baik bagi. Bagi meneruskan dan menghadapi kehidupan yang mencabar masa kini, kita perlu sentiasa bertenaga serta ceria setiap hari. Jangan stress-stress!


Kepada korang yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai Eskayvie Mindtropic boleh layari laman web dan sosial media Eskayvie dibawah.


Website: www.eskayvie.com 

Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/ 

Facebook: https://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq 



#EskayvieMindtropic #JanganStresStres


Sumbangan korporat

Kanak-kanak OKU Terima Bilik Terapi Sensori Sumbangan Dari RMHC Malaysia

3/12/2022 10:54:00 PM

Sebagai seorang ibu pastinya aku rasa sangat bersyukur jika ada pihak yang turut merasa kesusahan yang dirasa. Aku tidak meletakkan ini semua pada anak-anak aku tetapi pada kanak-kanak OKU. Kenapa? Ini kerana baru-baru ini pihak Ronald McDonald Malaysia telah menghadiahkan sebuah bilik terapi sensori kepada kanak-kanak OKU.

Bayangkan apa perasaan ibubapa kepada anak-anak istimewa ini, pastinya sangat bersyukur kerana ada pihak yang benar-benar mahu membantu memberikan peluang yang lebih baik terhadap anak mereka.

Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di A-Heart Universiti Malaysia Perlis sumbangan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia)

Majlis perasmian Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) yang ke 34 di Malaysia ini telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

RMSR ini merupakan salah satu dari program RMHC Malaysia yang menyediakan bilik terapi deria dengan peralatan multi-sensori serba lengkap untuk merangsang deria-deria asas seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan dan menghidu bagi meningkatkan perkembangan kognitif dan keyakinan kanak-kanak berkeperluan khas dan mempunyai masalah pembelajaran. 

RMSR di A-Heart adalah merupakan sumbangan serta sokongan RMHC Malaysia kepada program pembangunan dan pembelajaran anak-anak berkeperluan khas di Negeri Perlis yang dijalankan oleh A-Heart di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Malaysia Perlis.  

Sehingga kini, RMHC telah membangunkan sebanyak 35 buah bilik terapi sensori di seluruh Malaysia, rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia, dengan kos tajaan lebih dari RM3.7 juta yang telah memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Tak hanya itu, majlis hari ini turut menyaksikan acara penyerahan bayaran zakat korporat oleh McDonald’s Malaysia kepada Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Zakat yang disumbangkan ini bernilai RM100,000 dan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Azmir bin Jaafar kepada YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim Bin Hj Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs.

Selain dari sumbangan zakat korporat, setiap tahun, dianggarkan lebih 7,000 aktiviti kemasyarakatan berjaya dianjurkan di bawah Program Komuniti McDonald’s dan RMHC melibatkan restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara.

Di antara program-program yang telah dilaksanakan adalah sumbangan pek makanan kepada petugas-petugas frontliner, warga emas di pusat-pusat jagaan orang tua di seluruh negara bersempena tahun baru cina dan tajaan moreh di masjid-masjid berdekatan dengan restoran McDonald’s di bulan Ramadhan nanti.

“Pelancaran RMSR pada hari ini melengkapkan rangkaian RMSR di seluruh negara dengan  terwujudnya RMSR di setiap negeri di Malaysia, menjadikan RMHC organisasi yang memiliki rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia.  Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak A-Heart dan UniMAP bagi menyediakan kemudahan yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas di Perlis ini,”  kata Dato’ Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia merangkap Presiden RMHC.

“Tajaan bilik terapi sensori ini juga dilengkapi dengan latihan untuk pelatih-pelatih kanak-kanak OKU ini agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang bersesuaian untuk kanak-kanak ini.”

“Sumbangan zakat korporat McDonald’s Malaysia ini merupakan tanggungjawab kami sebagai sebuah syarikat 100% entiti milik orang Islam dan tanda penghargaan kami kepada masyarakat atas sokongan kepada perniagaan kami walaupun ketika perintah kawalan pergerakan.”

Keperluan kanak-kanak OKU Perlis yang telah mendapat perhatian RMHC Malaysia dengan pelancaran Biik Terapi Sensori RMHC untuk golongan asnaf Perlis semestinya patut diberi pujian. Bukan senang lakukan perkara yang sebegini. Memerlukan masa dan banyak usaha dengan penat lelah ramai orang.

Sumbangan zakat korporat Mcdonald's Malaysia bernilai RM100,000 menambahkan lagi rasa syukur. Alhamdulillah.

inflasi

Inflasi Jadikan Pasaran 2022 Perlahan, Usahawan Perlu Pantas

2/12/2022 08:25:00 AM

Inflasi Jadikan Pasaran 2022 Perlahan, Usahawan Perlu Pantas

Percaya atau tidak, harga teh ais yang dijual di kedai mamak sahaja boleh mencecah RM 4.50 suatu masa nanti. Sekarang, harga teh ais dalam lingkungan RM 2 dan RM 3 tapi pada masa dahulu pula, harga teh ais adalah RM 1.20.

Kenapa harga teh ais meningkat?

Sama juga seperti makan roti canai yang bernilai RM1.80 sekeping, sedangkan dahulu hanyalah RM 0.60 sekeping. Inilah yang dikatakan inflasi. Kenaikan harga yang berlaku dalam masa tempoh tertentu.

Inflasi pengaruh usahawan dalam sesebuah perniagaan dimana usahawan akan mengalami kesukaran apabila terpaksa menaikkan harga barang perniagaan. Namun begitu, usahawan juga tidak boleh menaikkan harga sesuka hati.

Menjadi kesalahan besar sekiranya usahawan menaikkan harga sesuka hati. Tetapi ada caranya untuk menaikkan harga barang perniagaan tersebut. Perlu kita ketahui bahawa bukan semua barang yang akan naik harga. Kadar inflasi atau fenomena inflasi ini menyebabkan barang-barang yang tertentu sahaja naik harga.

Akibat Fenomena Inflasi

  • Pasaran 2022 perlahan
  • Orang tidak membeli dengan mudah
  • Orang akan memilih untuk membeli
  • Orang tidak membeli sebarangan
  • Orang berhati-hati untuk membeli
  • Orang berfikir dahulu sebelum melaburkan wang

Menurut sumber astroawani, 

William dalam Forum Prospek Ekonomi Dan Strategik Malaysia 2022 berkata bahawa mereka menjangkakan inflasi berada di sekitar 1.6 peratus di mana ia mungkin meningkat perlahan-lahan. Tetapi ia akan berada di bawah dua peratus menjelang akhir 2022 dan mereka menjangkakan ia kembali normal sekitar dua peratus.

Sedar atau tidak fenomena inflasi ini mempengaruhi para usahawan. Dengan kenaikan harga yang berlaku, usahawan perlu pantas bertindak. Jangan jadikan alasan pasaran perlahan menyebabkan bisnes terpaksa ditutup dan sukar membuat hasil.




Perkongsian Datuk Wira Dr Azizan Osman

Berikutan itu, pakar pemasaran Asia nombor satu telah berkongsi akan fenomena inflasi kenaikan harga yang berlaku di Malaysia. Datuk Wira Dr Azizan Osman yang merupakan pengasas Richwork International Sdn Bhd berkata sekiranya pasaran perlahan, maka usahawan harus pantas.

“Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.

Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.

Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.

Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.

Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.

Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?

Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.

Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!

Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.

Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.

 

Jika tidak bertindak dengan lebih agresif, keadaan ini akan membunuh perniagaan usahawan tersebut. Sama kisahnya seperti seorang pemilik syarikat yang berhadapan dengan syarikat muflis dan bakal ditutup, sedangkan mereka telah mempunyai kilang di China tetapi masih mereka tidak tahu membuat strategi pemasaran.

Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.

Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.

Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.

Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.

Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.

Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?

Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.

Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.

Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.”

Tindakan Usahawan Perlu Lakukan

  • kenalpasti pasaran masing-masing
  • Kenal pasti tindakan yang memberikan hasil
  • Plan strategi perniagaan yang berkesan
  • Pastikan ilmu perniagaan sangat kukuh
  • Bersedia dengan sebarang kemungkinan

Jangan terus ditimpa fenomena inflasi tetapi usaha lebih gigih lagi untuk atasi masalah kenaikan harga. Walaupun dalam situasi seperti ini, mempunyai rakan usahawan sangat penting supaya dapat berkongsi maklumat penting dan ilmu.



Jom Sertai Sesi Live 10 Perspektif Cabaran Bisnes 2022

Untuk pengetahuan anda, RichWorks membuka peluang menganjurkan Program Live Session Telegram bersama Datuk Wira Azizan Osman pada setiap hari Ahad jam 8 pagi secara Voice Chat.

Usahawan dan semua yang berminat dijemput sertai bagi perbincangan berkaitan 10 cabaran bisnes selepas pandemik dan 2022. Bisnes ketika ini adalah tidak mudah, maka anda perlu tahu cara atasinya.

Jom sertai telegram Azizan Osman Official sekarang. Pastikan anda tidak terlepas info menarik.

Blog yang Diikuti